Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

Loading...

11 3 10 18 217103 1 - Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

Biskut raya yg kita biasa mkn masa zaman kanak-kanak dulu memang sedap. Tak ada pun berwarna warni mcm biskut zaman sekarang. Simple sahaja. Namun rasanya memang sedap dan teringat-ingat sampai sekarang. Mahu mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak anda? Jom, kita cuba resipi biskut oldschool yang RASA tampilkan kali ini.

1. BISKUT SAMPRIT

1 7 - Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 185gm gula
  • 375gm mentega
  • 60gm tepung kastad | diayak
  • 60gm tepung jagung | diayak
  • 375gm tepun gandum | diayak
  • 1 sudu mkn esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • Ceri merah secukupnya | dipotong kecil

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Teruskan memukul sehingga kembang.
  3. Masukkan kesemua tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di tangan.
  4. Masukkan doh ke dlm acuan samprit dan terapkan diatas loyang pembakar yg telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dgn ceri merah.
  5. Bakar dlm ketuhar yg telah dipaskan pd suhu 150°C selama 10 minit.
  6. Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia utk dinikmati.

 

2. BISKUT MAKMUR

6 6 - Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 160gm mentega
  • 100gm minyak sapi
  • 1 biji telur
  • 80gm gula halus
  • 400gm tepung naik sendiri
  • 200gm gula ising | ditabur

BAHAN INTI:

  • 150gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak & dikisar halus
  • 60gm gula halus
  • 30gm mentega

CARA MEMASAK:

  1. Untuk inti, campurkan kacang tanah bersama mentega dan gula halus. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Campur mentega bersama minyak sapi dan gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan telur, tepung dan gula halus. Uli adunan tersebut sehingga rata.
  4. Ambil satu sudu teh adunan dan masukkan inti. Bentukkan menjadi bentuk bujur dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar dlm ketuhar pd suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
  6. Angkat biskut dan salutkan dgn gula ising secukupnya.

3. BISKUT TELUR REBUS

3 7 - Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm mentega
  • 350gm gula halus
  • 250gm tepung gandum |diayak
  • 250gm tepung jagung | diayak
  • 125gm tepung kastad | diayak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Gula berwarna secukupnya | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kuning telur yg telah dilecek. Pukul sehingga rata.
  2. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Canai doh tadi dan terap menggunakan acuan yg digemari. Susun di dlm loyang yg telah disapu mentega.
  4. Sapukan telur di atas biskut dan susun hirisan badam dgn secukupnya.
  5. Masukkan ke dlm ketuhar dan bakar pd suhu 180°C selama 15-20 minit.

Info Chef: Pastikan disapukan sedikit kuning telur di atas kuih sebelum dibakar.

4. ALMOND LONDON

10 3 - Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega | dibiarkan pd suhu bilik
  • 450gm tepung gandum
  • 2 sudu teh emplex
  • 220gm gula ising
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm badam | dibakar seketika di dlm ketuhar

BAHAN SALUTAN:

  • 450gm coklat masakan
  • 1/2 sudu mkn lemak sayuran
  • 3 sudu mkn badam cincang | dibakar seketika
  • Cawan kertas secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.
  2. Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung yg telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
  4. Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pd sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.
  5. Panaskan ketuhar pd suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.
  6. Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau sehingga sebati.
  7. Ambil biskut yg telah disejukkan tadi dan celupkan ke dlm coklat masakan. Kemudian masukkan ke dlm cawan kertas.
  8. Sudukan sedikit coklat ke dlm cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dgn secukupnya. Biarkan coklat mengeras dan blhlah dinikmati.

Info Chef: Coklat hendaklah dipotong kecil sebelum dicairkan. Selain teknik double-boil, blh juga dicairkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.

5. TAT NANAS TERATAI

2 7 - Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm mentega
  • 120gm minyak sapi
  • 450gm tepung gandum
  • 1 biji telur gred B
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan telur ke dlm mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul sehingga sebati menggunakan pemukul tangan.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
  4. Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dgn secukupnya.
  5. Panaskan ketuhar pd suhu 170°C – 180°C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Info chef: Biskut ini amat mudah disediakan kerana tidak memerlukan bahan yg byk. Lebih enak dimakan bersama jem nenas kerana ia memberikan rasa manis pd tat selain mempunyai tekstur yg rapuh apabila dikunyah.

