Koleksi Lagu Dikir Barat Asli (part 1)

Loading...

Koleksi Lagu Dikir Barat Asli (part 1)

Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.

Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.

———————————————————————————————-
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas – balas pantun dan diikuti oleh awak awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari dua kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian “Karut” itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

Rating video: /5

Sumber video: Youtube

Loading...

Tags: #Asli #barat #dikir #Koleksi #lagu #Part

author
Author: 
    Jatuh cinta sungguh dengan material & corak terbaru square shawl dari ni…..
    Jatuh cinta sungguh dengan material & corak terbaru square shawl dari @galeriariani ni..
    Ini Video Rasmi Majlis Perkahwinan Sultan Muhammad V dan Oksana Voevodina
    Beberapa keping foto rasmi majlis perkahwinan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kembali tersebar
    “Dia Ada Dua Ibu, Doa Ibu Yg Hebat.” – Rata-Rata Puji Erra Fazira Sambut Hari Lahir Anak Bersama Laudya Cynthia Bella.
    Puteri tunggal kepada aktres jelita Erra Fazira, Engku Aleesya baru saja menyambut ulang
    Alamak! Misai Dah Tumbuh La. Ini Jawapan Bersahaja Dari Nur Sajat Apabila Ditanya Tentang Bulu Halus Di Atas Bibir Montok Beliau.
    Ramai peminat terkejut,Jutawan kosmetik dan penyanyi Nur Sajat baru-baru in, dilaporkan mengidap peny4kit
    1. author

      Ahmad Mustaqim1 year ago

      pok ya cong codei bawok ambo ke sini..terbaik boh! kawe dari melako..

      Reply
    2. author

      saiful razwan1 year ago

      @warisan simfoni paloh

      Reply
    3. author

      saiful razwan1 year ago

      Sek kawe pom ado dale youtube

      Reply
    4. author

      saiful razwan1 year ago

      Sekk mno nie😋

      Reply
    5. author

      SyedFarizal1 year ago

      Jijok angin

      Reply
    6. author

      Abdul Halim1 year ago

      sedap dengar bilo sunyi…

      Reply
    7. author

      che din1 year ago

      bila denga dikir barat raso nok kelik kelate

      Reply
    8. author

      Azrul Yoe1 year ago

      Sedak

      Reply
    9. author

      roslan abdullah1 year ago

      Satu usaha yang baik…kipidad

      Reply

    Leave a reply "Koleksi Lagu Dikir Barat Asli (part 1)"