KESEMPITAN MASA MENGERJAKAN SEMBAHYANG

Sembahyang Fardhu Dikerjakan Dgn Duduk
Untuk Menyempati Waktu Sembahyang Dan
Disebabkan Tidak Ada Tempat Lain Utk Sembahyang

Soalan:
Assalamualaikum, saya ketika ini sedang belajar di United Kingdom, sepanjang pembelajaran saya di sini, saya telah berusaha sedaya upaya saya utk menunaikan rukun Islam yg diwajibkan kepada kita, seperti solat lima waktu, akan tetapi, jika saya ada kelas sepanjang hari di universiti, selalunya saya tidak dpt menunaikan sembahyang fardu zuhur dan asar dan terpaksa mengqada waktu-waktu tersebut. Ini kerana memandangkan universiti tempat saya belajar ini tidak ada menyediakan tempat utk bersembahyang, serta masa pembelajaran saya amatlah singkat (saya mengambil bidang pergigian di mana saya terpaksa membuat treatment kepada patient antara 9am-12pm dan 1-5pm), dan masuk waktu zuhur pula selalunya selepas 1pm serta habis asar pula 5pm, dan saya amat kesal dgn keadaan ini. Saya merasa berdosa kerana selalu meninggalkan solat zuhur dan asar tetapi apakah yg patut saya lakukan, selain dr mengqadha solat-solat tersebut di malam hari. Blhkah saya melakukan solat tersebut secara tunai dgn solat duduk sahaja, walaupun saya masih mampu berdiri utk mengerjakan solat?? (Ini utk menyempati masa dan menyelesaikan masalah tidak ada tempat utk bersembahyang).
Jawapan

الْحَمدُ للهِ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْد كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ َتَجْعَلُنَا بِهَا هُدَاةً مَهْدِيِّيْنَ غَيْرَ ضَآلِّيْنَ وَلاَ مُضِلِّيْنَ،وَبَعْدُ

Sembahyang fardhu lima waktu sehari semalam wajib dikerjakan. Ganjaran dan fadhilatnya adalah amat besar sekali. Demikian juga sebaliknya, meninggalkan sembahyang itu akan dibalas dan dihukum dgn hukuman yg sangat berat.

Sembahyang itu adalah merupakan tiang agama. Sembahyang juga merupakan kepala bg segala pendekatan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan awal permulaan bg ketaatan hamba terhadap Tuhannya. Awal perkiraan ibadat seseorang pd hari Kiamat nantipun adalah ibadat sembahyang.
Sembahyang fardhu lima waktu itu haram ditinggalkan walaupun hanya satu waktu, tidak kira dia seorang yg sakit, musafir, orang yg sibuk dgn tugas, menuntut ilmu atau sbgnya, melainkan orang-orang yg dikecualikan oleh syara‘ seperti perempuan yg haid, nifas, orang yg gila dan kanak-kanak yg belum baligh.

Dalam sembahyang mempunyai rukun-rukun yg wajib dilaksanakan, Rukun-rukun sembahyang itu terbahagi kepada tiga bahagian:
1.       Rukun qalbi: Rukun yg bersangkut paut dgn hati iaitu niat.
2.       Rukun qauli: Rukun yg bersangkut paut dgn perkataan, seperti takbiratulihram, membaca surah al-Fatihah, Tasyahhud (tahayyat akhir), salawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan salam.

3.       Rukun fi‘li: Rukun yg bersangkut paut dgn perbuatan, seperti berdiri, rukuk dan sujud.
Berdiri adalah salah satu drpada rukun-rukun  fi‘liyang wajib dilakukan dlm sembahyang fardhu bg mereka yg mampu berdiri. Adapun mereka yg tidak mampu berdiri blhlah mengerjakan sembahyang tersebut dgn duduk.
Contoh bg mereka yg tidak mampu berdiri itu seperti orang yg sangat tua, orang sakit, takut terjatuh apabila berada di atas kapal atau ada kepayahan yg bersangatan sehingga menghilangkan khusyu‘ sembahyang.

