KPM disaran letak harga siling utk Yuran PIBG – PIBGN

Loading...

PhotoGrid 1546525933119 1 - KPM disaran letak harga siling utk Yuran PIBG - PIBGN

KUALA LUMPUR, 26 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Kementerian Pendidikan disaran menetapkan harga siling bg pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berdasarkan kemampuan setiap ibu bapa.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan berkata, langkah itu bg mengelak ibu bapa terbeban dgn jumlah yuran yg terlalu tinggi di sesetengah sekolah terutamanya di kawasan bandar.

“Kementerian perlu mengeluarkan garis panduan had yuran yg perlu dibayar ibu bapa dgn mengambil kira kepada kedudukan dan jenis sekolah serta keupayaan ibu bapa pelajar itu sendiri sama ada di sekolah menengah, rendah mahupun di luar bandar.

“Malah kementerian juga blh memberi pengecualian kepada ibu bapa yg mempunyai bilangan anak yg ramai atau drpada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) drpada membayar yuran tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semalam bahawa pihaknya tidak bercadang menyelaraskan yuran PIBG di seluruh negara, namun berharap terdapat perbincangan mengenai perkara itu bersama ibu bapa terlebih dahulu supaya kadarnya tidak membebankan.

Menurut Mohd Ali, kementerian juga perlu mengadakan perbincangan dgn pihak berkaitan termasuk PIBGN dlm menetapkan garis panduan harga siling tersebut bg memastikan mekanisme yg diwujudkan nanti benar-benar berkesan dan blh dilaksanakan.

Malah, sebarang keputusan mengenai harga siling itu juga perlu mendapat persetujuan drpada mesyuarat PIBG di sekolah dan diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

Beliau turut mengingatkan bahawa keutamaan yuran PIBG tersebut adalah bg keperluan kebajikan, pembangunan pendidikan mahupun keselamatan sekolah.

“PIBG mesti mengambil maklum yuran tersebut bukan lah utk tujuan majlis keraian, membiayai pakaian seragam ko-kurikulum atau peralatan persekolahan yg blh dibeli di kedai seperti set peralatan geometri dan buku kerja,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Kamarozaman Abd Razak mencadangkan harga siling yuran PIBG pd kadar RM50 yg dianggapnya memadai dan tidak membebankan.

Beliau berkata, jumlah itu jika dikumpul sudah cukup utk menggerakkan aktiviti serta menguruskan pembelajaran pelajar selain melaksanakan program pendidikan.

“Yuran ini merupakan sumbangan ibu bapa dlm membangunkan aktiviti pendidikan anak mereka jadi sekiranya mereka berkemampuan, tidak menjadi masalah jika mereka menyalurkan lebih drpada jumlah harga siling tersebut demi anak-anak mereka,” katanya.

Mengenai jaminan kementerian bahawa tiada lambakan pelajar di sekolah harian berikutan tawaran memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) thn ini mengutamakan golongan B40 dan penduduk di luar bandar, Kamarozaman berkata setakat ini jumlah pelajar paling ramai bg setiap kelas adalah 40 orang yg dianggap masih memadai.

Bagaimanapun, jumlah paling bersesuaian utk mendidik murid dgn lebih berkesan adalah pd kadar 25 sehingga 30 murid bg seorang guru.

“Sekiranya jumlah murid melebihi 40 orang setiap kelas, kami berharap kementerian mempercepatkan proses penambahan guru bg mengurangkan beban serta memudahkan proses pembelajaran murid,” katanya. – Bernama

loading…

Loading...

Tags: #disaran #Harga #Letak #PIBG #PIBGN #siling #Yuran

author
Author: 
    #CadangMakan : Naughty Italian @ Mainroad Jalan Ampang Murah, Sedap & Berbaloi lah!
    Assalamulaikum gais, Pernah datang port mkn Mainroad di Jalan Ampang tak? Ha ni
    “Raatchasi” Angkat Profesion Guru, Kritik Sistem Pendidikan Sekolah Kerajaan Di India
    Di media sosial Facebook, tular beberapa potongan klip drpada filem Tamil ‘Raatchasi’ yg
    SPI KPM Bil.3/2019: SOP Penggunaan Kenderaan Sendiri Bawa Murid Utk Urusan Rasmi
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikthisas berkenaan Prosedur Operasi Standard
    Jadi Mualaf, Deddy Corbuzier Tolak Tawaran Umroh dan Haji VIP Gratis! Ini Alasannya!
    slidegossip.com – Keputusan Deddy Corbuzier pindah agama Islam dan menjadi mualaf rupanya menarik

    Leave a reply "KPM disaran letak harga siling utk Yuran PIBG – PIBGN"