Koleksi 8 Resipi Sotong Yg Sungguh Sedap & Mudah.

sotong pecik 1 - Koleksi 8 Resipi Sotong Yg Sungguh Sedap & Mudah.

Sotong, antara seafood yg digemari ramai kerana rasanya yg sedap, mudah disedia dan
dimakan. Menariknya sotong blh dipelbagai cara memasak dan menu ikut selera keluarga korang.
Kepada penggemar sotong, berikut RASA kongsikan enam resipi sotong yg mudah disdiakan dan
sedap rasanya:-

sotong masam manis - Koleksi 8 Resipi Sotong Yg Sungguh Sedap & Mudah.

SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
  • 2 sudu mkn sos cili Thai
  • 1 sudu mkn sos cili
  • 1 sudu mkn sos plum
  • 1/2 sudu mkn minyak masak
  • 1 biji bawang besar | cincang
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2cm halia muda | hiris halus
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • Garam secukup rasa

BAHAN SUMBAT:

  • 1 biji tauhu putih | kisar kasar
  • 1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan sumbat dlm mangkuk dan gaul rata.
2. Panaskan pengukus.
3. Sumbut sotong dgn bahan sumbat sehingga paras 3/4 sotong .
4. Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dgn lidi.
5. Susun dlm pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
6. Sementara itu sediakan sos.
7. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili sehingga wangi.
8. Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
9. Kacau rata dan perasakan dgn sedikit garam.
10. Setelah siap, tuangkan sos dlm pinggan sotong yg telah dikukus tadi.
11. Sotong sedia dihidangkan.

sotong pecik 1 - Koleksi 8 Resipi Sotong Yg Sungguh Sedap & Mudah.
KETUPAT SOTONG
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong saiz sederhana | buang kulit ari, bersih dan toskannya
  • 200gm beras pulut susu | rendam
  • 150gm santan pekat campur 3 cawan air
  • 1 tin cendawan butang dlm tin
  • 1 batang serai | titik
  • 1 helai daun pandan | carik-carik dan simpul
  • 1 cili hijau | belah dua
  • 1 cil merah | belah dua
  • 10 cili api sebiji-sebiji
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 1 batan serai | kisar
  • 4buah keras | kisar
  • 1/4 inci lengkuas | kisar
  • 1/4 inci halia | kisar
  • 1 bawang besar |kisar
  • 2 bawang putih | kisar
  • 1 inci kunyit hidup |kisar

CARA MEMASAK:
1. Asingkan kepala dan badan sotong
2. Sumbatkan pulut dlm badan sotong sehingga 3/4 penuh.
3. Masukkan semula kepala sotong, kemudian kemaskan dgn lidi. Lakukan sehingga sotong habis.
4. Sementara itu masukkan santan dlm periuk bersama bahan kisar.
5. Kacau rata dan masukkan sotong yg telah disumbat tadi.
6. Masak atas api perlahan sehingga mereneh, masukkan cendawan, daun pandan, serai titik dan
cili padi.
7. Perasakan dgn garam, gula dan perasa secukupnya.
8.Terus memasak sehingga kuah pekat (jika ingin kuah lebih pekat campurkan 1 sudu teh tepung
jagung).
9. Sebelum angkat, masukkan hirisan cili merah dan hijau.
10. Tutup api dan sotong sedia dihidangkan.

sotong kicap - Koleksi 8 Resipi Sotong Yg Sungguh Sedap & Mudah.
SOTONG CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong | dihiris bulat
  • 6 ulas bawang merah | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 3cm halia muda | dihiris memanjang
  • 15biji cili padi | dihiris
  • 2 batang serai |dihiris
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya utk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak, di dlm kuali, masukkan sotong dan kacau.
2. Apabla sotong kecut angkat dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, tumiskan bahan hirisan dan cincang sehingga naik bau.
4. Masukkan sotong tadi, tambahkan sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidangkan.

kacang sotong - Koleksi 8 Resipi Sotong Yg Sungguh Sedap & Mudah.

SAMBAL SOTONG KERING BERKACANG:

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong kering |dikembangkan terlebih dahulu
  • 10 batang kacang panjang | dipotong 3cm
  • 6 ulas bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 sudu mkn pes cili kering
  • 1 sudu mkn air asam jawa
  • 1 sudu mkn sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis.

