KPM dptkan pandangan sekolah pelaksanaan kasut, stoking hitam

D2662A71 72FD 4B95 AAD8 B4DFA8703E5B 1 - KPM dptkan pandangan sekolah pelaksanaan kasut, stoking hitam

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang mendapatkan maklum balas sekolah berhubung pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking hitam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu surat pekeliling bertarikh semalam dikeluarkan kementerian berkenaan yg kini tular di media sosial.

Pemakaian kasut dan stoking hitam dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 sehingga 2021 berdasarkan pekeliling ikhtisas KPM Bilangan 10 thn 2018.

“Sukacita dimaklumkan KPM berpandangan terdapat keperluan utk melakukan kajian pelaksanaan pemakaian kasut hitam oleh murid berdasarkan dptan diperoleh pihak sekolah.

“Sehubungan itu, KPM memohon kerjasama pihak sekolah membantu kajian ini dgn melengkapkan maklum balas bg soalan kajian yg blh diakses melalui pautan http://gg.gg/kasuthitam2020,” kata kementerian berkenaan dlm pekeliling terbabit.

Surat pekeliling itu ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan, Datuk Mohd Jamil Mohamed.

Menerusi pautan dikongsi, KPM memaklumkan prihatin berkaitan isu warna kasut sekolah dlm kalangan murid.

“Dapatan libat urus menunjukkan majoriti responden termasuk ibu bapa bersetuju dgn pemakaian kasut hitam berbanding kasut putih oleh murid sekolah.

“KPM ingin mendapatkan dptan data pelaksanaan pemakaian kasut hitam di peringkat sekolah dan setiap sekolah perlu mengisi kajian pelaksanaan ini sebelum atau pd 31 Januari,” tulis pautan itu.

Berdasarkan pautan yg dikongsi juga menerusi surat pekeliling itu, pihak sekolah perlu melengkapkan beberapa maklumat termasuk butiran sekolah dan pelajar.

Sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mahu semua murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah memakai kasut hitam mulai 2019 susulan keluhan drpada ibu bapa yg mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Langkah itu berupaya membantu menceriakan pelajar terutama dlm menjalankan aktiviti luar bilik darjah.

Loading...

Tags: #Dptkan #HITAM #Kasut #Pandangan #Pelaksanaan #Sekolah #stoking

author
Author: 
    5 Lagu TikTok Paling Populer Thn 2020, Para Artis pun Ikut Berjoget Ala TikTok!
    slidegossip.com – Belakangan ini, fenomena TikTok makin menjamur di kalangan masyarakat sehingga para
    Mengaku Dilecehkan Aktor Senior di Atas Panggung, Mian Tiara: Saya Jijik dan Marah!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr artis cantik Mian Tiara. Lewat akun Twitter
    Sempat Masuk Islam, Aktor Ini Malah Dimakamkan Secara Kristen, Ternyata Ini Sebabnya!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, aktor Johny Indo sempat memutuskan utk pindah agama
    Muat Turun Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran – RBT
    Penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran merupakan nilai tambah dlm memastikan sistem pengurusan

    Comments are closed.