Kisah Nabi Daniel A.S

Loading...

Nabi Daniel (bahasa Ibrani: דָּנִיֵּאל, Daniyyel, Dāniyyêl; bahasa Parsi: دانيال, Dâniyal atau Danial, juga disebut Dani, داني ; Arabic: دانيال, Danyal) adalah tokoh yg dicatat dlm sejarah sbg salah seorang Nabi ataupun Utusan Allah (Tuhan) dlm tiga agama samawi (Islam, Kristian, Yahudi). Namun begitu, maklumat mengenai Baginda banyak tertumpu kepada catatan dlm Kitab Daniel dlm agama Kristian Katolik dan Yahudi.

Kisah Nabi Daniel A.S.

Kitab Daniel, yg ditulis dlm bahasa Ibrani dan bahasa Aramik, adalah sebuah kitab suci Tanakh bagi agama Yahudi atau Perjanjian Lama bagi agama Kristian. Kisah dlm kitab ini berlaku semasa pembuangan di Babel, iaitu ketika bangsa Yahudi dibuang dan diasingkan ke Babil. Kisah ini berkisar seorang tokoh yg bernama Daniel yg berbangsa Israil dan menjadi penasihat Nebuchadnezar, penguasa Babil (Babylon) dr 605 SM – 562 SM.

Nabi Daniel A.S. bersama-sama bangsa Israil telah ditawan dan diasingkan ke Babil (Iraq) ketika masih kecil lagi. Ketika itu pemerintah Babil yg bernama Nebuchadnezzar telah menyerang Baitulmaqdis serta menghancurkan kota tersebut dan membawa para tawanan dr kalangan bangsa Israil dan mereka telah dizalimi oleh raja tersebut serta tidak dibenarkan pulang ke Baitulmaqdis.

Mimpi Raja Nebuchadnezzar 

Dalam satu riwayat mengatakan bahawa ketika dlm tahanan penjara, Nabi Daniel bersama-sama rakannya tidak menjamah sedikit pun mknan yg diberikan oleh tentera Babylon sebaliknya hanya mkn sayur dan minum air sahaja.

Kemudian pd satu ketika raja Nebuchadnezzar telah bermimpi sesuatu yg menakutkan sehingga dia telah meminta para ahli nujum utk menafsirkan mimpinya namun dia sendiri tidak tahu apa yg dimimpikan olehnya. Raja Nebuchadnezzar mengancam utk menjatuhkan hukuman bunuh kepada para ahli nujum sekiranya mereka tidak dapat menafsirkan mimpinya sehinggalah salah seorang drpada tawanan penjara memberitahu raja bahawa Nabi Daniel blh menafsirkan mimpi raja itu.

Nabi Daniel telah menafsirkan mimpi raja itu mengenai sebuah patung besar yg mana setiap bentuk pd tubuh patung itu adalah drpada pelbagai logam iaitu kepalanya dr emas tua, dada dan lengannya dr perak, perut dan pinggangnya dr tembaga sedang pehanya dr besi dgn kakinya sebahagian drpada besi dan sebahagian lagi dr tanah liat. Nabi Daniel memberitahu lagi bahawa raja itu telah melihat sebuah batu tanpa perbuatan manusia telah menimpa patung itu tepat di bahagian kakinya yg dr besi dan tanah liat itu sehingga remuk. Akhirnya, batu itu yg menimpa patung tanpa perbuatan tangan manusia menghancurkan semua logam yg ada dipatung tersebut. Kemudian batu itu menjadi gunung yg besar memenuhi seluruh bumi.

