Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

Loading...

SIPUT SEDUT 1 - Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

Lain daerah lain cita rasa, itulah yg dpt digambarkan utk masakan tradisional negeri Pahang, menu ikan sungai atau air tawar seperti Patin, Talapia dan  Lampam cukup ‘gu’ dgn tempoyak mahupun asam rom yg hanya ada di Pahang sahaja. Terutamanya daerah Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh. Sementara di Pekan,  Bandar Diraja Pahang, Daging Opor dan Daging Pechok lebih popular, enaknya memang lain dr yg lain. Jika anda ingin mencuba, berikut disertakan 10 masakan tradisional negeri Pahang.

RENDANG DAGING - Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

OPOR DAGING PAHANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging
  • 3 sudu mkn kerisik
  • 2 sudu mkn rempah opor
  • 2 sudu mkn pes cili kering
  • 1/2 cawan air asam Jawa
  • 4 cawan santan
  • 3 batang serai | titik
  • 100g kerisik
  • 6 sudu mkn minyak masak
  • Garam dan gula  secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 12 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2m belacan

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 4sm kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan rempah penumis sehingga naik bau.
  2. Seterusnya, masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan daging bersama sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  4. Setelah air kering, masukkan santan dan rempah opor yg dibancuh dgn sedikit air.
  5. Biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.
  6. Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
  7. Gaul mesra, Perasakan dgn garam dan gula. Biarkan reneh sebati di atas api kecil.
  8. Apabila kuah pekat dan terbit minyak.
  9. Tutup api dan opor sedia dihidangkan.

IKAN TALAPIA - Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

PAIS TEMPOYAK IKAN TALAPIA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan Talapia | lebih kurang 300gm
  • 5 sudu mkn tempoyak
  • Daun & aluminium foil secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 3 ulas bawang merah3
  • 3cm kunyit hidup
  • 10 biji cili padi

BAHAN HIRISAN:

  • 2 helai daun kunyit
  • 6 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
  • 1 papan petai | buang kulit

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan Talapia kemudian toskan.
  2. Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan bahan hirisan. Gaul rata.
  3. Perasakan dgn garam dan jika terlalu masam tambahkan sedikit gula.
  4. Masukkan bahan campuran dlm perut ikan dan salut badannya dgn bahan campuran tempoyak tadi.
  5. Balut dgn daun pisang dan kemaskan balutan dgn aluminium foil.
  6. Bakar dlm ketuhar atau pemanggang ajaib.

DAGING - Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

DAGING PECHOK PAHANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pinang
  • Sedikit garam
  • Sedikit halia kisar
  • Sedikit bawang merah kisar
  • Sedikit bawang putih kisar

BAHAN SOS:

  • 1 cawan santan pekat
  • 4 sudu mkn kerisik
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 1 sudu mkn lada hitam | kisar kasar
  • 1 biji cili merah | hiris halus

 CARA MEMASAK:

  1. Potong daging kepada beberapa bahagian.
  2. Gaulkan daging dgn garam serta semua bahan kisar.
  3. Panaskan ketuhar dan bakar daging sehingga masak.
  4. Setelah masak hiris nipis dan ketepikan.
  5. Untuk menyediakan bahan sos, campurkan semua bahan sos dan gaul rata.
  6. Panaskan atas api kecil dan sentiasa kacau.
  7. Perasakan dgn sedikit garam dan gula jika perlu.
  8. Setelah mendidih tutup api dan tuang sos di atas hirisan daging.
  9. Pechok Daging sedia dihidangkan.

GULAI AYAM - Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

 GULAI AYAM KAMPUNG PAHANG

  • 1 ekor ayam | potong kecil, cuci dan tos
  • 3 cawan santan | 1cawan santan cair + 2 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 helai daun kunyit | carik-carik
  • 2 batang serai | titik
  • 1 sudu mkn ketumbar biji | kisar kasar
  • 1 sudu teh jintan manis | kisar kasar
  • 1 sudu teh jintan putih | kisar kasar

BAHAN KISAR:

  • 12 biji cili padi | boleh tambah jika ingin lebih pedas
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup | boleh juga guna serbuk kunyit
  • 3cm lengkuas | hiris nipis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama bahan kisar. Perapkan lebih kurang 10 minit.
  2. Kemudian tambahkan santan cair dan masukkan ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
  3. Gaul rata dan renehkan di atas api sederhana.
  4. Setelah mendidih dan isi ayam empuk.
  5. Masukkan santan pekat, asam gelugor,daun kunyit dan serai.
  6. Terus renehkan, kemudian perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan terus mereneh dlm 2-3 minit lagi baru tutup api.
  8. Gulai ayam sedia dihidangkan.

