Ketupat Sotong Bertelur

IMG 6432 - Ketupat Sotong Bertelur

Ketupat sotong adalah antara mknan tradisional Kelantan yg menjadi kegemaran saya. Tapi bukanlah selalu dapat mkn kerana ianya mahal walaupun ketika itu, sotong atau mknan laut tidak lah terlalu mahal. 

Ketupat sotong bertambah sedap jika menggunakan sotong yg menpunyai telur. Inilah bahagian yg paling saya gemari berbanding dgn ketupat sotong tanpa telur. 

Peristiwa masa kecil yg tidak dapat dilupakan ialah bila saya dimarahi kerana dikatakan mengorek telur sahaja dlm ketupat sotong. Saya merajuk kerana dituduh sedemikian. Yg sebetulnya, saya pun tak tahu siapa yg berbuat begitu. 

IMG 6430 - Ketupat Sotong Bertelur

Kalau mahu membuat ketupat sotong, cubalah usahakan utk mencari sotong yg menpunyai telur. Sumpah sangat sedap. Kalau anda tidak suka, keluarkan telur dan bagikan kepada saya. Saya dgn gembira menadah pinggan bila ada anak anak menghulurkan telur sotong. 

Ketupat sotong adalah mknan kegemaran saya yg dikira kategori ferrari lah. Maklum agak remeh utk menyediakannya, jadi bila sekali sekala mkn, memang tak ingat orang belakang. 
IMG 6438 - Ketupat Sotong Bertelur

Kalau beli di kedai atau di bazar Ramadhan, memang susah utk mendapatkan ketupat sotong yg sedap. Saya pun tak pasti mengapa. Mungkin mereka mengurangkan santan dan gula Melaka utk menjimatkan kos dan mendapat untung lebih. Jadi kalau nak mkn yg sedap, terpaksalah dgn gigihnya menyediakan sendiri.

IMG 6443 - Ketupat Sotong Bertelur

Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa utk melihat cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba…
IMG 6436 - Ketupat Sotong Bertelur

Ketupat Sotong
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
750 gram sotong – 13 ekor sotong 
1/2 – 3/4 cawan beras pulut
I biji kelapa parut – santan
1 sudu kecil garam kasar
1 1/2 keping gula Melaka
1 sudu besar gula pasir – jika perlu
2 helai daun pandan
Lidi sate secukupnya

Cara cara:
Sotong disiang dan dibersihkan dgn mencabut kepala dan dibuang bahagian kantung dakwat hitam. Basuh dan tos.

Rendam beras pulut secukupnya dlm 30 minit bergantung kepada jenis beras pulut yg digunakan. Basuh dan tos. Masukkan sedikit garam di dlm pulut dan gaul rata.

Sumbatkan pulut ke dlm sotong sehingga separuh atau 3/4 penuh sahaja. Masukkan bahagian kepala sotong dan disumbat ke dlm sotong. 
IMG 6412 - Ketupat Sotong Bertelur

Ambil lidi dan dicucuk bagi melekatkan kepala dan badan sotong. Buat sehingga habis.
IMG 6418 - Ketupat Sotong Bertelur

Susun sotong yg telah disumbat dgn pulut ke dlm periuk. Masukkan santan dan daun pandan. Nyalakan api dan masak sehingga pulut masak. 
IMG 6419 - Ketupat Sotong Bertelur
IMG 6421 - Ketupat Sotong Bertelur

Untuk melihat pulut telah masak, saya akan cucuk sedikit sotong dgn pisau kecil yg tajam dan dicungkil keluar pulut. 

Setelah pulut masak, baru dimasukkan gula Melaka dan gula secukupnya. 
IMG 6424 - Ketupat Sotong Bertelur

Masak sehingga gula hancur dan kuah kelihatan masak dan sedikit pekat. Blhlah ditutup api.

IMG 6426 - Ketupat Sotong Bertelur

Selamat menikmati ketupat sotong. Jika ada lebihan beras pulut, blh dimasak dan dimakan dgn kuah ketupat sotong.
IMG 6437 - Ketupat Sotong Bertelur

IMG 6444 - Ketupat Sotong Bertelur

Selamat mencuba…
   

Loading...

Tags: #Bertelur #ketupat #sotong

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Ketupat Sotong Bertelur"