CARA MEMASAK:
1. Sotong kering yg telah dikembangkan, cuci kemudian hiris memanjang dan toskan.
2. Panaskan kuali, tmiskan bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan pes cili kering tumis sehingga pecah minyak
4. Masukkan pula sotong, kacau lagi.
5. Apabila sotong sudah kecut, maskkan air asam jawa, garam dan gula secukupna.
6. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat baru masukkan kacang panjang.
7. Setelah kacang panjang layu, angkat dan hidangkan.

rendang sotong - Koleksi 8 Resipi Sotong Yg Sungguh Sedap & Mudah.
GULAI SOTONG PADANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg sotong saiz XL | bersihkan dan potong bulat
  • 500ml santan
  • 2 helai daun salam
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit | disiat-siat dan simpul
  • 2.5 lengkuas |dititik
  • 2 batang serai | dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak secukupnya utk menumis

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili kering
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu teh ketumbar biji
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 2.5cm kunyit hidup
  • 3 biji buah keras

CARA MEMASAK:
1. Panas minyak dlm periuk, tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan, kacau sehingga mereneh.
3. Tambahkan asam gelugor, daun salam,limau purut, kunyit, lengkuas dan serai titik.
4. Masukkan sotong dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
5. Biarkan mereneh 2-3 minit lagi.
6. Tutup api dan hidangkan.

kari sotong - Koleksi 8 Resipi Sotong Yg Sungguh Sedap & Mudah.

KARI SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg sotong saiz XXL | dibersihkan, potong bulat dan toskan
  • 500ml santan
  • Sedikit rempah penumis | kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • 2 sudu mkn rempah kari daging
  • 1 sudu mkn rempah kari ikan
  • 1 sudu mkn serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 sudu mkn air asam jawa
  • 5 ulas bawang merah | dihiris
  • 4 ulas bawang putih | dihiris
  • 3cm halia | dihiris
  • 2 batang serai | dititik
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dr tangkainya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak utk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dlm periuk, tumis bahan penumis bersama bahan hirisan dan titik
bersama daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari daging, ikan dan serbuk cili yg dibancuh dgn sedikit air.
Kacau rata sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan sotong. Biarkan mereneh seketika.
4. Lengkapkan rasa dgn garam dan gula secukupnya.
5. Selepas 2-3 minit, tutup api dan hidangkan.

Sambal sotong limau purut - Koleksi 8 Resipi Sotong Yg Sungguh Sedap & Mudah.

SAMBAL SOTONG LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong saiz XXL | dihiris bulat
  • 3 helai daun limau purut | dihiris kasar
  • 3 sudu mkn pes cili kering
  • 2 sudu mkn kicap pekat manis
  • 1sudu mkn air asam jawa
  • 4 ulas bawang merah | dikisar kasar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar kasar
  • 2.5cm halia |dikisar kasar
  • 1 batang serai |dititik
  • 1biji bawang besar |dihiris bulat
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit minyak utk menumis

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan sotong kemudian tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga wangi.
3. Masukkan pula pes cili kering dan daun limau purut, kacau lagi sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya, masukkan sotong dan air asam jawa, kacau lagi sehingga sotong layu.
5. Akhir sekali, lengkapkan rasa dgn kicap, garam dan gula secukupnya.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.

sotong cili - Koleksi 8 Resipi Sotong Yg Sungguh Sedap & Mudah.

SOTONG BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 500 sotong saiz XL | dibersih dan toskan
  • 350ml santan
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 kuntum bunga katan| dihiris menyerong
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak utk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili padi

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dlm periuk, tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan santan dan kacau rata sehingga kuah agak pekat.
3. Masukkan sotong, asam gelugor.
4. Kemudian perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
5. Kecilkan api dan reneh sehingga kuah pekat.
6. Masukkan hirisan bunga kantan, kacau seketika dan angkat.
7. Sedia dihidangkan.

Komen anda


Loading...

Tags: #Koleksi #Mudah #Resipi #Sedap #sotong #Sungguh

author
Author: 
    Kuih Cekmek Molek Gebu
    Okay dah siap kuih cekmek molek gebu gebas kita ni 😍 salah satu
    Cara Masak Bihun Goreng Kecap yang Praktis dan Nikmat Menggoda
    Bingung mau sarapan apa hari ini? Mama Punya Cerita Vlog akan membagikan ide
    Tutorial memasak – sate telur gulung bikin ketagihan
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    Cara Masak Rendang Ayam
    jenis masakan padang yang pasti ada diwarung padang. dengan menggunakan ayam kampung terasa

    Leave a reply "Koleksi 8 Resipi Sotong Yg Sungguh Sedap & Mudah."