6. BATANG BURUK

9 3 - Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tepung gandum
  • 150gm tepung beras
  • 1/2 biji santan kelapa
  • 100gm tepung kacang hijau
  • 120gm gula ising
  • 2 biji telur
  • Minyak utk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.
  2. Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.
  3. Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yg telah dimasak. Masukkan telur dan uli sehingga menjadi adunan yg sebati.
  4. Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.
  5. Potong kecil adunan yg digulung tadi dan goreng sehingga garing.
  6. Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dgn campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.
  7. Sedia utk dinikmati.

7. BISKUT AISKRIM

8 4 - Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 130gm mentega
  • 60gm gula ising
  • 160gm tepung gandum
  • 30gm tepung jagung
  • 20gm tepung ubi
  • 1/4  sudu teh serbuk penaik
  • 20gm serbuk badam
  • Sedikit esen vanilla
  • 1 biji kuning telur | utk sapuan
  • Sedikit coklat masakan | dicairkan
  • Gula-gula manik | hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
  2. Kemudian campurkan kesemua tepung yg telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul sehingga menjadi doh.
  3. Canai doh dan terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim.
  4. Susun kepingan doh yg telah diterap tadi diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatasnya dan bakar pd suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan biskut seketika dan kemudian celup hujung biskut ke dlm coklat yg telah dicairkan.
  6. Taburkan gula-gula manik berwarna dgn secukupnya. Sedia utk dinikmati.

8. MAMA CAREY

5 7 - Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm mentega
  • 125gm gula kastor
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 330gm tepung gandum  | diayak
  • 65gm tepung jagung | diayak
  • 65gm susu tepung | diayak

BAHAN ISING:

  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu mkn tepung jagung
  • 90gm gula ising

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yg lembut dan tidak lekat di tangan.
  4. Masukkan doh ke dlm plastik kedap udara dan simpan di dlm peti sejuk selama 15 minit.
  5. Keluarkan doh dan canaikan. Teraop doh menggunakan acuan pilihan anda.
  6. Bakar di dlm ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 150°C selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk,
  7. Untuk menghasilkan isingnya, pukul putih telur sehingga kembang.
  8. Kemudian masukkan gula ising dan tepung jagung. Pukul lagi menggunakan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi likat.
  9. Masukkan bancuhan ke dlm beg piping dan paipkan diatas biskut tadi. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
  10. Masukkan kembali biskut ke dlm ketuhar dan bakar pd suhu 150°C selama 10 minit.

9. BISKUT CORNFLAKES

7 5 - Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm mentega
  • 90gm gula kastor
  • 1 biji telur
  • 80gm kismis hitam
  • 125gm tepung naik sendiri  | diayak
  • 375gm cornflakes | diramas kasar

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula sehingga rata.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.
  3. Dalam bekas berlainan, campurkan tepung dan kismis. Kemudian masukkan ke dlm adunan dan gaul rata.
  4. Dengan menggunakan sudu the, ceduk adunan menjadi ketulan kecildan salutkan dgn cornflakes yg telah diramas kasar. Letakkan diatas dulang pembakar.
  5. Panaskan ketuhar pd suhu 180°C dan bakar biskut selama 12-15 minit atau sehingga biskut menjadi kuning keemasan.
  6. Biarkan sejuk seketika dan blhlah disimpan di dlm bekas kedap udara.

10. BISKUT MAZOLA

4 7 - Koleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 185gm tepung gandum | diayak
  • 60gm tepung gandum | diayak
  • 140gm gula halus
  • 125gm kacang tumbuk
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Minyak Mazola secukupnya

BAHAN HIASAN:

  • Kacang tumbuk kasar secukupnya
  • Kuning telur utk sapuan

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi dohyang blh dikepal.
  3. Ambil doh yg siap diuli tadi dan bentukkan menjadi bentuk bulat.
  4. Letakkan doh diatas dulang pembakar dan sapukan kuning telur di bahagian atasnya. Taburkan juga kacang tumbuk dgn secukupnya.
  5. Bakar biskut tadi selama 20 minit pd suhu 180°C.
  6. Angkat dan sejukkan seketika sebelum disimpan di dlm bekas kedap udara.

Info chef: Utk menyediakan kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk sehingga halus.

Loading...

Tags: #Biskut #Buat #Koleksi #lama #Mudah #Paling #Raya #Resipi #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.