Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air.

Loading...

untitled design 3 23 36 541964 1 - Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air.

Bila tiba ketika bekalan air terganggu, pastinya kaum ibu rasa resah. Mana tidaknya air tu sangat berguna dlm nak uruskan hal-hal seharian di rumah. Nak memasak, membasuh dan mcm-macam lagi. Bg ibu-ibu yg pening fikir menu di hari-hari air tak ada ni, berikut adalah koleksi resipi mudah yg blh anda masak.

1. DAGING GORENG BERTELUR

3 3 2 - Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm daging | dihiris nipis dan kecil
  • 50gm bawang Holland | dihiris 
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 2 biji telur
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • ½ sudu teh garam halus
  • Sedikit minyak masak

CARA-CARA MEMASAK:

  1. Gaul daging serbuk kunyit, garam dan serbuk pati ayam dan diperap selama 10 minit
  2. Panaskan minyak masak dan goreng daging sehingga masak dan garing sedikit. Ketepikan.
  3. Tukar minyak baru, tumiskan bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Pecahkan dua biji telur dan masukkan sedikit serbuk pati ayam.
  5. Masukan telur ke dlm bahan tumisan bawang kacau sehingga separuh masak.
  6. Masukkan daging yg telah digoreng dan gaul bersama telur, kacau sehingga telur sebati bersama daging selama 2-3 minit.
  7. Angkat dan sedia utk dihidangkan.

INFO CHEF: Boleh tumiskan sedikit cili giling semasa menumis bawang yg dihiris atau potong cili padi utk rasa yg sedikit pedas.

2. NASI GORENG AYAM PAPRIK

5 4 - Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur
  • 50gm sayur campur | lobak merah, kacang pis, jagung
  • 2 biji bawang merah | dicincang
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 3 ulas cili padi | dihiris halus
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • 1 sudu sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng

BAHAN AYAM PAPRIK:

  • 150gm isi ayam | dihiris nipis dan kecil
  • 50gm lobak merah | dihiris memanjang
  • ½ biji cili banggala hijau | dihiris
  • 2 helai daun limau kasturi | dihiris
  • 1 batang serai | dititik
  • 5 biji cili padi | dihiris
  • 1/2 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • ½ sudu mkn sos cili
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan hirisan cili sehingga wangi.
  2. Masukkan sayur campur, kacau seketika kemudian masukkan serbuk pati ayam.
  3. Seterusnya, masukkan nasi, sos tiram dan sedikit garam. Kacau rata dan sekata.
  4. Ketepikan nasi,masukkan sedikit minyak. Pecahkan telur, kacau sehingga berketul-ketul.
  5. Kemudian gaulkan dgn nasi, selepas seminit dua, tutup api dan ketepikan.
  6. Untuk menyediakan ayam paprik. Panaskan minyak dlm kuali lain, tumiskan bawang merah, putih dan serai dlm kuali sehingga wangi.
  7. Masukkan hirisan ayam, kacau dua tiga minit.
  8. Masukkan pula hirisan lobak merah, cili benggala, sos tiram, sos cili, cili padi dan daun limau purut.
  9. Akhir sekali lengkapkan rasa dgn garam.
  10. Hidangkan bersama nasi goreng tadi.

 

3. SAMBAL SARDIN CILI PADI

6 3 - Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin sardin | saiz sederhana
  • 2 sudu mkn  pes cili kering
  • 1/2 biji bawang besar |dihiris
  • 2 ulas bawang  putih |dicincang
  • 5 biji cili padi | belah dua
  • 1 biji kentang | buang kulit dan potong wedges
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak utk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih  hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau sehingga pecah minyak.
  3. Tambahkan sedikit air, masukkan kentang, biarkan sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan ikan sardin berserta air asam jawa. kacau sehingga mendidih.
  5. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya dan masukkan cili api yg dihiris.
  6. Sedia  untuk dihidangkan.

INFO CHEF: Lebih sedap jika ikan sardin digoreng terlebih dahulu.

4. SUP AYAM KENTANG

10 2 - Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm isi dada ayam | dihiris
  • 100gm tulang leher ayam | potong 3cm
  • 250ml air
  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih |dihiris
  • 2cm halia | dihiris halus
  • 1 bunjut sup bunjut
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • 2 biji kentang | potong wedges
  • Garam secukupnya
  • Sedikit minyak utk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih serta halia yg dihiris sehingga naik bau. Kemudian masukkan air.
  2. Apabila air mereneh, masukkan tulang leher ayam dan rebus sehingga empuk.
  3. Masukkan pula sup bunjut dan kentang. Didihkan sehingga kentang empuk sedikit. Perasakan dgn garam dan sedikit serbuk pati ayam.
  4. Akhir sekali masukkan isi ayam yg siap dipotong dan masak selama lima  minit lagi.
  5. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun sup dan daun bawang  ke dlm sup.

