Koleksi 6 Resipi Roti Lembut & Gebu, Buat Sendiri Sedap Ni .

Loading...

roti4 1 - Koleksi 6 Resipi Roti Lembut & Gebu, Buat Sendiri Sedap Ni .

Percaya atau tidak membuat roti sebenarnya sangat mudah,  korang pasti seronok bila melihatkan hasil roti yg gebu dan lembut. Tambah sedikit kreativiti, anda blh pelbagaikan rasa, sama ada tambah inti atau taburkan manisan di atasnya. Ternyata ia memang sedap dijadikan kudapan teman secawan kopi.

Roti1 - Koleksi 6 Resipi Roti Lembut & Gebu, Buat Sendiri Sedap Ni .

BUN SERUNDING DAGING
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung berprotien tinggi
  • 38gm yis kering
  • 25gm Bread Inprover
  • 100gm gula kastor
  • 12gm garam
  • 130gm mentega | lembutkan pd suhu bilik
  • 2 biji telur
  • 250gm susu segara +250 air
  • 12gm susu tepung

BAHAN TOPPING:

  • 1 sudu mkn mayones
  • Serunding daging secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung bersama garam, kemudian masukkan dlm mesin pengadun bersama gula, susu
tepung dan yis kering. Adun perlahan lebih kurang satu minit.
2. Masukkan bread inprover, telur, air dan susu.
3. Putar mesin pengadun dgn kelajuan perlahan lebih kurang satu minit.
4. Kemudian tingkat kelajuan dgn putaran sederhana lebih kurang lapan minit.
5. Masukkan mentega dan putar lagi sehingga sebati lebih kurang lima minit dgn kelajuan
sederhana sehingga adunn lembut dan licin.
6. Bulatkan doh lebih kurang 35gm kemudian bentukkan bujur doh tersebut.
7. Biarkan lebih kurang 10 minit.
8. Selepas 10 minit, bentukkan doh menjadi bentuk bujur dan susun dlm dulang pembakar.
Ketepikan dan biarkan doh mengembang lebih kurang 45 minit.
9. Panaskan ketuhar pd suhu 170C, kemudian bakar roti selama 15-20 minit. Atau
kepanasan dan masa membakar bergantung kepada ketuhar anda.
10. Sementara itu, campurkan mayones dgn susu pekat manis. Kemudian kacau rata.
11. Sapukan campuran ini atas permukaan roti.
12. Setelah selesai taburkan serunding ayam di atasnya
13. Roti sedia dihidangkan.

roti6 - Koleksi 6 Resipi Roti Lembut & Gebu, Buat Sendiri Sedap Ni .

ROTI MINI PIZZA
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung roti/tepung high protie
  • 1 biji telur
  • 1 sudu mkn susu tepung
  • 2 sudu mkn susu pekat manis
  • 2 sudu mkn mentega
  • 1sudu mkn shortening
  • 1 paket mauripan
  • Mayones secukupnya
  • Sos tomato secukupnya
  • Sedikit keju ceddar
  • Sosej secukupnya
  • 1/2 cawan sayur campur

CARA MEMASAK:
1. Campurkan sisi pekat manis, telur yis dan tambah air jadikan jumlahnya 300 ml jumlah campuran cecair tersebut. Ketepikan.
2. Masukkan tepung dlm mangkuk adunan bersama susu tepung, telur dan campuran cecair tadi. Uli sehingga sebati.
3. Masukkan mentega dan shortening, uli lagi sehingga adunan lembut dan licik serta elastic bila ditarik.
4. Tutup mangkuk dan rehatkan doh sehingga naik sekali ganda selama lebih kurang satu jam.
5. Bila saiz doh bertambah sekali ganda, uli semula dan tumbuk-tumbukkan doh utk keluarkan angin.
6. Ambil doh lebih kurang 100 gm, kemudian canaikannya setebah 1 cm, kemudian sapukan permukaannya dgn sos tomato.
7. Seterusnya letakkan sosej dan gulungkan doh menyaluti sosej.
8. Kemudian gunting tidak putus bahagian atas sosej dan tarik ke tepi setiap guntingan secara berselang seli kiri dan kanan.
9. Kemudian sapukan mayones di atas doh yg telah dibentuk tadi dan taburkan sayur campur, keju dan paipkan sedikit sos tomato.
10. Akhir sekali masukkan dlm loyang pembakar dan bakar dlm ketuhar yg telah sedia dipanaskan dgn suhu 180C selama 20 minit atau sehingga masak.

roti5 - Koleksi 6 Resipi Roti Lembut & Gebu, Buat Sendiri Sedap Ni .

SARDIN BUN
BAHAN- BAHAN:

  • 400gm tepung protein tinggi| bread flour
  • 200gm tepung serbaguna
  • 4 sudu teh yis kering
  • 2sudu mkn susu tepung
  • 3 biji kuning telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • 75gm mentega
  • 300ml air suam
  • Cawan kertas

BAHAN INITI

  • Sambal sardin | hancurkan isinya
  • 150gm mayones
  • Sedikit hirisan cili

CARA MEMASAK:

1. Masukkan yis kering dlm 150ml air suam, kemudian tambahkan dgn 1/2 sudu teh gula pasir dan kacau rata. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
2. Masukkan semua bahan kering dlm mangkuk adunan, gaul rata.
3. Masukkan kuning telur, kemudian putar mesin pengadun dgn kelajuan perlahan,.
4. Seterusnya masukkan campuran bancuhan yis tadi dan baki air, terus putar sederhana.
5. Akhir sekali masukkan garam dan mentega. Adun lagi dgn kelajuan tinggi sehingga adunan sebati dan tidak lekat lagi pd mangkuk.
6. Rehatkan adunan dgn ditutuk dgn kain lembab di dlm suhu bilik lebih kurang 30 minit atau adunan kembang dua kali ganda.
7. Buang angin dlm adunan dgn cara menumbuknya, kemudian bulat-bulatkan adunan lebih kurang 40 gram.
8. Masukkan doh dlm cawan kertas dan buatkan lubang ditengahnya.
9. Sapukan mayones di sekeliling lubang, kemudian isikan sambal sardin di dlmnya.
10. Rehatkan seketika doh yg siap diisi sardin sementara ketuhar panas.
11. Bakar dgn kepanasan 180C lebih kurang 20 -30 minit,
12. Angkat dan hidangkan panas-panas.

roti3 - Koleksi 6 Resipi Roti Lembut & Gebu, Buat Sendiri Sedap Ni .

