Ketupat Sotong ~ Versi Tidak Pedas

ketupat sotong terengganu2 1 - Ketupat Sotong ~ Versi Tidak PedasKetupat sotong yg tidak pedas ini buat utk anak-anak yg tidak mkn pedas..Bolehlah cuba utk juadah berbuka puasa..

Bahan-bahan:

1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
6 ekor sotong ~ buang selaput/kulit luar, bersih dan toskan
2 cawan santan pekat
3 biji bawang merah ~ dihiris
1/2 inci halia ~ dihiris
1 sudu kecil halba
Garam dan gula secukupnya
Lidi (saya guna lidi satay)

Cara penyediaan:

1. Masak/kukus beras pulut dgn santan cair sehingga separuh masak. Setelah agak sejuk, sumbatkan ke dlm sotong. Jangan terlalu penuh/padat, lebih kurang 3/4 badan sotong.
2. Kemudian masukkan kepala sotong dlm badan sotong tersebut dan sematkan/tutup dgn lidi supaya pulut tidak terkeluar.
3. Masak sotong tersebut dgn 2 cawan santan pekat dgn menggunakan api yg sederhana.
4. Apabila kuah mendidih, masukkan bawang, halia, halba, garam dan gula secukupnya.
5. Masak sehingga kuah agak pekat atau bergantung pd citarasa.

ketupat sotong terengganu1 - Ketupat Sotong ~ Versi Tidak Pedas

Loading...

Tags: #ketupat #PEDAS #sotong #tidak #Versi

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ketupat Sotong ~ Versi Tidak Pedas"