Kisah Di Page KRT Rekaan Ataupun Benar?

SOSMED | Beberapa hari lps admin page Kisah Rumah Tangga (KRT) telah menularkan kisah seorang isteri yg enggan membuat laporan polis meskipun anak kandungnya mengalami gangguan seksual.

Cabul1 1 - Kisah Di Page KRT Rekaan Ataupun Benar?

Anaknya itu mengalami gangguan seksual dr bapa tirinya yg juga suami kepada sang isteri itu.

Sang isteri itu dikatakan pernah membuat laporan polis kes cabul ke atas suaminya itu namun telah menarikbalik semula laporan tersebut selepas suaminya berjanji akan membelikan kereta.

Kisah itu kemudiannya menjadi sensasi di laman sosial dan turut mendapat perhatian penulis. Maka penulis telah bertindak;

👉 Melaporkan kepada pegawai Hannah

👉 Mencadangkan kempen kesedaran kepada sang isteri, ini kerana bukannya kali pertama kita membaca maklumat sang isteri yg suka melindungi / menyembunyikan perlakuan jahat suami ke atas anak-anak atas alasan sayang dan menjaga aib

Kes ini kes yg serius tetapi nampaknya admin KRT beranggapan kisah gangguan seksual adalah kisah lucu yg bertujuan utk mendapatkan hits tinggi di Facebook barangkali.

KRT - Kisah Di Page KRT Rekaan Ataupun Benar?

Telah tiga kali dia bertindak memadamkan kisah tersebut. Apabila diminta butiran pengadu, tidak pula dia endahkan. Sedangkan semua individu yg berdedikasi membanteras gangguan seksual sudah bersedia pd bila-bila masa utk assist kes itu.

Selama ini penulis pernah beberapa kali membaca sangkaan negatif terhadap halaman KRT tetapi penulis kurang mengambil peduli secara serius kerana tidak mengikuti halaman itu.

Ada di antara kawan penulis, yg membuat kempen kesedaran ke atas halaman KRT. Sbg suami beliau bertindak melarang isterinya dr mengikuti KRT bahkan menasihati wanita-wanita lain khususnya para isteri utk menjauhi halaman KRT – kerana bgnya halaman itu adalah halaman yg merosakkan akal wanita/sang isteri dgn cerita-cerita karut bahkan seolahnya mengalakkan sang isteri mengumpat kisah rumah tangga masing-masing secara terbuka.

Katanya lagi, halaman itu mendorong membuka aib sang suami dan isteri di laman sosial tanpa perasaan malu.

Oleh kerana penulis tidak mengikuti halaman KRT maka penulis tidak dpt memastikan samada sangkaan negatif yg terpalit ke atas halaman itu adalah betul ataupun tidak.

Bagaimanapun kisah gangguan seksual yg dikongsikan admin KRT sebanyak tiga kali dan dipadamkan juga sebanyak tiga kali mungkin membenarkan sangkaan negatif sesetengah pihak.

Adalah satu pembohongan utk mengatakan Facebook memadamkan semua post-post berkaitan gangguan seksual itu.

Boleh jadi admin KRT terkejut kerana gerakan membanteras gangguan seksual sangat aktif utk membantu.

Dinasihati kepada admin KRT, jangan kongsi jika tak pasti. Jangan reka cerita sesuka hati. Kali pertama dimaafkan, jika berlaku lagi, maka kami akan mencari. – 3 April 2019.

Loading...

Tags: #Ataupun #benar #Kisah #Page #Rekaan

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Comments are closed.