INFO CHEF: Boleh hiris cili api utk rasa yg pedas dan mkn bersama sup.

5. KUETIAU KERANG

7 4 - Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kuey tiaw
  • 150gm kerang | direbus dan buang kulit
  • 4 ekor udang | dibersihkan
  • 2 biji telur
  • Sedikit tauge
  • Sedikit daun kucai
  • 1 sudu mkn pes cili kering
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 1 sudu mkn sos cili
  • 1 sudu mkn kicap pekat manis
  • Garam  dan perasa secukupnya
  • Minyak masak utk menumis.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng udang sehingga bertukar warna kemerahan.
  2. Ketepikan dlm kuali, tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
  3. Kacau bersama udang goreng tadi sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan kerang dan kuey tiaw, sos tiram, sos cili dan kicap pekat manis.
  5. Ketepikan kuey tiaw dlm kuali pecahkan telur dan gaul rata.
  6. Perasakan dgn garam dan perasa secukupnya.
  7. Sebelum angkat, masukkan tauge dan kucai. Kacau seketika dan hidangkan.

INFO CHEF: Jika ingin basah blh tambah sedikit air.

6. AYAM GORENG KUNYIT LADA BENGGALA

1 3 1 - Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air.

BAHAN-BAHAN:

Bahan Perap Ayam:

  • 500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan Hirisan:

  • 1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
  • 1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
  • 2 tangkai cili merah | hiris

Bahan Tumis:

  • 4ulas bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3cm halia muda | hiris halus

Bahan-Bahan Lain:

  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 1/2 sudu teh perasa ayam
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan isi ayam dlm mangkuk bersama bahan perapan yg lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.

  2. Panaskan minyak dlm kuali, goreng ayam yg telah diperap tadi sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan  tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  4. Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
  5. Kemudian perasakan dgn sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kacau seketika, kemudian tutup api.
  7. Sedia dihidangkan.

7. SAMBAL TELUR HANCUR

2 4 - Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih |kisar
  • 5 sudu mkn cili kisar
  • Minyak utk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit asam jawa

ANDA MUNGKIN SUKA: 

13 Resipi Mudah Blh Masak Guna Periuk Nasi Elektrik

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bahan yg dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
  3. Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
  4. Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

8. SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG

4 4 1 - Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kembung |bersihkan
  • 30gm lengkuas |dihiris
  • 10gm halia |hiris
  • 1 batang serai |hiris
  • 2 biji bawang besar |belah enam
  • 15gm cili padi
  • 10gm kunyit hidup  hiris
  • 200ml air
  • 10gm asam keping

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dlm periuk kecuali ikan. Biarkan kuah mereneh.
  2. Perlahankan api dan masukkan ikan. Biarkan selama beberapa minit, bergantung pd saiz ikan tersebut.
  3. Tutup api dan angkat. Sedia utk dihidangkan.

INFO CHEF: Blh masukkan cili padi ketuk utk sedikit rasa pedas.

9. BIHUN SINGAPURA

8 3 - Koleksi Resipi Masakan Ringkas Sesuai Masak Dikala Tak Ada Air.

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm bihun | direndam lembut dan tos kan
  • 3 sudu mkn minyak masak
  • 3 ulas bawang putih | diketuk
  • 300gm ayam | dihiris nipis
  • 200gm kucai |dipotong pendek
  • 250gm kubis |racik halus
  • 1 batang lobak merah |disagat
  • 1 cawan air
  • 1 sudu mkn lada  hitam kisar
  • Garam secukup rasa
  • Telur dadar | dihiris
  • Cili merah | dihiris

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dlm kuali. Tumiskan bawang putih  sehingga wangi.
  2. Masukan ayam dan lada hitam. Kacau rata.
  3. Apabila mendidih masukkan mihun, kubis, lobak merah, garam dan air. Kacau rata.
  4. Bila nampak mihun lembut masukkan daun kucai.
  5. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
  6. Bila hidang, taburkan hirisan telur dadar dan cili merah.

INFO CHEF: Boleh gantikan hirisan ayam dgn hirisan daging yg telah direbus lembut.

 

Loading...

Tags: #Air. #Dikala #Koleksi #Masak #Masakan #Resipi #Ringkas #Sesuai

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.