Kisah Malaikat Jibrail dan Malaikat Mikail Menangis

Loading...

iblis 1 - Kisah Malaikat Jibrail dan Malaikat Mikail Menangis
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sbg al-Abid (ahli ibadah) pd langit yg pertama, pd langit yg keduanya disebut az-Zahid. Pd langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pd langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pd langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pd langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pd langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dlm Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah SWT telah memerintahkannya sujud kepada Nabi Adam AS. Lalu iblis berkata: “Adakah Engkau mengutamakannya drpada aku, sedangkan aku lebih baik drpadanya. Engkau jadikan aku drpada api dan Engkau jadikan Adam drpada tanah.” Lalu Allah SWT berfirman yg maksudnya: “Aku perbuat apa yg aku kehendaki.

Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Nabi Adam AS kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dlm waktu yg berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memalingkan wajahnya dr para malaikat yg sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya. 
Akibat keangkuhan iblis, Allah SWT mengubahkan mukanya yg pd asalnya yg sangat indah cemerlang kepada bentuk seperti babi hutan. Allah SWT membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yg menonjol di atas punggung, wajah yg ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pd sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai
Setelah itu, lalu Allah SWT mengusirnya dr syurga, bahkan dr langit, dr bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dgn cara sembunyi. Allah SWT melaknatnya sehingga ke hari kiamat kerana dia telah kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pd sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.  

Ketika Allah SWT membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril AS dan Mikail AS. Lalu Allah SWT berfirman yg bermaksud: “Apakah yg membuat kamu menangis? (Walhal Allah Maha Mengetahui)” Lalu mereka menjawab: “Ya Allah! Kami tidaklah aman dr tipu dayamu.” Firman Allah SWT lagi bermaksud: “Begitulah Aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dr tipu dayaku.

Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata: “Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dr Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dgn penguasaanMu.” Lalu Allah SWT berfirman yg bermaksud: “Engkau dikuasakan atas dia (yakni atas anak cucunya), sebab para nabi adalah maksum.” Berkata lagi iblis laknatullah: “Tambahkanlah lagi utkku.” Allah SWT berfirman yg maksudnya: “Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan utkmu dua pdnya.” Berkata iblis laknatullah lagi: “Tambahkanlah lagi utkku.” Lalu Allah SWT berfirman: “Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dgn peredaran darah.”

Wallahua’lam.
Loading...

Tags: #Jibrail #Kisah #Malaikat #Menangis #Mikail

author
Author: 
    Jom Cuti Sekolah Bersama Captain Quack & Friends Di Sunway Lagoon
    Hi semua.. Dah masuk cuti sekolah kan mesti tengah planning nak bawa anak-anak
    Sindir Artis yg Suka Pamer Isi ATM? Tamara Bleszynski: Receh, Sangat Memalukan!
    slidegossip.com – Belakangan ini byk artis-artis yg ikut-ikutan membongkar isi saldo di ATM
    Bibir Bengkak, Barbie Kumalasari Disantet? Mbah Mijan: Dari Orang yg Ditolak Cintanya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Barbie Kumalasari. Baru-baru ini bibir Barbie Kumalasari
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah

    Leave a reply "Kisah Malaikat Jibrail dan Malaikat Mikail Menangis"