Dalam situasi atau keadaan yg dijelaskan di atas bg penanya tidak ada halangan utk menunaikan sembahyang pd waktunya walaupun ketika belajar. Cuma penanya menunaikan sembahyang tersebut dgn duduk walaupun mampu berdiri, dgn alasan utk menyempati waktu sembahyang Zhohor dan ‘Asar.
Apabila dilihat keharusan mengerjakan sembahyang fardhu dgn duduk, maka tidaklah termasuk alasan yg diberikan “untuk menyempati masa” di dlm kategori orang yg tidak mampu berdiri.
Oleh yg demikian, kenalah juga penanya menunaikan sembahyang fardhu itu dgn berdiri dan tidak ada kelonggaran utk menunaikannya dgn duduk.

Bertolak drpada masalah penanya iaitu “untuk menyempati masa”, sedang penanya hanya mempunyai waktu yg singkat disebabkan belajar, maka sbg irsyad lakukanlah sahaja rukun-rukun sembahyang fardhu tanpa membuat yg sunat.
Sebagai contoh membaca surah al-Fatihah sahaja tanpa membaca surah lain selepasnya, kerana membaca surah al-Fatihah itu adalah drpada rukun-rukun sembahyang, manakala membaca surah lain selepas surah al-fatihah adalah drpada sunat-sunat sembahyang.
Dalam situasi yg dijelaskan juga, penanya menunaikan sembahyang fardhu dgn duduk, bertujuan bg mengatasi masalah tidak ada tempat utk bersembahyang. Sebenarnya sembahyang itu blh ditunaikan di mana-mana sahaja seperti di pdng, tanah lapang, dilurung, di dlm bilik atau sbgnya asalkan tempat itu suci drpada najis yg tidak dimaafkan.

Jika alasan yg diberikan itu hanya kerana ruang tempat sembahyang itu sempit sehingga tidak dpt melakukan sujud, rukuk atau duduk, dan tidak ada lagi tempat lain utk mengerjakan sembahyang itu secara blh rukuk dan sujud, maka blhlah ditunaikan sembahyang itu dgn berdiri sahaja. Namun jika sebaliknya, iaitu ruang tempat sembahyang itu sempit sehingga tidak dpt berdiri (seperti tempat itu rendah dan hanya ada ruang utk duduk sahaja) dan tidak ada tempat lain lagi utk mengerjakan sembahyang, maka blhlah ianya dikerjakan dgn duduk.

وَاللهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ

[PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO PADUKA SERI SETIA
USTAZ HAJI AWANG ABDUL AZIZ BIN JUNED]
Mufti Kerajaan,

Negara Brunei Darussalam.
Loading...

Tags: #KESEMPITAN #masa #Mengerjakan #Sembahyang

author
Author: 
    Syahrini Curhat dan Bilang Begini di Instagram, Kasih Kode Kesal Karena Reino Barack Pelit?
    slidegossip.com – Syahrini dikenal sbg salah satu artis papan atas yg memiliki byk
    Sudah Jatuh Tertimpa Tangga? Eksepsi Ditolak, Rey Utami dan Pablo Ditinggal Pengacara!
    slidegossip.com – Pasangan Rey Utami dan Pablo Benua bisa dibilang sedang apes. Seperti
    Tak Terbantahkan Lagi! Gebby Vesta Tunjukkan Bukti KTP Abash, Ternyata Memang Perempuan?
    slidegossip.com – Gebby Vesta kembali melancarkan serangan kepada seterunya Lucinta Luna. Namun kali
    Udah Jadi Pendakwah, Beredar Video Boy Hamzah Mabuk dan Ngamuk! Gagal Hijrah?
    slidegossip.com – Baru-baru ini publik dikejutkan dgn beredarnya video seorang artis pria tampan

    Comments are closed.