Keutamaan golongan B40 utk sekolah berasrama penuh

PhotoGrid 1545217590673 1 - Keutamaan golongan B40 utk sekolah berasrama penuh

PUTRAJAYA 19 Dis. – Kementerian Pendidikan akan memberi keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) utk memperoleh akses kepada pendidikan berkualiti di sekolah berasrama penuh (SBP) bermula dgn pengambilan pd thn depan.

Kementerian dlm satu kenyataan memberitahu, pengambilan tersebut akan memberikan lebih byk peluang kepada anak-anak keluarga B40, sama ada dr kawasan luar bandar, miskin kota dan anak-anak anggota beruniform.

“Kemasukan murid bg sesi kemasukan 2019 memberi keutamaan kepada murid dr kelompok B40 dgn jangkaan penawaran kepada murid dr kelompok B40 sehingga 60 peratus drpada keseluruhan penempatan.

“Walau bagaimanapun, penawaran ke Tingkatan 1 pd 2019 juga mengambil kira beberapa faktor lain seperti pemilihan SBP oleh pemohon, kapasiti enrolmen sesebuah SBP, jantina dan lokaliti pemohon,” katanya di sini hari ini.

Mengikut Laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah Keperluan Asas 2016, golongan B40 adalah isi rumah berpendapatan purata RM2,848.

Tambah kementerian, pengambilan thn depan menyaksikan permohonan sebanyak 77,487 kemasukan ke SBP dan drpada jumlah itu, 21,841 telah dikenal pasti melepasi syarat-syarat asas kelayakan.

Jelasnya, antara syarat kelayakan kemasukan adalah warganegara Malaysia dan mencapai tahap pencapaian minimum dlm Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Selain itu, kata kementerian, syarat lain adalah pemohon menduduki dan mencapai aras toleransi sebanyak 65 peratus dlm Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) serta mencapai merit Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan psikometrik.

“Kementerian memberi komitmen utk memastikan murid dr kelompok B40 diberi peluang semaksimum mungkin bg mendapat pendidikan yg lebih teratur dlm persekitaran kondusif seperti yg berupaya ditawarkan di SBP,” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE

loading…


Loading...

Tags: #berasrama #golongan #Keutamaan #Penuh #Sekolah

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Keutamaan golongan B40 utk sekolah berasrama penuh"