Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

Loading...

Untitled design 3 5 1 - Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

Saban hari, pasti ramai yg mengalami masalah yg sama, terfikir apakah hidangan yg hendak dimasak sbg sarapan utk sekeluarga. Tidak kira sama ada suri rumah tangga, mahu pun ibu bekerja. Inilah dilema yg sering dihadapi. Berikut adalah resipi sarapan yg mudah disediakan. Selamat mencuba!

 1. BAKED BREAKFAST OMELETTE

3 9 - Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur gred A
  • ½ cawan susu segar
  • ¼ cawan cincangan sosej/pepperoni
  • 1 biji tomato | cincang
  • 2 sudu mkn parutan keju – Mozarela/Romano/Parmesan
  • 1 sudu mkn cincangan daun basil
  • Garam, lada hitam dan lada sulah secukupnya
  • Mentega secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dlm satu mangkuk, pukul telur bersama susu segar sehingga sedikit kembang (jangan pukul berlebihan).
  2. Kemudian masukkan cincangan sosej/pepperoni. Tambah tomato, garam, serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa. Ketepikan.
  3. Sediakan loyang/bekas pembakar yg telah disapu sedikit mentega di sekelilingnya.
  4. Tuang bancuhan telur tadi ke dlm bekas tersebut.
  5. Tabur cincangan daun basil dan parutan keju.
  6. Bakar di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 190-200C selama 15-20 minit atau sehingga telur masak.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

2. BUBUR NASI AYAM

4 10 - Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan beras wangi
  • 1 keping dada ayam | dadu kecil
  • ½ batang lobak merah | dadu kecil
  • 2cm halia muda |mayang halus
  • Air secukupnya
  • Cincangan daun bawang secukupnya
  • Garam dan lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rebus beras dgn air yg byk sehingga beras hancur.
  2. Dada ayam dan lobak merah didadu kecil dan masukkan ke dlm bubur ayam. Masukkan hirisan halia. Gaul sekata.
  3. Didihkan bubur ayam beberapa minit lagi sehingga semua bahan masak sepenuhnya. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  4. Tutup api dan angkat.
  5. Tabur cincangan daun bawang ketika menghidang.

3. NASI GORENG PEDAS SOSEJ

2 14 - Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 2 batang sosej | bulat nipis
  • 2 sudu mkn cincangan daun bawang
  • 3 ulas bawang putih
  • 8-10 biji cili padi
  • 2cm belacan
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
  2. Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.
  3. Di dlm kuali, panaskan sesudu mkn minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga wangi.
  4. Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.
  5. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
  6. Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.

4. BURITOS CHICKEN AND MUSHROOMS

3 10 - Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tortilla
  • 2 keping dada ayam
  • 10 biji cendawan butang |hiris nipis
  • 150gm1/2 cawan hirisan cili benggala merah & kuning
  • 2 sudu mkn mayones
  • 1 sudu teh oregano kering
  • Daun salad secukupnya
  • Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak zaitun secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tabur dan lumur sedikit garam, lada hitam, lada sulah dan oregano kering pd kepingan ayam lalu dipanggang dgn sedikit minyak zaitun sehingga perang. Kemudian hiris memanjang. Ketepikan.
  2. Cendawan dan cili benggala dilayurkan sedikit di dlm kuali bersama sedikit minyak zaitun. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
  3. Tortilla dipanaskan sedikit di dlm kuali leper. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk menghidang, letakkan sekeping daun salad pd tortilla, beberapa keping hirisan ayam dan cendawan.
  5. Paipkan mayones secukupnya ke atas campuran ayam dan cendawan tadi.  Gulung tortilla rapi dan hidangkan.

5. EGG PRATA ROLL

5 10 - Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 2-3 keping roti prata segera | nyah bekukan
  • 1 labu bawang besar | cincang halus
  • 3 biji telur
  • 1 sudu mkn cincangan daun bawang
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak zaitun secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dlm mangkuk, pukul telur bersama garam dan lada sulah secukup rasa.
  2. Masukkan cincangan bawang besar dan cincangan daun bawang lalu gaul rata. Ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak zaitun di dlm kuali leper.  
  4. Panaskan roti prata di kedua-dua bahagian sehingga agak perang. Angkat. Ketepikan. Ulangi langkah sehingga selesai.
  5. Menggunakan kuali yg sama, tambah sedikit minyak zaitun lalu tuang bancuhan telur ke dlm kuali.  Biar telur masak di kedua-dua bahagian.
  6. Letak telur ke dlm prata dan gulung kemas. Potong mengikut cita rasa masing-masing dan sedia dihidangkan.

