Kisah Saidina Ali dan Hasan Al-Basri

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz .

Bila kita kaji sejarah bagaimana peranan masjid di zaman Rasulullah dan salafussoleh (300 thn selepas Rasulullah), kita akan nampak betapa masjid telah mengambil peranan dan memberi jasa yg sangat besar pd pembangunan masyarakat Islam. Imam yg dipilih bukan sebarang imam. Guru yg mengajar bukan sebarang guru.

Ketika Sayidina Ali bin Abu Talib k.w.j. yg menjadi khalifah masuk ke sebuah masjid besar, waktu itu masjid masih menjadi gudang ilmu, dilihat di setiap sudut ada kelompok-kelompok pengajian. Guru-guru yg mengajar di waktu itu adalah tokoh-tokoh besar di zamannya. Sayidina Ali bertanya utk menguji setiap ulama atau guru yg mengajar di masjid itu. Banyak yg tidak dapat menjawab pertanyaan Sayidina Ali itu. Pdhal pertanyaannya mudah saja iaitu ,”Apa yg merosakkan manusia.” Maka beliau sbg khalifah, orang yg paling bertanggung jawab dlm mendidik masyarakat berkata,” Engkau tidak layak utk mengajar”.

Di salah satu sudut masjid dia lihat seorang anak berusia 12 thn yg sedang mengajar. Pdhal yg sanggup mengajar di masjid waktu itu bukan sebarang orang. Sbg guru, tempat duduk dia lebih tinggi dr murid-muridnya yg duduk di lantai beralaskan karpet. Bukan sekadar utk menghormati guru tetapi juga utk memuliakan ilmu. Murid-murid yg mendengar kuliah anak itu sudah tua-tua.

Sayidina Ali terkejut melihat anak kecil itu lalu berkata,”Saya ingin bertanya satu pertanyaan, kalau engkau dapat menjawabnya, maka engkau blh terus mengajar, kalau tidak engkau tidak layak utk mengajar di masjid ini. Pertanyaan saya adalah apa yg merosakkan manusia?” Anak kecil itu menjawab, ”Yang merosakkan manusia ialah kerana cintakan dunia.” Sayidina Ali terkejut mendengarnya kerana jawapan itu betul, cinta dunia merupakan ibu kejahatan.

Rupanya anak yg berusia 12 thn itu ialah Hassan Al Basri seorang tokoh yg menjadi besar akhirnya. Bahkan dia salah seorang imam mazhab yg besar, tetapi hari ini ajarannya sudah banyak hilang dan dilupakan orang. Kalau kita sebut Hassan Al Basri, kebanyakan orang akan kenal, umur 12 thn sudah dikagumi orang dan sudah mengajar. Di antara orang yg mendengar kuliahnya adalah Sahabat Rasulullah.

Peristiwa ini utk menggambarkan peranan masjid yg sebenarnya dlm Islam. Masjid merupakan sumber segala kebaikan. Utk mengkaderkan dan melahirkan pemimpin, didikan bermula di masjid, utk menjadi pejuang dibina di masjid. Tetapi setelah dunia Islam rosak, lebih-lebih lagi setelah kejatuhan empayar Islam, umat Islam dijajah pula, selepas itu merdeka setelah 700 thn rosak, maka peranan masjid sudah tidak ada, sekadar tempat solat dan belajar membaca Al Quran sahaja.

Di akhir zaman ini, kalau hendak membangunkan Islam jangan bermula di masjid tetapi berperananlah di pasar, di restoran, di tengah-tengah orang ramai, rapat dgn pemuda-pemudi, kalau blh buat di hotel-hotel, gedung-gedung besar, bangunan-bangunan besar.


Loading...

Tags: #AlBasri #Hasan #Kisah #Saidina

author
Author: 
    COVID-19: CUEPACS mohon penangguhan bayaran LPPSA
    KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menangguhkan sementara pembayaran balik pinjaman perumahan Penjawat Awam yg
    4 Gaya Bercinta Favorit Artis Cantik Indonesia, No 3 Pakai Mainan, No 4 Suka Jumpalitan!
    slidegossip.com – Setiap orang dewasa yg telah menikah, sudah selayaknya memiliki hasrat bercinta,
    Sering Pamer Kekayaan, Giliran Didatangi Orang Pinjam Uang, Nikita Mirzani Malah Ngamuk!
    slidegossip.com – Nikita Mirzani dikenal sbg salah satu artis yg sering pamer harta
    Aktor Ini Meninggal Mendadak di Usia 16 Thn! Keluarga Kecewa Tak Blh Peluk Jenazah!
    slidegossip.com – Kabar duka kembali datang dr dunia hiburan. Aktor tampan Logan Williams

    Leave a reply "Kisah Saidina Ali dan Hasan Al-Basri"