Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

Loading...

Sambal daging ketuk 1 - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

Bila  sebut nak masak daging ramai beranggapan ia agak rumit dan perlu masak lama. Sebenarnya daging blh je masak dgn cara ekspres, tak liat dan sedap. Yg penting, korang tahu nak masak menu apa dan dan mcm mana nak menolah daging supaya empuk dan blh dimasak dlm masa yg singkat tanpa mengubah rasa. Contohnya,  korang kena tahu jenis daging, cara hirisan, petua melembutkan daging dan menu yg ingin disediakan.  Jika korang tahu semua ini, pasti masakan daging blh dimasak dgn lebih cepat mudah dan hasilnya sedap. Berikut dikongsikan 12 pilihan menu daging yg blh korang cuba.

daging goreng kurma - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

DAGING GORENG KURMA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | hiris nipis
  • 2  sudu mkn rempah kurma
  • 2 sudu mkn yogurt
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 biji ubi kentang | potong memanjang
  • 2 pokok daun ketumbar | hiris
  • 3 biji cili hijau | hiris 2cm
  • 4-5 biji tomato ceri
  • 1 biji bawang besar | belah lapan
  • 3 ulas bawang berah | hiris
  • 5 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia | hiris
  • 2 batang serai | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak utk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai.
  2. Masukkan rempah kurma yg dicampur dgn sedikit air, kacau sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan hirisan daging, kacau rata dan biarkan mereneh sehingga air daging kering.
  4. Masukkan yogurt, hirisan cili dan daun ketumbar.
  5. Kemudian lengkapkan rasa dgn garam dan gula secukupnya.
  6. Sebelum angkat, masukkan tomato ceri.
  7. Sedia dihidangkan.

 Sambal daging ketuk 1 - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

DAGING SAMBAL HIJAU

BAHAN-BAHAN:

DAGING:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis
  • 2 sudu mkn serbuk ketumbar
  • 1sudu mkn madu
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 cm halia muda | kisar
  • 4ulas bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 2 batang serai | kisar
  • Garam secukup rasa

SAMBAL HIJAU:

  • 7 biji cili hijau
  • 15 biji cili padi hijau
  • 2 biji tomato hijau
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Daging dicuci bersih dan ditoskannya.
  2. Kemudian, gaul daging bersama semua bahan lain sehingga sebati.
  3. Tambah sedikit air dan didihkan atas api sehingga air kering rebusan.
  4. Setelah daging sejuk, hiris nipis dan lebar lebih kurang 3-4cm
  5. Sementara itu, panaskan minyak dlm kuali, goreng daging sehingga bertukar warna keperangan. Angkat dan ketepikan.
  6. Kemudian ketuk atau tumbuk setiap keping daging sehingga lembut. Ketepikan lagi.
  7. Untuk menyediakan sambal, masukkan semua bahan ke dlm pengisar dan kisar kasar.
  8. Panaskan minyak dlm kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  9. Kecilkan api dan perasakan dgn garam dan gula secukupnya.
  10. Apabila sambal menjadi kering, masukkan daging dan gaul sebati.
  11. Tutup api dan sedia dihidangkan.

dendeng daging - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

DAGING DENDENG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang | hiris nipis
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula nisan secukupnya
  • Minyak utk menggoreng dan menumis

BAHAN TUMIS:

  • 15 tangkai cili kering | hiris
  • 5 biji cili merah | hiris
  • 10 ulas bawang merah | hiris
  • 6 ulas bawang putih | hiris
  • 4cm halia muda | hiris
  • 4 batang serai | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Daging dicuci bersih dan ditoskan.
  2. Kemudian gaulkan daging dgn kicap, sos tiram dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
  3. Seterusnya, panaskan minyak, goreng semua bahan tumis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Setelah sejuk kisarkan bahan yg telah digoreng tadi.
  5. Panaskan minyak dlm kuali lain. Kemudian goreng daging sehingga habis (jangan terlalu garing).
  6. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit utk menumis bahan kisar tadi, Kemudian tumiskan pes sehingga pecah minyak.
  7. Perasakan dgn garam dan gula nisan secukup rasa.
  8. Masukkan daging yg telah digoreng tadi dan gaul rata sehingga sebati.
  9. Tutup api, Daging Dendeng sedia dihidangkan.

daging pekasam - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

SAMBAL DAGING PEKASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging pekasam  | hiris
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Gula secukupnya
  • Garam jika perlu
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 4 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia muda
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dlm kuali, tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian, masukkan daging pekasam, kacau rata sehingga daging layu.
  3. Masukkan hirisan bawang besar, gula secukup rasa dan garam jika perlu.
  4. Terus kacau sehingga daging kering.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 Asam pedas ekor - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

ASAM PEDAS BEREMPAH EKOR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ekor lembu | rebus sehingga empuk
  • 3 sudu mkn pes asam jawa
  • 2 sudu mkn kerisik
  • 1 sudu mkn serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 5 tangkai daun kesum
  • 2 biji tomato | belah empat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak  utk menumis

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji cili merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 3cm halia