6. ROTI GULUNG BERINTI TUNA

breakfast - Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 2-4 keping roti
  • 3 biji telur |pukul sedikit dgn garpu
  • 1 cawan tuna flakes (dalam tin) | toskan
  • 1 labu bawang besar |cincang halus
  • 1 biji cili merah |cincang halus
  • 1 biji cili hijau | cincang halus
  • 1 sudu teh paprika
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Di dlm mangkuk, satukan tuna flakes, bawang, cili merah, cili hijau, paprika, garam dan lada sulah secukup rasa.  Gaul sebati. Ketepikan.
  2. Roti dibuang tepinya dan dileperkan.
  3. Ambil sesudu campuran tuna dan letakkan di atas roti yg telah dileperkan.  Sapu sekeliling roti dgn sedikit telur.  Gulung dan kemaskan.
  4. Celup roti ke dlm bancuhan telur.
  5. Panaskan minyak di dlm kuali dan goreng gulungan roti sehingga keperang-perangan.  Toskan dan sedia hidangkan.

7. PANKEK MINI GULA MERAH KELAPA

6 8 - Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung gandum
  • 280ml susu segar
  • 30gm gula halus
  • 50gm kelapa parut | putihnya sahaja
  • 1 biji telur | pukul sedikit dgn garpu
  • 2 sudu mkn mentega | cairkan
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Air gula merah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dlm mangkuk besar, satukan tepung, kelapa parut, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
  2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata sehingga menjadi adunan yg likat dan tidak terlalu cair.
  3. Panaskan kuali leper (non stick).  Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dlm kuali.
  4. Biarkan beberapa minit sehingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yg satu lagi sehingga kekuningan. Ulangi langkah sehingga selesai.
  5. Hidangkan pankek bersama air gula merah dan lebihan kelapa parut.

8. LEMPENG SAMBAL HIJAU TAHAI

2 13 - Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

BAHAN-BAHAN A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ¾ cawan air
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):

  • 15 biji cili padi hijau
  • 4 biji cili hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar | potong bulat
  • 100gm ikan tahai | bersihkan
  • 3cm belacan
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan A dan kacau rata. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Jika suka blh dikisar supaya bancuhan tidak berketul.
  2. Sapu sedikit minyak pd kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak sehingga lempeng keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Ketepikan. Ulangi langkah sehingga selesai.
  3. Untuk membuat sambal; cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan dikisar halus.
  4. Panaskan dua sudu mkn minyak di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan cili masak sepenuhnya. Masukkan ikan tahai yg telah dibersihkan dan didihkan sehingga beberapa minit.
  5. Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa.  Didihkan sambal seminit dua lagi dan hidangkan bersama lempeng.

Info chef: Jika tiada ikan tahai, blh ganti dgn ikan tamban atau ikan bilis.

9. WESTERN EGG SKILLET

1 12 - Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • ½ cawan susu segar + krim masakan
  • ¼ cawan air
  • 2 sudu mkn minyak zaitun
  • 2-3  biji telur
  • 3 batang sosej |hiris nipis
  • 4 keping roti (sourdough bread) |potong dadu
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 biji cili benggala |hiris nipis
  • 10 bij tomato ceri |belah dua
  • 2 sudu mkn cincangan parsli
  • ¼ sudu teh serbuk cayenne
  • ¼ sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pd suhu 200C.
  2. Tuang minyak zaitun dlm kuali tahan panas (skillet) dan panaskan di dlm ketuhar.
  3. Masukkan sosej, cili benggala, bawang dan tomato.  Masak dlm ketuhar selama 5-6 minit atau sehingga semua bahan lembut.
  4. Masukkan roti dan ¼ cawan air. Tambah serbuk cayenne, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa dan gaul sebati.  Masak selama tiga minit lagi. Keluarkan dr ketuhar.
  5. Lubangkan 2-3 bahagian roti dlm kuali tadi dan pecahkan telur di dlmnya. Perlahan-lahan tuang campuran susu dan krim ke dlm kuali.  Masukkan kembali dlm ketuhar dan bakar selama 15 minit. Tabur cincangan parsli dan hidangkan.

10. NASI GORENG MENTEGA TELUR

1 13 - Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 2 sudu mkn mentega
  • 2 biji telur
  • 10 ekor udang segar |bersihkan
  • 2-3 ulas bawang putih |cincang halus
  • Sedikit cincangan daun bawang |hiasan
  • Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan/cairkan satu sudu mentega di dlm kuali. Masukkan telur dan goreng hancur sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan kuali yg sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis sehingga wangi.  
  3. Masukkan udang dan goreng sehingga separuh masak.
  4. Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
  5. Sesuaikan rasanya dgn menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
  6. Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cincangan daun bawang.

 

Komen anda

Loading...

Tags: #Koleksi #Masak #Minggu #Resipi #Sarapan #Sedap #Sepanjang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Koleksi Resipi Sarapan Sedap Blh Masak Sepanjang Minggu."