Khasiat & Kegunaan Pokok Bunga Kantan

x 29 - Khasiat & Kegunaan Pokok Bunga Kantan

Ramai yg tahu dan kenal akan bunga Kantan, tetapi tak ramai yg pasti akan rupa pokok bunga Kantan ini. Aha .. kalau kat kampung, ia mungkin mudah utk anda cari, tetapi kat bandar mungkin agak sukar, melainkan pihak majlis atau bandaran ada menanam pokok bunga Kantan ini sbg tanaman landskap.

Bunga Kantan berwarna merah muda, umum diketahui byk digunakan dlm masakan beberapa menu popular di Malaysia iaitu Laksa, Asam Pedas, Tomyam dan juga Nasi Kerabu. Malah, ada yg menggunakannya sbg gubahan hiasan dek kerana bunga Kantan mempunyai kelopak yg cantik ketika bunganya mekar.

Khasiat dan Kegunaan Pokok Bunga Kantan

xx - Khasiat & Kegunaan Pokok Bunga Kantan

Bunga Kantan juga dikenali sbg bunga siantan. Ia merupakan sejenis pokok saka herba. Pokoknya menegak dgn batang hijau yg lurus. Daunnya tirus dan panjang seperti daun pokok Lengkuas. Saya kerap tersilap mengenal pokok bunga Kantan ini dgn pokok Lengkuas. Serius ianya sangat serupa.

Ia mempunyai bunga yg cantik dan berbau kuat. Ada tiga jenis bunga Kantan yg terdapat di Malaysia iaitu yg berwarna putih, merah jambu dan merah. Bunga Kantan yg berwarna merah sering menjadi pilihan ramai terutama utk seni gubahan kerana warnanya yg lebih menarik. Bunga Kantan berwarna putih dan merah jambu pula sering dijadikan bahan dlm masakan.

xxx - Khasiat & Kegunaan Pokok Bunga Kantan

Tumbuhan herba ini mengandungi byk bahan antioksida yg amat baik utk kesihatan. Hampir keseluruhan bahagian pd pokok bunga Kantan mempunyai khasiat serta manfaat yg bagus utk tubuh manusia.

Meh saya kongsikan beberapa khasiat kegunaan pokok bunga Kantan ini utk pengetahuan anda ye …. huhu .. jangan ingat bunga atau tunasnya sahaja ada gunanya.

Batang Pokok Bunga Kantan

xxxx - Khasiat & Kegunaan Pokok Bunga Kantan

Dipercayai dan diamalkan oleh orang-orang lama utk mengubati penya kit bengkak-bengkak pd tubuh badan. Tetapi yg paling dan sering diamalkan ialah utk hilangkan bau badan, terutama utk wanita baru lps bersalin.

Anda hanya perlu potong pendek-pendek batang pokok bunga Kantan ini, tumbuk sehingga hampir lumat dan didihkannya. Ambil air tersebut dijadikan mandian. Errr jangan pula masa tengah panas-panas tu, anda terus siramkan badan .. biarkanlah ia sejuk sedikit.

Isteri saya sendiri menggunakan pokok bunga Kantan ini ketika dlm pantang bersalin, dijadikan bahan utk mandian setiap pagi bersama pokok-pokok herba yg lain.

Buah Pokok Bunga Kantan

xxxxx - Khasiat & Kegunaan Pokok Bunga Kantan

Ia blh memberikan kesan utk menambah selera mkn, mengurangkan rasa kurang bermaya dan sbg penawar bg menghilangkan lendir dan kahak pd tekak. Anda perlu tumbuk buah atau bijinya sehingga lumat sehingga keluar air. Toskan biji tersebut utk asingkan hampas biji dgn airnya. Ambil air ini, campurkan dgn segelas air suam, minumlah setiap pagi dan malam.

Ada juga yg mendakwa buah pokok Bunga Kantan dpt membantu dlm menguatkan tenaga ba tin lela ki… huhu. Sejauh mana kebenarannya, tidaklah dpt dipastikan.

Daun Pokok Bunga Kantan

Jika anda merebus daunnya, air rebusan ini blh dijadikan sbg bahan utk mencuci luka di badan. Gunakan air rebusan daun pokok bunga Kantan ketika suam. Hanya lumurkan sahaja pd tempat atau bahagian luka tersebut.

Bunga Kantan

Bunga Kantan baik yg berwarna putih, merah jambu mahupun merah memang sesuai dan sering dijadikan bahan aroma dlm masakan. Ia bukan sahaja dpt meningkatkan rasa dan bau, tetapi ada khasiatnya tersendiri.

Bunga ini blh sahaja dimakan terus atau direbus dijadikan sbg ulam-ulaman. Ramai yg berkata, dgn memakan bunga Kantan ini .. ia blh memberikan kesan awet muda kepada yg mengamalkannya.

Ia juga didakwa blh membantu dlm rawatan penya kit seperti kencing manis dan darah tinggi, dgn meminum air rebusan bunga Kantan. Pun begitu, ia perlu diambil dlm sukatan yg betul kerana khuatir ada kesan sampingan seandainya mengambil air rebusan bunga Kantan secara berlebihan.

Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan dan khasiat serta kegunaan pokok bunga Kantan ini. Alhamdulillah, dah dpt byk ilmu tambahan mengenai pokok yg sangat mudah ditanam ini. Anda blh gunakan batangnya utk menanam di halaman rumah, hanya cucuk terus ke dlm tanah. Atau paling baik, ambil ubinya dan tanam seperti anda menanam pokok Lengkuas, Halia atau Kunyit.

Pokok bunga Kantan hidup subur di kawasan berair dan lembap. Menariknya mengenai pokok ini, ia seperti tiada musuh kerana serangga terutamanya tidak berminat utk menye rang pokok ini kerana aroma yg terdapat pdnya.

Untuk pengetahuan anda, setiap rumpun pokok bunga kantan mampu menghasilkan antara tiga sehingga tujuh kuntum bunga bergantung kepada kesuburan dan saiz perdu pokok. Ia berbunga sepanjang thn, namun ada beberapa bln tertentu (dalam tempoh agak panjang), bunganya berkurangan.

Di pasar, harga bunga Kantan blh mencecah sehingga RM1 sebatang … terutama di musim-musim perayaan seperti Hari Raya kerana permintaan yg tinggi. Jadi, nak jimat … blh je anda tanam pokok bunga Kantan ini di rumah.


Loading...

Tags: #Bunga #Kantan #Kegunaan #Khasiat #Pokok

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Khasiat & Kegunaan Pokok Bunga Kantan"