Kisah murid didera teman lelaki “pengkid” ibunya buat guru ini sebak

57168377 2306320429389539 6147525388143689728 n 1 - Kisah murid didera teman lelaki "pengkid" ibunya buat guru ini sebak
Imej via FB Mohd Fadli Salleh

“Cikgu, saya tidur dlm bilik air hampir setiap malam. Kena basuh baju 5 orang guna tangan. Adik saya pula tidur kat luar atas simen,” kata Alia sambil tersenyum.

Demi Tuhan aku tidak pernah sebak seperti hari ini. Dah byk kes aku santuni, kes Alia paling meruntun hati.

Perlahan dia selak kaki seluarnya dan kata,

“Cikgu. Ni parut kawan mak cucuh dgn besi panas.”

“Sakit tak?” tiba-tiba terpancul soalan bodoh dr aku.

Dia tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala. Senyumannya manis sungguh. Senyuman paling manis aku pernah saksikan.

Senyumannya itu merobek hatiku. Terasa dikoyak-koyak, terasa dicarik-carik hati ini.

Betapa dia menerima semua dugaan ini dgn senyuman dan ketabahan. 2 thn bukan satu tempoh singkat. Didera ibu dan pasangan ibu sendiri (pengkid).

Hari ini, polis berjaya mengesan adik perempuannya yg berusia 10 thn. Punya la neneknya lega bila adiknya dpt diselamatkan.

Dan si pengkid celaka itu ditangkap polis. Pengkid itulah yg byk kali mencucuh Alia dan adiknya dgn besi panas.

Pernah merotan badan mereka bukan hanya di kaki, bahkan badan dan kepala. Ya, kepala pun pernah dirotan. 😭

Entah apa dosa anak kecil yg comel ini.

Si ibu masih bebas. Namun aku percaya tidak lama. Sehari dua lagi pasti akan ditangkap juga.

Kisahnya begini…

Ibu dan ayah Alia bercerai 2 thn lps. Hak penjagaan dpt kepada ayah Alia dan mereka tinggal di rumah neneknya.

Ramadan 2017, si ibu datang kata nak melawat Alia dan adiknya utk berbuka puasa.

Namun sebaik keluar rumah, bayang mereka tidak lagi kelihatan. Alia kini berusia 13 thn. Adiknya pula 10 thn. Badannya kurus keding dan kecil bagai budak darjah 5. Allahu, sedihnya tengok fizikal dia.

Alia ini murid bijak. Pernah mendapat tempat pertama dlm kelas semasa thn 4. Namun sejak dilarikan ibu kandung, dia dan adiknya tidak bersekolah.

Adiknya pun murid yg pintar. Namun nasib mereka berdua dilarikan oleh ibu yg tidak bertanggungjawab. Tidak lagi bersekolah sejak itu.

Bahkan i/c Alia pun ibunya tidak buatkan meskipun usianya dah mencecah 13 thn. Kejamnya. 😓

Ibunya ada kawan (pasangan). Seorang pengkid. Si pengkid durjana inilah paling byk mendera mereka.

Ibu kerja direct selling sahaja. Menyewa bilik bersama pasangan durjana dan Alia serta adiknya.

Bertahun hidup dgn sengsara, sampai beberapa hari lps, Alia berjaya meloloskan diri dan lari ke rumah neneknya. Terus neneknya bawa ke balai polis dan laporkan kes penderaan ini.

Alia dibawa ke hospital utk diperiksa dan ternyata ada kesan dera yg berparut ditubuhnya.

Serbuan polis semalam tidak berjaya menjumpai adiknya. Namun hari ini, adiknya pula dpt diselamatkan dan si pengkid durjana dpt ditangkap.

Tahniah Polis diRaja Malaysia!

Aku meluangkan masa lebih kurang 20 minit bersama neneknya dan Alia. Byk cerita yg mereka kisahkan pd aku.

Setiap cerita yg Alia bgtahu, semuanya dlm senyuman. Ah anak. Tabah sungguh hatimu.

Senyumanmu itu sangat-sangat memilukan. Kerana aku tahu kau menyorok 1001 kisah duka dan derita disebalik senyuman manismu.

Seronok Alia bila aku hadiahkan buku-buku tulisan aku. Dia sangat suka membaca. Sangat!

“Alia. Ini utk Alia tau. Ada cikgu tulis kata-kata semangat dlm ni. Bacalah. Dan ini nombor telefon cikgu. Ada apa-apa masalah, telefon cikgu ya!”

Alia mengangguk tanda faham.

Sebelum aku pergi, dia hulur tangan utk bersalam. Dikucup tanganku penuh ikhlas. Dia senyum dan tatap mata aku dlm-dalam.

“Cikgu. Terima kasih. Terima kasih.”

Ya Tuhannn… Hampir saja air mata aku jatuh. Sedaya upaya aku telan setiap titisan air mata.

Aku perlu kuat depan Alia. Aku patut memberinya semangat. Aku hendak dia tahu aku seorang yg blh dia harap saat semangatnya hilang.

Demi Tuhan, aku sangat ingin memeluk dia saat itu. Jika tidak kerana tegahan agama, anak ini pasti aku peluk erat-erat.

Matanya itu, senyumannya itu, raut wajahnya, memberi perasaan sebak yg sangat.

Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja lantas beredar. Aku tidak lagi blh duduk lama kerana takungan air mata hampir tidak blh ditahan lagi.

Alia. Terus kuat. Terus tabah. Bacalah buku-buku cikgu. Ada semangat utkmu dlm buku-buku itu.

Alia. Kamu simpan nombor cikgu. Jangan malu jangan segan utk hubungi utk apa-apa sekali pun.

Alia. Kamu terus kuat dan tabah. Doa cikgu sentiasa ada bersama.

Alia. Kamu akan baik-baik saja. Tenanglah. Senyumlah.

Alia. Cikgu bukan sesiapa. Namun cikgu akan selalu ada. Sentiasa. Ingat tu.

#MFS
– Alia –

Nukilan – Mohd Fadli Salleh


Loading...

Tags: #Buat #didera #Guru #IBUNYA #Kisah #Lelaki #Murid #pengkid #sebak #Teman

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.