Ketupat Sotong Versi Utara

Bismillahirrahmanirrahim,
Lauk yg menambahkan selera, alhamdulillah sedap dan menepati selera keluarga kami.

ketupatBsotong - Ketupat Sotong Versi Utara



Ketupat Sotong Versi Utara
Oleh : Surianti Ramli

Bahan-bahan :
1 kg sotong (saiz besar) dicuci bersih
1 cawan beras pulut (rendam 30 minit, toskan)
Lidi secukupnya

Bahan kuah :
15 tangkai cili kering- rebus sehingga lembut dan toskan
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cawan pati santan
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara penyediaan :
1. Isikan sotong dgn pulut sehingga memenuhi 3/4 bahagian badan sotong. Masukkan kepala sotong dan sematkan lidi dgn kemas supaya pulut tidak terkeluar. Ketepikan.
2. Cili kering dan bawang dikisar halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga harum dan pecah minyak. Masukkan sotong bersama pati santan dan air. Rebus dlm api sederhana anggaran 15 – 20 minit. Perisakan garam dan gula secukup rasa.
4. Matikan api, sedia dihidang.


Loading...

Tags: #ketupat #sotong #Utara #Versi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ketupat Sotong Versi Utara"