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan jintan putih. Kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan ekor yg telah direbus bersama air rebusannya sekali.
  4. Seterusnya masukan air asam, daun kesum, garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan terus mereneh lebih kurang 10 minit atau kuah menjadi pekat.
  6. Akhir sekali angkat, dan sedia dihidangkan.

daging tetel - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

ASAM REBUS DAGING TETEL

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging tetel | hiris, bersihkan dan tos
  • 3 keping asam gelugor
  • 3 helai daun salam
  • 2 batang serai |titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 12 biji cili padi
  • 6 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 2cm halia muda
  • 3cm kunyit hidup

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging tetel dlm periuk bersama bahan kisar.
  2. Seterusnya tambahkan air secukupnya.
  3. Masak di atas api sederhana, setelah mendidih masukkan asam keping daun salam dan serai.
  4. Lengkapkan rasa dgn garam dan gula secukupnya.
  5. Apabila daging tetel sudah lembut dan secukup rasa, matikan api.
  6. Asam Rebus Tetel sedia dihidangkan.

daging hitam 1 - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 350gm daging | rebus dan potong nipis
  • 6 tangkai cili kering | goreng garing
  • 2 biji bawang merah
  • 15gm jintan manis
  • 15gm jintan putih
  • 30ml kicap manis
  • 20gm gula pasir
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisarkan cili kering, bawang merah, jintan manis, jintan putih bersama gula pasir dan kicap manis.
  2. Panaskan minyak di dlm kuali, dan tumis bahan kisar sehingga terbit wangi dan memekat.
  3. Masukkan daging yg telah direbus terlebih dahulu, dan perasakan dgn garam secukup rasa. Gaul sekata.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

Gulai kawah tetel - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

GULAI KAWAH TETEL DAN TULANG

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging tetel | rebus ¾ empuk
  • 300gm tulang | rebus empuk
  • Garam secukupnya

BAHAN UNTUK KARI:

  • 50gm rempah kari
  • 15gm kerisik
  • 2 biji bawang merah
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 10gm halba
  • 300ml santan pekat

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan kisar dan masukkan ke dlm periuk. Kacau sekata dan masukkan daging dan tulang tadi.
  2. Masak sehingga ia mendidih, perasakan dgn garam secukup rasa dan biarkan seketika.
  3. Tutup api, angkat dan sedia utk dinikmati.

pais daging - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

PEPES DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging | rebus ¾ masak
  • Daun pisang secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili besar merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • Gula dan garam secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar kesemua bahan dan gaul bersama daging yg telah direbus tadi.
  2. Kemudian balut dgn daun pisang.
  3. Bakar selama 8-10 minit.
  4. Sedia dinikmati.

Ungkap daging berkerisik - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

UNGKEP DAGING BERKERISIK

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 6 biji bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih |  kisar
  • 2 sudu mkn serbuk ketumbar
  • 1 sudu mkn  serbuk jintan manis
  • 1 sudu mkn serbuk jintan putih
  • 1 batang serai | titik
  • 1 inci halia | kisar
  • 1 sudu mkn kerisik
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
  2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
  3. Masukkan kerisik dan biarkan mendidih sehingga kuah sedikit pekat.
  4. Akhir sekali perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

Dagung goreng sos tiram - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

DAGING MASAK SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 2 biji cili besar merah | dihiris
  • 2 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 inci halia | hiris
  • 3 sudu mkn sos tiram
  • Sedikit air
  • Minyak masak utk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dlm kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
  2. Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata.
  3. Angkat dan sedia dinikmati.

rendang daging daun pegaga - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

RENDANG DAGING PEGAGA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 7 biji bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 ½ inci halia | dikisar
  • 1 inci lengkuas | dikisar
  • 5 batang serai | dihiris halus
  • 2 inci kunyit hidup | dikisar
  • 2 sudu mkn kerisik
  • Sedikit hirisan daun kunyit
  • 1 ikat daun pegaga
  • 2 mangkuk santan
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan.
  2. Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik.
  3. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika.
  4. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

daging goreng kentang - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm daging | direbus kemudian digoreng dgn kunyit
  • 10 biji cili padi | dikisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 biji kentang  | potong wedges dan digoreng
  • Sedikit air
  • Minyak utk menumis secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dlm kuali.
  2. Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yg telah digoreng tadi.
  3. Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yg sudah digoreng.
  4. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

rendang madaura - Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni.

RENDANG DAGING MADURA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 7 biji bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 ½ inci halia | dikisar
  • 3 sudu mkn  cili kering kisar
  • 2 batang serai | dikisar
  • 7 sudu kicap manis
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Perap daging bersama semua bahan kisar dlm ½ jam.
  2. Panaskan minyak, masukkan perapan daging tadi.
  3. Masukkan sedikit air utk pastikan daging lembut. Kacau sebati.
  4. Setelah kuah sudah kering dan sedikit pekat, masukkan daun kari, kicap manis dan hirisan bawang besar.
  5. Biarkan tiga minit dan angkat. Sedia dinikmati.

 

Komen anda

Loading...

Tags: #Daging #Koleksi #MANTAP #Masak #Resipi #Rugi #Sedap

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Koleksi 12 Resipi Daging Sedap Mantap, Tak Rugi Masak Ni."