Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

Loading...

dodol - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

Tahukah korang bahawa negara kita kaya dgn mknan tradisional yg sedap namun jarang diketengahkan terutamanya di negeri-negeri di Pantai Timur, seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang, Rata-ratanya byk menggunakan bahan utamanya  santan, gula dan tepung beras, pulut dan gandum. Utk itu, RASA seronok dpt kongsikan 12 resipi himpunan kuih muih tradisional yg cukup dgn rasa lemak manisnya.

tepung beko - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

BEKO PANDAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan kelapa parut | putih sahaja dan kisar sedikit
  • 1/2cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1/2cawan air daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan telur dlm mangkuk, kacau seketika dan ketepikan.
  2. Campurkan kelapa yg telah dikisar sedikit bersama gula, tepung pulut dan garam dlm mangkuk adunan.
  3. Tuangkan air pandan dan telur, kacau rata sehingga sebati. Ketepikan.
  4. Panaskana ketuhar pd suhu 170C.
  5. Sementara itu, sapukan acuan dgn minyak masak, kemudian panaskan dlm ketuhar.
  6. Keluarkan, kemudian tuangkan adunan Kuih Beko dlm acuan sehingga penuh dan bakar semula sehingga masak.
  7. Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.

apam bakar - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

APAM BAKAR KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu besar yis mauripan
  • 4biji pisang | lenyek3/4 cawan gula pasir
  • 2 cawan tepung beras
  • Air secukupnya
  • Kelapa parut | putih sahaja, kemudian gaul dgn sedikit garam halus.

CARA MEMASAK:

  1. Halia, lengkus dan lada hitam dikisar kasar bersama dgn sedikit air.
  2. Tapis airnya dan ketepikan.
  3. Kemudian campurkan air tadi bersama tepung beras, kacau rata.
  4. Jika agak pekat tambah air sehigga adunan seperti bancuhan membuat roti jala.
  5. Tambah ke dlmnya pisang yg telah dilenyek bersama yis. Kacau rata .
  6. Perapkan adunan itu selama 4 jam.
  7. Panaskan kuali non stick, kemudian tuangkan sedikit adun di dlmnya seperti membuat lempeng tetapi saiz kecil.
  8. Setelah siap, hidangkan bersama dgn kelapa parut yg telah digaulkan dgn sedikit garam tadi.

oren - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

NEKBAT SIRA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung beras
  • 10 biji telur
  • Sedikit pewarna oren beras ta

BAHAN SIRA:

  • 500ml air
  • 150gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 6 kuntum bunga cengkih

 CARA MEMASAK:

  1. Tepung beras digoreng sangai dgn api sederhana sehingga kering. Ketepikan.
  2. Pukul telur sehingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan perwarna dan tepung beras yg telah disangai tadi. Kacau rata.
  3. Panaskan acuan di dlm ketuhar, setelah cukup panas keluarkan.
  4. Tuankan adunan ke dlm acuan dan bakar dgn api atas bawah pda suhu 170C.
  5. Bakar sehingga kekuningan atau garing.
  6. Setelah masak keluarkan dr ketuhar.
  7. Sementara itu sediakan bahan sira. Masak air dan gula sehingga mendidih.
  8. Masukkan daun pandan dan cengkih.
  9. Setelah masak, tuangkan di atas kuih nekbat tadi.
  10. Kuih sedia dihidangkan.

kuih putih - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

KOLEK LEMAK

BAHAN-BAHAN:

  • 130 gm tepung beras
  • 60 gm tepung Hoen Kwe
  • 1 sudu teh garam
  • 400 ml santan
  • 600 ml air.
  • Sedikit tahi minyak
  • 1 sudu mkn minyak masak

BAHAN KUAH:

  • 1 cawan santan.
  • 1 sudu mkn tepung beras
  • Sedikit halia | hiris nipis
  • Bawang merah | hiris
  • Sedikit halba
  • Garam dan gula secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan, kemudian tapiskan di dlm periuk.
  2. Masak dgn api perlahan sehingga berwap.
  3. Sapukan loyang dgn minyak.
  4. Tuangkan adunan kolek lemak di dlm loyang.
  5. Dan taburkan tahi minyak di atasnya. Ketepikan.
  6. Sementara itu sediakan kuah, Satukan semua bahan di dlm periuk dan kacau rata.
  7. Masak dgn api perlahan sehingga adunan keluar wap atau medidih sekejap.
  8. Potong Kolek Lemak, masukkan dlm piring hidang dan tuangkan kuah di atasanya.
  9. Sedia dihidangkan.

ulat bulu - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

KUIH ULAT BULU

BAHAN-BAHAN:

  • 1cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung pulut hitam
  • 3/4 cawan air
  • 1 sudu teh air kapur
  • 2 cawan kelapa parut | putih sahaja dan campur dgn sedikit garam galus

BAHAN INTI:

  • 1/2cawan kacang hikau
  • Sedikit gula Melaka
  • 1 sudu mkn gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 kelapa parut
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, rebus kacay hijau bersama daun pandan sehingga empuk.
  2. Apabila kacang lembut dan air kering masukkan santan, gula Melaka , gula pasir dan sedikit garam.
  3. Kacau rata sehingga garing.
  4. Tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut bersama dan gaul rata.
  6. Kemudian tambahkan air dan air kapur, terus adun sebati seperti adunan buah Melaka.
  7. Bulat-bulatkan, kemudian masukkan inti di tengah dan bentuk adunan panjang.
  8. Buat sampai habus.
  9. Didihkan air kemudian, rebus adunan.
  10. Bila sudah timbul angkat menggunakan penapis dan letakkan di dlma bekas berisi kepala parut.
  11. Golek-golekkan dan masukkan dlm piring hidangan.
  12. Sedia dihidangkan.

