Koleksi 6 Kuih Inti Manis Yg Senang & Sedap, Blh Buat Cuti Thn Baru Cina Ni.

Loading...

koci 1 - Koleksi 6 Kuih Inti Manis Yg Senang & Sedap, Blh Buat Cuti Thn Baru Cina Ni.

Teringinkan berinti manis utk teman secawan kopi di petang hari. Ini RASA bawakan empat jenis kuih muih tempatan berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan. Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa dihujung lidah rasa manis intinya dan lembut  lapisan tepung yg membungkus inti. Tak berkenan kuih ketayap ada lagi tiga yg lain blh  korang  cuba buat dan nikmati rasanya.

ketayap - Koleksi 6 Kuih Inti Manis Yg Senang & Sedap, Blh Buat Cuti Thn Baru Cina Ni.

KUIH KETAYAP

BAHAN-BAHAN

KULIT:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu mkn minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau

BAHAN INTI:

  • 1/2 biji kelapa parut  | ambil putih sahaja
  • 3/4 cawan gula merah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan  | disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu mkn tepung gandum

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan inti, didihkan air dlm kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak sehingga gula larut.
  2. Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala sehingga airnya kering.
  3. Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
  4. Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yg telah dipotong pendek-pendek dgn santan. Tapis dan perah.
  5. Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  6. Masukkan adunan ke dlm pengisar dan kisar sehingga adunan sebati.
  7. Panaskan kuali. Guna api yg perlahan.
  8. Sapukan kuali dgn sedikit minyak.
  9. Masukkan satu senduk adunan ke dlm kuali dan dadarkan adunan dgn melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
  10. Ketepikan. Lakukan cara yg sama sehingga habis adunan.
  11. Sementara menanti kuih di dlm kuali masak, blhlah dibubuh inti pd kuih dadar yg dah siap tadi.
  12. Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dgn kemas. Ke tepikan.
  13. Sedia dihidangkan.

koci 1 - Koleksi 6 Kuih Inti Manis Yg Senang & Sedap, Blh Buat Cuti Thn Baru Cina Ni.

KUIH KOCI PULUT HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung pulut hitam
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
  • Minyak masak secukupnya
  • Daun pisang | dilayur atas api kecil

BAHAN INTI:

  • 1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan |disimpul
  • 1/2 cawan air

 CARA MEMASAK:

  1. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dlm periuk bersama gula pasir dan air.
  2. Masak sehingga gula hancur.
  3. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dlm kuali.
  4. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak sehingga inti agak kering sedikit.
  5. Angkat dan sejukkan.
  6. Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dlm satu bekas.
  7. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul sehingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  8. Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
  9. Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pd permukaan daun pisang tadi.
  10. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
  11. Tutup inti dgn doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
  12. Kemudian lipat seperti biasa.
  13. Bila siap, susun dlm kukusan dan kukus 15 minit.

onde onde - Koleksi 6 Kuih Inti Manis Yg Senang & Sedap, Blh Buat Cuti Thn Baru Cina Ni.

ONDE-ONDE BUAH MELAKA

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gram tepung pulut
  • 4 helai daun pandan | dikisar dgn 1 /2 cawan air
  • 1 cawan air
  • Gula melaka | dipotong kiub
  • Kelapa parut putih secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dlm periuk., jika suka.
  2. Tepung pulut dimasukkan ke dlm mangkuk adunan.
  3. Kemudian tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun sehingga mendapat doh yg tidak melekat ditangan dan mangkuk adunan.
  4. Sementara itu, gaul kelapa parut dgn sedikit garam atau secukup rasa.
  5. Letakkan kelapa parut ke dlm loyang dan ratakan.
  6. Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dgn doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
  7. Masukkan ke dlm air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
  8. Bila onde-onde timbul pd permukaan air mendidih, biarkan dlm 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
  9. Masukkan dlm dlm loyang berisi kelapa parut tadi.
  10. Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dgn kelapa. Lakukan cara yg sama sehingga onde-onde habis direbus.

pau manis - Koleksi 6 Kuih Inti Manis Yg Senang & Sedap, Blh Buat Cuti Thn Baru Cina Ni.

PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung kuih pau
  • 6gm yis segera
  • 50gm minyak sayur
  • 1/2sudu teh garam
  • 100gm gula halus
  • 250gm air suam

Bahan Inti:

  • 200gm kacang merah
  • 100gm gula perang
  • 1/2 sudu teh gula merah
  • 1/2sudu teh garam
  • 3 sudu mkn minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
  2. Kemudian masukkan kacang ke dlm bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
  3. Seterusnya, masukkan ke dlm periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
  4. Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
  5. Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dlm mangkuk adunan.
  6. Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
  7. Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
  8. Kemudian simpan doh selama 10 minit dgn ditutup plastik.
  9. Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
  10. Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
  11. Simpan selama sejam.
  12. Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.

cara manis - Koleksi 6 Kuih Inti Manis Yg Senang & Sedap, Blh Buat Cuti Thn Baru Cina Ni.

KUIH CARA MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • sedikit pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak masak, utk lenser acuan

CARA MEMASAK:

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
  2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dgn whisk sehingga semua sebati.
  3. Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  4. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pd tahap minima.
  5. Lenser sedikit minyak masak pd setiap ruang acuan.
  6. Tuang adunan dlm setiap acuan tadi sehingga hampir penuh.
  7. Letakkan sedikit gula pasir pd setiap kuih.
  8. Tutup permukaannya acuan dgn tudung periuk. Masak sehingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  9. Setelah masak keluarkan kuih dr acuan dan sejukkan. Lakukan sehingga habis adunan.

cek mek molek - Koleksi 6 Kuih Inti Manis Yg Senang & Sedap, Blh Buat Cuti Thn Baru Cina Ni.

KUIH CEK MEK MOLEK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ubi keledek
  • Tepung gandum
  • Sedikit gula
  • Sedikitgaram

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam sehingga empuk.
  2. Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
  3. Gaulkan ubi yg telah dilenyek bersama tepung gandum.
  4. Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu byk tepung.
  5. Bentukkan doh bulat seperti bebola.
  6. Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
  7. Kemudian bentukkan doh dgn bentuk Cek Mek Molek.
  8. Panaskan minyak dan goreng kuih dgn api sederhana.

Komen anda

Loading...

Tags: #Baru #Buat #Cina #CUTI #Inti #Koleksi #Kuih #Manis #Sedap #Senang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Koleksi 6 Kuih Inti Manis Yg Senang & Sedap, Blh Buat Cuti Thn Baru Cina Ni."