Kewajipan Menutup Aurat

Loading...

Kewajipan Menutup Aurat 1 - Kewajipan Menutup Aurat

1. Bg wanita Muslimah, kewajipan menutup aurat itu adalah arahan yg telah difardukan oleh Allah. Perkara ini dinyatakan di dlm al-Quran yg menyebutkan:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya: “Dan hendaklah mereka (wanita Muslimah) menutup belahan leher bajunya dgn tudung kepala mereka;” (al-Nur:31)

2. Dlm menghuraikan ayat ini al-Imam Ibn al-Jarir al-Tabari menghuraikan bahawa:

وليلقين خُمُرهنّ، على جيوبهنّ، ليسترن بذلك شعورهنّ وأعناقهن وقُرْطَهُنَّ.

“hendaklah para wanita itu melabuhkan tudung kepala mereka menutup dada-dada mereka supaya tertutup juga dgn itu rambut, tengkuk dan telinga mereka.”

3. Perkara ini turut dijelaskan oleh al-Imam Ibn Kathir yg menyebutkan:

جمع خمار ، وهو ما يخمر به ، أي : يغطى به الرأس ، وهي التي تسميها الناس المقانع .
قال سعيد بن جبير : ( وليضربن ) : وليشددن ( بخمرهن على جيوبهن ) يعني : على النحر والصدر ، فلا يرى منه شيء .

“Yang dimaksudkan dgn khumur adalah sesuatu yg menutup kepada mereka. Said ibn Jubair (seorang Tabien) menjelaskan iaitu: hendaklah mereka melabuhkan tudung merea sehingga menutupi bahagian dada sehingga tidak terlihat sesuatu drpada situ” (Tafsir Ibn Kathir).

4. Ketika turunnya ayat ini, Saidatina Aisyah memuji wanita Muhajirin kerana kesungguhan mereka menutup aurat seperti yg telah diwajibkan oleh Allah. Perkara ini diceritakan oleh oleh beliau sendiri dlm riwayat Abu Daud yg menyebutkan:

يرحم الله نساء المهاجرات الأول لما أنزل الله وليضربن بخمرهن على جيوبهن شققن أكثف مروطهن (نوع من الثياب) فاختمرن بها ” .

“Semoga Allah merahmati kepada kaum wanita Muhajirin yg awal. Mereka, apabila Allah menurunkan ayat : وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ, mereka lantas mengoyakkan kain Murat (sejenis tekstil yg diperbuat drpada bulu bebiri) mereka lalu mereka jadikan sbg tudung.”

5. Perbuatan mempertikaikan apa yg telah diwajibkan oleh syarak adalah perkara yg ditegah oleh agama. Perkara ini dijelaskan oleh artikel yg dinukilkan di laman Mufti Wilayah yg menyebutkan:

Syeikh Muhammad al-Zuhaili hafizhahullah berkata: “Jika seorang muslim mengingkari suatu hukum syarak yg sudah disepakati ke atasnya dan mudah diketahuinya dlm agama, maka dia sudah kafir.” Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (5/233).

6. Ada pula yg memanipulasi ayat “tiada paksaan dlm agama” (la ikraha fiddin) dgn memetik dalil dr al-Quran dan menyatakan bahawa tiada paksaan dlm melaksanakan syariat tudung. Pd hakikatnya, ayat tersebut adalah ditujukan dlm aspek aqidah, iaitu kita tidak blh memaksa manusia memeluk Islam sedangkan orang Muslim itu sendiri diwajibkan menerima arahan seperti yg digariskan dlm al-Quran.

Perkara ini dijelaskan oleh al-Imam Ibn Kathir yg menghuraikan ayat (la ikraha fiddin) dgn menyebutkan:

أي لا تُكْرِ هوا أحداً على الدخول في دين الإسلام

“Iaitu seseorang itu tidak blh dipaksa utk memeluk Islam.” (Tafsir Ibn Kathir)

7. Program de-hajibing yg dianjurkan sebelum ini adalah jelas bercanggah dgn syarak apabila mereka kelihatan mempunyai usaha memberikan nasihat kepada sesuatu yg bercanggah dgn syarak. Adalah lebih malang lagi apabila ada yg memanipulasi ayat al-Quran utk menolak sesuatu yg telah disyariatkan oleh Allah.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

The post Kewajipan Menutup Aurat appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #Aurat #Kewajipan #Menutup

author
Author: 
    Pantang Larang Guru Berpindah Ke Sekolah Baharu
    Pengalaman berpindah ke sekolah baru pasti memberi byk pengalaman kepada mereka yg pernah
    Sewa Kipas 3D Hologam Semurah RM300 Jer!
    Hai anda semua.. Pernah tak tengok 3D Hologram kat mana-mana outlet, kedai, event
    Disindir Soal 80 Juta, Vanessa Angel: Sekarang Udah Naik 800 Juta!
    slidegossip.com – Vanessa Angel seolah tak ada hentinya menuai sensasi usai dirinya bebas
    Dulu Artis Cantik Ini Bangga Punya Pacar Tajir! Putus, Hadiah Mobil Mewah pun Dikembalikan!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, artis cantik Angela Lee tampak bangga karena dirinya

    Comments are closed.