ROTI SOSEJ KEJU
BAHAN-BAHAN:

  • 420gm tepung high protein/tepung roti
  • 3 sudu mkn susu tepung
  • 1 sudu teh garam
  • 80gm gula kastor
  • 3 sudu kecil yis kering
  • 1 biji telur ayam | gred A
  • 100ml air
  • 60gm mentega
  • 1 sudu teh pelembut roti
  • 1 sudu teh Bread Improver
  • Keju Mozarella secukupnya ditaburkan di atas roti
  • Sosej secukupnya
  • Mayones secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dlm mangkuk pengadun kecuali air. Putar perlahan sehingga sebati.
2. Seterusnya masukkan air sedikit demi sedikit (jangan habiskan air).
3. Adun doh dgn putar tinggi dlm lima minit. Kemudian rehatkan doh.
4. Bila doh naik sekali ganda, putar lagi (doh akan turun semula).
5. Seterusnya bulat-bulatkan doh bahagi kepada lima bahagian.
6. Canaikan doh, kemudian sapukan permukaan dgn mayones dan letakkan di atasnya sosej. Kemudian gulung.
7. Gunting tidak putus bahagian atas gulungan doh dgn jarak 2cm kemudian tarikkan ke setiap kepinangan yg digunting dan bentuknya seperti kuntuman bunga bulat.
8. Parutkan keju di atas permukaan doh.
9. Susun doh di atas dulang pembakar yg disapu dgn mentega.
10. Bakar dlm ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C lebih kurang 15-20 minit. Bergantung kepada saiz ketuhar.

roti2 - Koleksi 6 Resipi Roti Lembut & Gebu, Buat Sendiri Sedap Ni .

BILIS BUN
BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tepung berprotien tinggi
  • 38gm yis kering
  • 25gm Bread Inprover
  • 100gm gula kastor
  • 12gm garam
  • 130gm mentega | lembutkan pd suhu ilik
  • 2 biji telur
  • 250gm susu segar +250 air
  • 12gm susu tepung
  • Sambal bilis secukupnya | utk inti

CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung bersama garam, kemudian masukkan dlm mesin pengadun bersama gula, susu tepung dan yis kering. Adun perlahan lebih kurang satu minit.
2. Masukkan format, telur, air dan susu.
3. Putar mesin pengadun dgn kelajuan perlahan lebih kurang satu minit.
4. Kemudian tingkat kelajuan dgn putaran sederhana lebih kurang lapan minit.
5. Masukkan mentega dan putar lagi sehingga sebati lebih kurang lima minit lagi dgn kelajuan sederhana sehingga adunan lembut dan licin.
6. Bulatkan doh lebih kurang 50 gm.
7. Biarkan lebih kurang 10 minit.
8. Canaikan doh dan masukkan inti sambal di atasnya dan lipatkan doh dan kemaskan bahagian tepinya. Dan tekap menggunakan acuan betuk ‘Love’ atau apa pun bentuk ikut cita rasa anda.
9. Kemudian paipkan mayones dan sos cili di atasnya.
10. Susun doh yg siap diisi inti dlm dulang pembakar dan tutup dgn tuala lembab.
11. Sementara itu, panaskan ketuhar pd suhu 170 -180C.
12. Selepas doh kembang, masukkan dlm ketuhar dan bakar sehingga keperangan keperangan.

roti4 1 - Koleksi 6 Resipi Roti Lembut & Gebu, Buat Sendiri Sedap Ni .

ROTI KEJU OREGANO
BAHAN-BAHAN:

  • 420gm tepung high protein/tepung roti
  • 3 sudu mkn susu tepung
  • 1 sudu teh garam
  • 80gm gula kastor
  • 3 sudu kecil yis kering
  • 1 biji telur ayam | gred A
  • 100ml air
  • 60gm mentega
  • 1 sudu teh pelembut roti
  • 1 sudu teh Bread Improver
  • Keju Mozarella secukupnya | ditaburkan di atas roti
  • Serbuk oregano secukupnya | ditaburkan di atas roti

CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dlm mangkuk pengadun kecuali air. Putar perlahan sehingga sebati.
2. Seterusnya masukkan air sedikit demi sedikit (jangan habiskan air).
3. Adun doh dgn putar tinggi dlm lima minit. Kemudian rehatkan doh.
4. Bila doh naik sekali ganda, putar lagi (doh akan turun semula).
5. Seterusnya canaikan doh dan bentuk ikut suka.
6. Susun doh di atasa dulang pembakar yg disapu dgn mentega.
7. Rehatkan doh lebih kurang 30 minit.
8. Parutkan keju Mozarella di atasnya dan taburkan serbuk oregano..
9. Bakar dlm ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C lebih kurang 15-20 minit.
Bergantung kepada saiz ketuhar.

Komen anda

Loading...

Tags: #Buat #Gebu #Koleksi #Lembut #Resipi #Roti #Sedap #sendiri

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Koleksi 6 Resipi Roti Lembut & Gebu, Buat Sendiri Sedap Ni ."