ubi stelo - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

BELEBAT UBI STELO

BAHAN-BAHAN:

  • 160gm tepung beras
  • 200gm gula
  • 125gm ubi stelo ungu | potong kiub kecil
  • 125 gm ubi stelo oren | potong kiub kecil
  • 3 biji pisang emas masak di lecek kasar
  • 800ml santan
  • 1sudu teh garam halus
  • Daun pisang secukupnya |layur dahulu

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ubi stelo sekejap, kemudian tos airnya dan ketepikan.
  2. Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula.
  3. Tapis dlm periuk dan masak adunan yg ditapis sehingga pekat.
  4. Campur ubi dan pisang.
  5. Ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang dan bungkuskannya.
  6. Kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.

dodol - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

DODOL KUKUS

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung pulut hitam
  • 250gm tepung pulut putih
  •  200gm gula halus
  • Tahi minyak secukupnya
  • 5ml minyak masak
  • Daun pisang | sebagai alas
  •  Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung pulut putih dan hitam dlm mangkuk adunan rata.
  2. Kemudian masukkan gula dan santan, kacau rata.
  3. Tambahkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi.
  4. Sediakan loyang dan sapukan minyak.
  5. Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dlm loyang.
  6. Kukus sehingga masak.
  7. Setelah masak, taburkan tahi minyak dan hidang.

kubang - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

KUIH BADAK KUBANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung pulut putih
  • 2 cawan tepung pulut hitam
  • Gula Melaka | potong dadu kecil
  • Sedikit air
  • Daun pisang secukupnya

BAHAN KUAH PUTIH:

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1.  Campurkan tepung kedua-dua jenis tepung pulut dan  campurkan dgn sedikit air.
  2. Adun menjadi doh seperti kuih Melaka.
  3. Bulat-bulatkan dan letakkan gula Melaka di tengahnya.
  4. Susun dlm loyang yg di alas dgn daun pisang yg telah disapu minyak masak.
  5. Kukus lebih kurang 10 minit.
  6. Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yg sudah dicampur dan dikacau rata.
  7. Kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.

Apam bahgdad - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

APAM BAGHDAD

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 250gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh ovelatte
  • 170gm tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Pewarna kuning

BAHAN SOS SRI KAYA:

  • 400ml santan
  • 5 sudu mkn gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu mkn tepung gandum
  • sedikit pewarna hijau
  • sehelai daun pandan, dicarik dan disimpul

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat apam,didihkan air dlm periuk pengukus
  2. Sementara itu pukul telur dlm mangkuk aduan, kacau sehingga kembang.
  3. Masukkan gula kastor, esen vanila dan ovellate. Putar lagi sehingga bacuhan menjadi pucat.
  4. Setelah sebati masukkan pewarna kuning.
  5. Putar seketika, Masukkan tepung naik sendiri dan putar lagi.
  6. Oleskan loyang pembakar dgn mentega, kemudian tuangkan adunan.
  7. Kukus sehingga masak lebih kurang 20 minit.
  8. Untuk topping sos kaya, campurkan semua bahan dlm periuk dan kacau rata supaya tidak berketul.
  9. Masak sos di atas api sederhana sehingga seri kaya pekat dan menjadi berserawa. Tutup api.
  10. Tuangkan sos di atas apam terus atau potong apam baru tuang sos, terpulang ikut citarasa.
  11. Sedia dihidangkan.

tepung telipok - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

KUIH TELIPOK

BAHAN-BAHAN:

BAHAN UNTUK BUNGA TELIPUK

  • 300gm tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak
  • Daun pisang

BAHAN KUAH HIJAU:

  • 50 gm tepung gandum
  • 10 sudu mkn gula pasir
  • 750ml santan
  • 8 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk bunga telipok putih: Bancuh tepung dgn air sehingga bancuhan tidak lekat ditangan.
  2. Kemudian bentuk bulat dan empat segi bunga telipot dan lubang di tengah.
  3. Susun dlm loyang beralaskan daun pisang
  4. Untuk kuah hijau, satukan semua bahan dan kacau rata.
  5. Kemudian tapiskannya.
  6. Tuangkan dlm loyang yg disusun dgn tepung pulut yg dibentuk seperti bunga telipok.
  7. Kukus lebih kurang 20 minit.
  8. Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.

tepek pisang - Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni.

TEPEK PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg pisang abu | lenyekkan
  • 300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
  • 250gm tepung gandum | jika kurang  blh tambah
  • 5  sudu mkn gula kabung
  • Sedikit garam halus
  • Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan kelapa di dlm mangkuk adunan yg berisi pisang yg sudah dilenyek.
  2. Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yg telah dihancurkan.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yg diperlukan.
  4. Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang sehingga masak.
  5. Enak dihidangkan panas-panas.

Komen anda

Loading...

Tags: #Cuba #Koleksi #Kuih #Muih #Pelik #Sedap #Tapi... #Tradisi Yang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Koleksi Kuih Muih Tradisi Yang Pelik Tapi Sedap, Blh Cuba Ni."