KPM kaji sistem pengecaman wajah utk kehadiran murid – Maszlee

Loading...

49949240 2194486850589965 392731126646439936 n - KPM kaji sistem pengecaman wajah utk kehadiran murid - Maszlee

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata pihaknya akan memulakan sistem merekod jadual kehadiran harian murid melalui sistem dlm talian secara berperingkat bermula bln ini.

Ia merupakan salah satu inisiatif yg diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini dlm usaha meringankan beban guru.

Selain itu, Maszlee turut memaklumkan pihaknya juga mengkaji utk menggunakan sistem pengecaman wajah bg sistem kehadiran murid.

“Sistem kehadiran murid dlm talian akan digunakan sepenuhnya sbg sumber rekod, justeru guru tidak lagi perlu mengisi buku jadual kedatangan murid

0 7Ccy5dtZLcXz4Hq1 - KPM kaji sistem pengecaman wajah utk kehadiran murid - Maszlee

“Teknologi menyaksikan penggunaan sistem ‘pengecaman wajah’ yg lazimnya wujud dlm telefon pintar, justeru kita sedang meneliti kemungkinan menggunakan pendekatan ini, namun bukan dlm jangka pendek,” kata Maszlee.

Maszlee berkata demikian dlm ucapan amanatnya di Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan empat inisiatif lain dgn matlamat utamanya utk memansuhkan tugas perkeranian guru.

Katanya, dlm usaha memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi yg membabitkan tiga intervensi demi merungkai kemelut pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

“Inisiatif kedua ialah pengurusan data dan sistem dlm talian, merangkumi pelaksanaan dua intervensi yg menyaksikan semua pengumpulan data diambil drpada sumber maklumat sedia ada dlm sistem Kementerian Pendidikan,” katanya.

Katanya lagi, seiring pemansuhan peperiksaan Tahap 1, sekolah blh merangka sendiri pelaksanaan literasi dan numerasi (LINUS) yg bersesuaian dgn keperluan murid.

Selain itu, antara inisiatif lain juga merangkumi penyeragaman borang dan proses pemantauan menerusi dua intervensi bg memastikan guru tidak lagi dibebani tugas perkeranian.

“Inisiatif terakhir ialah penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah, menerusi dua intervensi utk memastikan pelbagai jawatankuasa yg tidak berkaitan dgn tugas mendidik akan dimansuhkan.

“Lima inisiatif ini hanya langkah pertama, manakala percaturan fasa kedua membabitkan penyediaan lebih byk latihan dan kursus yg perlu bg memastikan guru mampu menawarkan pendekatan pengajaran terbaik.

“Kementerian dlm penelitian khas utk melihat semula sistem latihan warga pendidik di Insititut Pendidikan Guru (IPG) supaya ia diperkasakan, bukan hanya sekadar menukar nama maktab saja,” katanya.

Dalam sidang media selepas majlis itu, Maszlee berkata, inisiatif terbaru itu mampu mengurangkan 25 peratus beban yg ditanggung guru.

“25 peratus beban guru akan dpt dikurangkan. Kita sasar (nak kurangkan) 50 peratus,” katanya.

Berkaitan sistem pengecaman wajah bg merekod kehadiran murid pula, Maszlee berkata ia akan diumumkan apabila ia akan dilaksanakan kelak.

“Itu dlm perancangan, sudah ajukan (cadangan itu), akan diumumkan jika akan laksanakan,” katanya.

loading…

Loading...

Tags: #kaji #kehadiran #Maszlee #Murid #pengecaman #sistem #Wajah

author
Author: 
    Cantik dan Sukses, Ternyata Ariel Tatum Pernah Alami Gangguan Mental Sampai Ingin Bunuh Diri!
    slidegossip.com – Siapa sangka, artis cantik yg sering berpenampilan seksi Ariel Tatum ternyata
    Keluarganya Dibilang Sombong, Begini Balasan Menohok Ussy Sulistiawaty!
    slidegossip.com – Keluarga Ussy Sulistiawaty kembali jadi korban kenyinyiran netizen. Seperti dilansir dr
    Is Malaysian education system ready for streamless schools?
    In theory, while there is merit behind the idea of no streaming, making
    Harga Tiket Masuk Terengganu Draw Bridge
    Assalamualaikum semua, BBL sbg anak jati Terengganu memang bangga sangat jambatan angkat pertama

    Leave a reply "KPM kaji sistem pengecaman wajah utk kehadiran murid – Maszlee"