Nabi Daniel secara jelas dan tegas menjelaskan bahawa logam-logam itu melambangkan sebuah pengantian kekuasaan dr kerjaan-kerajaan besar yg berdiri dan kemudian roboh, dimulai dgn Babylon yg dilambangkan oleh kepala dr emas. Sesudah Babylon adalah Media-Parsi (lengan dan dada perak). Kemudian kerajaan itu digantikan oleh Yunani (tembaga), kemudian digantikan lagi oleh Kekaisaran Rom iaitu kerajaan yg keempat yg keras seperti besi, tepat seperti besi yg meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu dan seperti besi yg menghancur luluhkan, maka kerajaan itu akan meremukkan dan menghancur luluhkan semuanya. Kemudian pd bahagian kaki yg drpada campuran besi dan tanah liat pula ialah merujuk kepada kerajaan-kerajaan di Eropah selepas keruntuhan kekaisaran Rom pd 476 masihi. Campuran besi dan tanah liat adalah juga merujuk kepada penyatuan negara-negara Eropah namun sentiasa mengalami kegagalan. Maka selepas itu, Nabi Daniel telah dilantik oleh raja itu utk menjadi orang kanannya kerana raja itu kagum dgn kehebatan Nabi Daniel, namun para menteri yg lain berasa cemburu lalu mereka telah mengadakan pelbagai cara utk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lubang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dlmnya bersama-sama dgn binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lubang tersebut, Nebuchadnezzar mendapatkan Nabi Daniel dlm keadaan sihat serta tidak luka sedikitpun. Para menteri itu terus membuat perancangan utk membunuh Nabi Daniel sehinggakan mereka telah menghasut raja Nebuchadnezzar bahawa Nabi Daniel telah ‘buang air’ terhadap raja itu ketika sedang tidur. Raja yg mendengar hasutan itu berasa geram lalu Nabi Daniel telah dipanggil oleh raja terbabit utk tidur dibiliknya. Nebuchadnezzar telah memberitahu pengawalnya sekiranya terdapat orang yg ingin masuk ke biliknya walaupun dia mengaku sbg raja, pengawal itu perlu membunuh orang itu. Nabi Daniel tidak keluar drpada bilik itu sebaliknya raja itu yg keluar kerana hendak membuang air sehinggakan pengawal yg berkawal itu tidak percaya sedikitpun kepada Nebuchadnezzar walaupun dia memberitahu dia adalah raja. Akhirnya dia telah dibunuh oleh pengawalnya sendiri. Begitulah Allah S.W.T. hendak menyelamatkan nabi-Nya drpada kezaliman Nebuchadnezzar.

Seterusnya kerajaan Babylon telah ditawan oleh kerajaan Media-Parsi dan pemerintahnya telah melantik Nabi Daniel sbg penasihatnya. Nabi Daniel juga dikatakan telah dipenjarakan ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan Media-Parsi kerana tidak mahu meninggalkan amalan ibadahnya yakni (menyembah Allah) walaupun telah dikuatkuasakan oleh kerajaan itu yg melarang rakyat mengamalkan amalan ibadah. Nabi Daniel telah dipenjarakan bersama-sama 3 ekor singa, namun singa-singa itu tidak sedikitpun mencederakannya.

Menurut Abul Barakat al-Hifny, Nabi Daniel kemudian berangkat menuju ke kota Iskandariyah dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya utk berdakwah di sana, bahkan wafat dan terdapat makamnya di sana. Kemudian wujudnya Masjid Nabi Daniel sewaktu Mesir di bawah pemerintahan seorang gabenor iaitu Amru Al As kerana beliau telah menjumpai makam Nabi itu lalu membina masjid dikawasan itu dan dinamakan sempena nama Nabi Daniel.

Loading...

Tags: #Daniel #Kisah #Nabi

author
Author: 
    SPI KPM Bil.3/2019: SOP Penggunaan Kenderaan Sendiri Bawa Murid Utk Urusan Rasmi
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikthisas berkenaan Prosedur Operasi Standard
    Jadi Mualaf, Deddy Corbuzier Tolak Tawaran Umroh dan Haji VIP Gratis! Ini Alasannya!
    slidegossip.com – Keputusan Deddy Corbuzier pindah agama Islam dan menjadi mualaf rupanya menarik
    KPM siasat Jalur Gemilang terbalik diedar ke sekolah
    Gambar via Facebook PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan akan menyiasat isu Jalur Gemilang terbalik
    Pamer Goyang Pocong, Farhat Abbas Tuai Cibiran Netizen!
    slidegossip.com – Nama Farhat Abbas kembali jadi sorotan publik terkait laporannya utk pengacara

    Leave a reply "Kisah Nabi Daniel A.S"