Konvokesyen UiTM ke 89 [Tamat Ijazah Sarjana Muda]

Loading...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
2018 10 24B04.12.27B1 - Konvokesyen UiTM ke 89 [Tamat Ijazah Sarjana Muda]
Sudah lama sebenarnya aku bercadang dan menulis tentang perkara berkenaan konvo ini. Tetapi kekangan masa dan tenaga utk membuka komputer riba menyebabkan semuanya dilakukan secara separuh jalan sahaja. Hanya separuh sahaja entri yg berjaya di tulis dan bermakna ianya akan lambat lagi di publish. Mintak maaf ya. Baiklah.
Pada 23 Oktober yg lalu, telah berlangsung satu majlis gilang gemilang dan antara yg bermakna dlm hidup aku iaitu Majlis Istiadat Konvokesyen ke 89 UiTM. Alhamdulillah, aku tersenarai sbg salah seorang penerima Ijazah Sarjana Muda pd hari tersebut. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, akhirnya aku secara rasminya tamat belajar dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Persembahan (Kepujian) Kelas Pertama. Perkara yg lebih mengembirakan lagi adalah aku merupakan salah seorang penerima Anugerah Naib Canselor! Alhamdulillah. Segala yg aku harapkan akhirnya menjadi kenyataan. Syukur ke hadrat Ilahi.
2018 10 24B04.35.30B2 - Konvokesyen UiTM ke 89 [Tamat Ijazah Sarjana Muda]
Bersama dgn semua penerima Anugerah Naib Canselor
………………………………………………………….
Berbilion penghargaan dan terima kasih diucapkan buat semua pihak yg membantu sepanjang pengajian ijazah sarjana muda ini. Terutamanya buat para pensyarah yg memberikan ilmu dan mengajar aku setiap perkara yg aku pelajari sepanjang pengajian ini, tak lupa juga kepada rakan-rakan yg membantu aku dlm mengenal erti penat dan lelah dlm menghadapi kehidupan sbg seorang pelajar. Akhir sekali, buat ibu bapa dan keluarga kerana sentiasa memberi sokongan dan dorongan ketika aku susah dan senang.

2018 10 24B04.17.25B1 - Konvokesyen UiTM ke 89 [Tamat Ijazah Sarjana Muda]
Bersama mak dan ayah
………………………………………………………….
Alhamdulillah. Impian aku utk mendapat Anugerah Naib Canselor buat kali kedua akhirnya berjaya. Utk pengetahuan anda semua, sebelum ini ketika diploma, aku telah mendapat Anugerah Naib Canselor. Anugerah ini diberikan buat mereka yg berjaya mendapat anugerah dekan bagi setiap semester sepanjang pengajian. Alhamdulillah.

[ Baca Juga : Kisah Konvokesyen Diploma  ]

2018 10 24B04.35.30B1 - Konvokesyen UiTM ke 89 [Tamat Ijazah Sarjana Muda]
Bersama dgn penerima ANC drpada Fakulti Muzik


Apa yg menggembirakan aku adalah apabila melihat wajah kedua ibu bapa aku yg pastinya bangga dgn kejayaan aku. Alhamdulillah, aku rasa segala pelaburan mereka keluarkan sepanjang aku belajar akhirnya berbaloi apabila aku akhirnya tamat dgn kejayaan. Alhamdulillah.
2018 10 24B04.17.31B1 - Konvokesyen UiTM ke 89 [Tamat Ijazah Sarjana Muda]
Bersama kakak 

2018 10 24B04.17.21B1 - Konvokesyen UiTM ke 89 [Tamat Ijazah Sarjana Muda]

Bersama adik pertama

2018 10 24B04.17.33B1 - Konvokesyen UiTM ke 89 [Tamat Ijazah Sarjana Muda]
Bersama adik kedua dan terakhir
………………………………………………….
Alhamdulillah. Jadi, apa pula selepas ini? In shaa Allah aku akan ceritakan segalanya berkenaan apa yg bakal terjadi dan sedang terjadi di dlm kehidupan aku. Semoga anda juga dapat mengecapi impian anda dlm segala yg anda hajatkan. In shaa Allah. 
2018 10 24B04.12.25B2 - Konvokesyen UiTM ke 89 [Tamat Ijazah Sarjana Muda]
Bersama keluarga tercinta
Sekian

Loading...

Tags: #Ijazah #Konvokesyen #Muda #SARJANA #Tamat #UiTM

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "Konvokesyen UiTM ke 89 [Tamat Ijazah Sarjana Muda]"