Koleksi 6 Resipi Sambal Malas, Tapi Sedap Berhantu.

Loading...

sambal mangga 1 -  Koleksi 6 Resipi Sambal Malas, Tapi Sedap Berhantu.

Sambal pemecah selera mkn, malah ada juga orang berkata, takda sambal mkn tak lengkap.  Sebab itulah di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu sambal wajib ada dlm menu mkn tengahari ataupun malam.  Kalau bukan sambal yg bertumis, sambal yg tidak perlu masak pun dah ok.  Kalau nak cuba, ini ada enam koleksi sambal mantah blh korang cuba.

sambal belacan -  Koleksi 6 Resipi Sambal Malas, Tapi Sedap Berhantu.

SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji cili merah
  • 10 biji cili hijau
  • 15-20 biji lada Thai merah
  • 6 biji limau kasturi dibuang bijinya
  • ½ keping belacan
  • 3 sudu cuka
  • 3 sudu mkn udang kering
  • ½ biji lemon ataupun limau nipis
  • 100 ml air
  • Garam dan gula

CARA MEMASAK:

  1. Bakar belacan terlebih dahulu
  2. Masukkan limau kasturi yg telah dibelah ke dlm kuali, layukan sehingga 5-8 minit utk membuang rasa pahit limau kasturi.
  3. Selepas itu masukan cili merah, cili hijau, lada thai, udang kering, dan layukan pd api sederhana besar selama 3-4 minit utk buang rasa mentah lada dan limau kasturi. jangan guna minyak.
  4. 4.Kemudian masukkan ke dlm blender semua bahan tadi dan kisar sehingga lumat.
  5. 5.Masukan air perahan lemon, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan bersama ulam-ulaman.

sambal mangga 1 -  Koleksi 6 Resipi Sambal Malas, Tapi Sedap Berhantu.

SAMBAL MANGGA
BAHAN-BAHAN:

  •  1biji mangga muda
  • 1 sudu mkn gula merah
  • 5/6  biji cili padi | pedas ikut kesukaan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1cm belacan bakar

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan mangga dan cencang atau parut halus atau mengikut kesukaan
  2. Tumbuk, cili pd bersama gula, garam dan belacan sehingga lumat.
  3. Masukkan ke bekas dan gaul bersama mangga tadi. Pastikan semuanya sekata.
  4. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

sambal budu -  Koleksi 6 Resipi Sambal Malas, Tapi Sedap Berhantu.

SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji cili merah
  • 10 biji cili hijau
  • 15-20 biji lada thai merah
  • 6 biji limau kasturi dibuang bijinya
  • ½ keping belacan
  • 3 sudu cuka
  • 3 sudu mkn udang kering
  • ½ biji lemon ataupun limau nipis
  • 100 ml air
  • Garam dan gula

CARA MEMASAK:

  1. bakar belacan terlebih dahulu
  2. Masukkan limau kasturi yg telah dibelah ke dlm kuali, layukan sehingga 5-8 minit utk membuang rasa pahit limau kasturi.
  3. Selepas itu masukan cili merah, cili hijau, lada thai, udang kering, dan layukan pd api sederhana besar selama 3-4 minit utk buang rasa mentah lada dan limau kasturi. jangan guna minyak.
  4. Kemudian masukkan ke dlm blender semua bahan tadi dan kisar sehingga lumat.
  5. Masukan air perahan lemon, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan bersama ulam-ulaman.

sambal cencaluk -  Koleksi 6 Resipi Sambal Malas, Tapi Sedap Berhantu.

SAMBAL CENDALUK

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 botol cencaluk
  • 6 – 10 biji bawang kecil
  • 10 biji cili api merah | kalau suka pedas blh tambah
  • 5 biji cili api hijau
  • 5 biji lima kasturi

    CARA MEMASAK:

  1. Hiris halus semua cilipadi dan bawang
  2. Dalam mangkuk, masukkan cencaluk dan campurkan hirisan cilipadi dan bawang.
  3. Perahkan air limau kasturi. Kalau kurang masam, blh tambah limau. Sesuaikan rasa dan sedia dihidangkan.

sambal lasana -  Koleksi 6 Resipi Sambal Malas, Tapi Sedap Berhantu.

SAMBAL MERAH CIBIUK
BAHAN-BAHAN :

  • 20 biji cili padi merah
  • 3 biji cili merah | hiris
  • 4 biji bawang merah hiris
  • 1 ulas bawang putih | hiris
  • 1cm kencur | hiris
  • 4 biji tomato  | dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kencur  bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.
  2. Masukkan cili padi dan merah, tumbuk lagi.
  3. Kemudian masukkan tomato, tumbuk lagi seketika.
  4. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  5. Sedia dihidangkan.

sambal cili merah -  Koleksi 6 Resipi Sambal Malas, Tapi Sedap Berhantu.

SAMBAL LASANA
BAHAN-BAHAN:

  • 15 cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 4  ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm kencur
  • 1 genggam daun kemangi | hiris halus
  • 1 sudu mkn jus limau nipis
  • garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tumbuk kasar kesemua bahan, kecuali daun kemangi.
  2. Kemudian masukkan daun kemangi, garam dan gula secukup rasa.
  3. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Loading...

Tags: #berhantu #Koleksi #Malas #Resipi #Sambal #Sedap #Tapi...

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply " Koleksi 6 Resipi Sambal Malas, Tapi Sedap Berhantu."