Kisah Seram : Tumpang Basuh Baju di Asrama

Assalamualaikum dan salam sejahtera
asrama 1 - Kisah Seram : Tumpang Basuh Baju di Asrama
Assalamualaikum. Di sini aku akan ceritakan mengenai pengalaman seram yg pernah dilalui oleh seorang warden asrama. Cikgu Shafie merupakan seorang warden asrama blok Bestari di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor. Beliau adalah seorang warden asrama yg disanjungi oleh anak-anak jagaannya. Pd waktu itu, Cikgu Shafie adalah antara orang yg terawal memiliki motosikal Yamaha 125Z sepanjang pengetahuan aku. Beliau digelar ‘Papa’ secara underground oleh pelajar-pelajar yg menghuni blok asrama Bestari.
Untuk pengetahuan pembaca , sepanjang menginap di asrama, aku mempunyai hubungan yg baik dgn Cikgu Shafie dan kalau nak kena hukuman apa-apa akulah di antara pelajar favourite yg akan kena dulu. Bukan sakit mana pun kalau kena denda dgn Cikgu Shafie ini. Di sini aku akan kongsikan bersama peminat-peminat kisah seram satu pengalaman yg pernah dialami oleh Cikgu Shafie. Ceritanya bermula seperti di bawah;
Kejadian ini berlaku pd suatu hari semasa cuti penggal persekolahan. Pd hari Jumaat sebelum cuti bermula, semua pelajar sekolah menengah teknik akan pulang ke kampung masing-masing setelah selesai menunaikan solat Jumaat. Jika lebih berani sebelum Jumaat lagi sudah cabut balik atau keluar ponteng sembahyang Jumaat melepak di bus stand Batu Pahat dan kad balik kampung yg perlu ditandatangani oleh warden bertugas akan di tolong ambil oleh kawan-kawan yg lain.
Baca Juga : [ Kisah Seram Perempuan di Tingkat 13 KLCC ]
Lebih kurang pukul 4 petang, asrama sudah pun kosong. Cikgu Shafie melihat-lihat kawasan sekeliling blok bagi memastikan tiada lagi pelajar yg berada di dlm kawasan asrama bagi tujuan mengunci pintu blok asrama. Ia adalah prosedur biasa bagi mengelakkan pencuri atau sesiapa saja menceroboh masuk ke dlm blok asrama memandangkan cuti penggal selama seminggu ke atas. Ada lagi seorang dua pelajar yg tengah menunggu keluarga datang menjemput mereka pulang setelah habis waktu bekerja pd jam 5 petang. Cikgu Shafie tidak kisah.
Pada waktu remang-remang senja nak masuk maghrib gitu, Cikgu Shafie sekali lagi naik ke setiap tingkat blok asrama bagi menyalakan lampu kalimantang. Beliau berasa puas hati setelah diperiksanya tiada pelajar lagi yg masih berada di dlm blok asrama Bestari. Selepas Isyak, Cikgu Shafie berada di tingkat bawah utk memasang lampu akuariumnya. Dijengah-jengah juga ruang prep belajar yg juga berada di tingkat bawah. Sah memang tiada sesiapa pun yg berada di dlm blok kecuali keluarga Cikgu Shafie sahaja. Warden-warden asrama yg lain pula berada di blok asrama masing-masing. Mereka juga seperti beliau, berasa lebih aman setiap kali cuti penggal bermula. Tidaklah ikan-ikan belaan warden diusik dan diganggu kalau pelajar tiada di asrama.
Pada jam 1 pagi, Cikgu Shafie terdengar sesuatu di tepi blok Bestari bahagian belakang. Bunyinya seperti ada orang sedang membasuh pakaian. Seperti yg telah dimaklumkan di atas, kita semua dah tahu memang blok asrama semua dah kosong, jadi siapakah pula gerangan orang yg membasuh itu? Kalau nak dikatakan pekerja dewan mkn yg berada berhampiran blok asrama, tidak logiklah pula. Kalau hennak dikatakan bakal guru di maktab sebelah sekolah menengah teknik ini lagilah tidak logiknya. Jadi persoalannya di sini, siapakah orangnya yg membasuh di belakang blok asrama tengah-tengah malam buta seperti ini?
Disebabkan perasaan ingin tahu, lantas Cikgu Shafie keluar menjenguk ke belakang blok asrama. Sah, memang ada orang yg tengah membasuh di situ. “Siapa tu?” tanya Cikgu Shafie sambil menghampiri kawasan basuhan yg agak gelap. Tetapi pertanyaan Cikgu Shafie tidak diendahkan oleh orang yg sedang membasuh itu. Dia hanya mendiamkan diri dan senyap tanpa sebarang jawapan. Kemudian, Cikgu Shafie menyalakan suis lampu yg berada di sebalik dinding.
Namun apa yg dilihatnya adalah seorang lelaki muda sedang membasuh pakaian yg penuh berdarah-darah dr atas pelantar basuhan sehingga ke lantai penuh dgn darah yg mengalir. Dia tetap tekun membasuh tanpa mempedulikan kehadiran Cikgu Shafie. Tiba-tiba basuhannya terhenti dan secara perlahan-lahan beliau menoleh ke arah tempat Cikgu Shafie sedang berdiri. “Tumpang kejap”, kata lelaki muda tersebut kepada Cikgu Shafie.
1270 3 8e0f296f596d7bdca0b76833c72e0554 - Kisah Seram : Tumpang Basuh Baju di Asrama
Menurut Cikgu Shafie muka lelaki muda tersebut amat mengerikan. Kepalanya terbelah di tengah-tengah dan dapat dilihat punca darah yg mengalir laju dan melimpah-limpah ke atas baju basuhannya keluar dr luka besar di kepalanya itu. Isi putih kelihatan jelas pd bahagian kepalanya yg luka parah itu. Serta-merta bulu roma Cikgu Shafie meremang dan terkaku sebentar dgn pemandangan ngeri di depan matanya. Namun begitu, Cikgu Shafie buat-buat tidak dengar dan berlalu dr situ.
p/s: Cerita asal ditulis oleh gitarmahogani dr laman web Cari Forum.
Baca Juga : [ Misteri Skuter Putih di Terowong Menora ]
Sekian

Loading...

Tags: #asrama #Baju #Basuh #Kisah #Seram #Tumpang

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Kisah Seram : Tumpang Basuh Baju di Asrama"