IKAN PATIN - Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

IKAN PATIN SAMBAL CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan patin | cuci bersih dan toskan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam galus
  • 2 sudu mkn tepung gandum
  • 2 sudu mkn air asam Jawa
  • 1 sudu mkn sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 batang serai | hiris halus
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan patin yg dibersihkan dgn garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandung.
  2. Panaskan minyak  dlm kuali, goreng ikan patin sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit utk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar bersama serai sehingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yg telah digoreng.
  7. Gaul rata dan tutup api.
  8. Sambal ikan patin sedia dihidangkan.

SIPUT SEDUT 1 - Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

SIPUT SEDUT GULAI ASAM ROM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg siput sendut | buang ekor, bersih dan tos.
  • 1 cawan terung pipit | buang tangkai dan belah sedikit
  • Sedikit daun pucuk paku | ambil pucuk dan daun sahaja
  • 3 sudu mkn Asam Rom
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan siput sedut yg telah dibesihkan dlm periuk.
  2. Tambahkan bahan kisar, terung pipit, pucuk paku dan air menutup paras siput sedut.
  3. Didihkan di atas dapur dgn api sederhana.
  4. Setelah mereneh, perasakan dgn garam dan gula secukup.
  5. Setelah masak dan cukup rasa. Tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

KELADI 300x263 - Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

ASAM  TEMPOYAK KELADI KEMAHANG DAUN KESUM

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4  pokok Keladi Kemahang muda
  • 3 sudu mkn tempoyak
  • 6 pucuk daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
  • Sedikit ikan bilis

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Buangkan kulit ari batang keladi dan potong 4cm. Isi keladi buang kulit dan potong dadu.
  2. Masukkan dlm periuk bahan kisar, asam tempoyak dan air, kemudian kacau rata.
  3. Masukkan batang keladi, ikan bilis dan renehkan di atas api sederhana.
  4. Setelah isi keladi empuk dan batangnya layu, masukkan asam keeping jika kurang masam.
  5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasa dgn garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.

CENDAWAN SISIR - Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

GULAI KULAT SISIR CAMPUR DAGING  TETEL

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kulat sisir | celur dan toskan
  • 150gm daging tetel | celur dan hiris kecil
  • 300ml santan
  • 3 sudu mkn rempah kari daging | bancuh dgn sedikit air
  • 2 sudu mkn pes cili kering
  • 1 sudu mkn air asam Jawa
  • 1 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu mkn minyak masak

BAHAN KISAR KASAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan pes cili dan serai yg telah dititik tadi.
  3. Setelah pecah minyak masukkan rempah kari, kacau rata.
  4. Setelah garing masukkan kulat sisir dan daging cincang, diikuti santan dan air asam Jawa.
  5. Kacau dan biarkan mereneh atas api sederhana.
  6. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah masak dan cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

AYAM TEMPOYAK - Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

AYAM GULAI ASAM TEMPOYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam  | potong kecil, cuci dan tos
  • 2 sudu mkn tempoyak
  • 2 batang serai | titik
  • 5 tangkai daun kesum | ambil daun sahaja
  • 1 kuntum bunga kantan | jika suka
  • 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan bahan kisar bersama tempoyak dan ayam.
  2. Gaul rata dan tambahkan sedikit air.
  3. Renehkan di atas dapur menggunagakan api sederhana.
  4. Setelah mendidih, masukkan serai, daun kesum, bunga kantan.
  5. Jika kurang masak, tambahkan asam gelugor.
  6. Kemudian perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah ayam empuk, tutup api dan sedia dihidangkan.

OPOR DAGING - Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh.

RENDANG  PAHANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging | hiris nipis lebar
  • 1liter santan pekat
  • 1/2 cawan air asam Jawa
  • 1 helai daun kunyit | siat-siatkan
  • 4 helai daun limau purut | siat-siatkan
  • 3 batang serai | titik
  • 3 sudu mkn kicap pekat manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak masak

BAHAN HIRIS:

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih

BAHAN KISAR:

  • 10 tanagkai cili kering
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup
  • 2cm halia
  • 4biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Cuci daging kemudian tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dlm kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar, kacau sehingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan daun kunyit, daun limau purut dan serai.
  5. Kacau lagi dan masukkan daging. Gaul rata dan biarkan mereneh sehingga air kering.
  6. Masukkan santan dan air asam Jawa, biarkan sehingga daging empuk dan kuah pekat.
  7. Perasakan dgn kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa.
  8. Kecilkan api apabila kuah pekat dan sentiasa kacau sehingga rendang sedikit garing.
  9. Tutup api, rendang sedia dihidangkan.
Loading...

Tags: #BerpeluhPeluh. #Koleksi #padu #pahang #Resipi #Sampai #Sedapnya… #Tradisi

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Koleksi 10 Resipi Tradisi Pahang. Padu Sedapnya Mkn Sampai Berpeluh-Peluh."