Koleksi Resipi Lauk Ringkas Blh Masak Dlm 30 Minit

Loading...

Untitled design 16 1 2 - Koleksi Resipi Lauk Ringkas Blh Masak Dlm 30 Minit

Tercari-cari resipi lauk pauk ringkas? Maklumlah, nak pancing selera mkn, kadang-kala agak sukar. Yg tukang masak pun sama. Ada masanya jadi buntu memikirkan menu yg nak dimasak utk suami dan anak-anak. Jika kesuntukan masa, lagilah penat dibuatnya. Khas utk anda RASA kongsikan seleksi resipi lauk ringkas yg blh masak dlm masa 30 minit. Moga sedikit sebanyak blh membantu anda.

 1. AYAM GORENG KICAP CILI PADI BERSERAI

3 1 1 - Koleksi Resipi Lauk Ringkas Blh Masak Dlm 30 Minit

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecil 
  • 2 sudu mkn kicap pekat
  • 1 sudu mkn kicap manis
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 2 batang serai | titik
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 sudu mkn air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
  • Sedikit hirisan daun bawang | utk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Ayam cuci bersih dan tos.
  2. Gaulkan ayam dgn sedikit garam dan kunyit, perap seketika.
  3. Panaskan kuali, goreng ayam separuh masak.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit utk menumis.
  5. Tumis bawang merah, putih, halia, serai dan cili. Tumis sehingga naik bau.
  6. Masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
  7. Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  8. Kecilkan api perasakan dgn garam dan gula secukupnya.  
  9. Setelah secukup rasa, tutup api.
  10. Ayam kicap sedia dihidangkan.

2. DAGING GORENG MERAH 

4 1 - Koleksi Resipi Lauk Ringkas Blh Masak Dlm 30 Minit

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging rebus | hiris nipis 
  • 2 sudu mkn pes cili kering
  • 1 sudu teh sos cili
  • 1  sudu teh sos tomato
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu mkn minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan sos cili dan dan tomato, diikuti dgn hirisan daging.
  4. Kacau rata dan perasakan dgn garam dan gula.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.

3. IKAN TONGKOL SAMBAL CILI PADI

5 1 - Koleksi Resipi Lauk Ringkas Blh Masak Dlm 30 Minit

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 ketul ikan tongkol yg telah direbus

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai

CAR MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit utk menumis.
  3. Tumis bahan kisar kasar sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan ikan tongkol yg telah digoreng tadi.
  6. Gaul  rata dan tutup api.
  7. Ikan tongkol sambal sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Disarankan rebus ikan siap-siap sebelum sedia dimasak sambal.

4. UDANG GORENG SOS TIRAM BERSAMA SADERI

1 1 1 - Koleksi Resipi Lauk Ringkas Blh Masak Dlm 30 Minit

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm udang saiz XL | buang kulit dan kepala dan belah belakang
  •  Sedikit hirisan cili benggala merah
  • Sedikit hirisan cili benggala hijau
  • Sedikit hirisan batang selerri
  • 4 biji cili padi | titik
  • 1/2 biji bawang  Holland  | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • Minyak masak utk menumis secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan  minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih dan cili padi sehingga wangi.
  2. Masukkan udang, kacau rata.
  3. Masukkan pula hirisan cili benggala dan hirisan batang seleri.
  4. Perasakan dgn sos tiram secukup rasa.
  5. Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
  6. Udang sedia dihidangkan panas-panas.

 5. PAPRIK SOTONG

6 1 - Koleksi Resipi Lauk Ringkas Blh Masak Dlm 30 Minit

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong | bersihkan dan hiris bulat
  • 1batang serai | titik
  • 1 sudu mkn pes cili kering

  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 6 biji cili padi | titik
  • Sedikit hirisan batang seleri
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak utk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi, serai sehingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan sotong. Kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daun limau purut dan batang seleri.
  4. Perasakan dgn sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  5. Apabila cukup rasa dan sotong masak, tutup api dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika anda ingin tambah isian lain, blh tambah lobak merah dan cili Benggala.

 

 6. SUP CAMPUR BEBOLA IKAN

2 1 1 - Koleksi Resipi Lauk Ringkas Blh Masak Dlm 30 Minit

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji bebola ikan
  • 4 biji tauhu tauhu bulat yg telah digoreng
  • 1 pokok  sawi putih
  • 1 keping tauhu kering | rendam dlm air
  • Sedikit  suhun | rendam dlm air
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 2 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya.

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dlm periuk didihkan di atas dapur.
  2. Setelah mereneh masukkam bebola ikan, tauhu kering dan suhun yg telah direndam tadi.
  3. Setelah bebola ikan timbul, tambah hirisan sawi, lobak merah.
  4. Apabila layu masukkan tauhu dan perasakan dgn serbuk perasa ayam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa dan masak tutup api.
  6. Sup sayur sedia dihidangkan.

Komen anda

Loading...

Tags: #Koleksi #Lauk #Masak #MINIT #Resipi #Ringkas

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Koleksi Resipi Lauk Ringkas Blh Masak Dlm 30 Minit"