Kesan negatif Pemakanan Kebulur.

Oleh : Suhazeli Abdullah

Kesan negatif Pemakanan Kebulur.
 
“Berat Mak Aji turun 10 kilo dlm 2 bln? Apa yg dah berlaku ni?,” soalku dlm satu sesi konsultasi klinik Kencing Manis.

Gemuk 1 - Kesan negatif Pemakanan Kebulur.

“Saya amalkan pantang diet ketat doktor,” jawab Mak Cik berumur separuh abad itu jujur.

“Saya ubah pemakanan. Byk mknan yg biasa saya mkn saya tinggalkan. Seperti nasi putih, air manis, dr gula putih, tepung putih, mknan segera dan byk lagi.” Jawabnya dgn yakin.

“Saya hanya mkn ‘real food’. Bykkan mkn sayur-sayuran. Buah-buahan saya pilih yg rendah glisemik indek seperti jambu batu, oren dan apel hijau.” Tambah beliau lagi mcm beri kuliah pemakanan. Fuh, pandai juga sebut GI mknan.

“Satu lagi petua adalah Mak Cik tukar hidangan berat sepanjang 2 bln ini dgn mknan berasaskan barli. Doktor tau ke, barli adalah mknan sunnah? Ia merupakan antara mknan kegemaran Rasulullah s.a.w.” Ujarnya lagi.

[Selawat atas Nabi]

“Pendek kata selama 2 bln ini juga saya menjalani sajian 100% vegetarian. Tanpa protin haiwan, tanpa lemak, air kosong dr produk xxxx 4 liter sehari, tanpa susu. Sebab tu kencing manis saya blh sembuh dan berat badan menyusut byk. Saya juga berpuasa setiap hari.” Hujahannya saya biarkan diluahkan. Rawatan stres juga tu.

‘Sudah lama beliau menghidapi kencing manis, baru berubah hati nak ikut segala nasihat pakar pemakanan (Dietitian) yg saya rujuk beberapa bln lps. Cuma saya kesian kerana beliau mula terpengaruh dgn dakyah penjual produk yg beri nasihat terlampau semata-mata mencari keuntungan.’

~~~~~~~~~~~

Sayang sekali, pesakit yg ingin mengubah gaya pemakanan tidak dipandu dgn betul. Apa yg dianjurkan oleh pakar pemakanan tidak pun diambil sepenuhnya sehingga blh menyiksakan diri.

Kenapa saya kata menyiksakan diri?
 
Kaedah pengambilan mknan secara ketat atau ekstrim (Very Low Calorie Diet) blh mendatangkan bahaya kepada sistem perkembangan tubuh badan kita.

Perlu kita ingat bahawa badan kita memerlukan sumber tenaga minima bg menjadikan setiap organ berfungsi dgn sempurna. Sumber tenaga minima ini diberi nama Kadar Asas Metabolik (BMR – Basal Metabolic Rate). Kiraan BMR setiap individu bergantung kepada tinggi, berat, umur dan jantina seseorang.

Contohnya seorang lelaki, berumur 30 thn, berat 70 kg dan tinggi 1.7 meter, BMR beliau adalah 1671 kcal. Ini bermakna kalori mknan seharian beliau paling minima perlu diambil adalah sebanyak 1671 kcal itu, baharulah badannya blh berfungsi dgn sempurna seperti bernafas, peraliran darah, gerakan jantung, perkumuhan dan aktiviti fisiologi asas lain lagi [1]. Dgn kata lain, jika beliau hanya duduk sahaja tanpa buat apa-apa aktiviti, BMR asas sebanyak itulah diperlukan. Jika beliau ingin berkerja yg menggunakan tenaga seperti kerja pejabat, naik basikal, bersenam dan lain-lain lagi, beliau wajib mengambil kalori yg berlebihan dr BMR tadi. Sekurang-kurangnya tambahan sebanyak 20% lagi.

Andaikata seseorang itu mengambil pemakanan yg kurang dr BMR, secara automatik badan akan membakar sumber lain dr dlm badan kita sendiri. Lemak yg disimpan di peha, perut, pinggul dan beberapa tempat lain lagi akan digunakan sbg sumber tukaran tenaga. Pun begitu, bakaran tenaga dr sumber lain ini perlu diatur dgn betul supaya fungsi badan kita diseimbangkan mengikut sela waktu tertentu.

Bagi orang gemuk, blh lah menggunakan kaedah mengambil kalori mknan kurang 5-10% dr BMR. Dgn ini tukaran tenaga dr lemak badan yg berlebihan akan membantu beliau kembali ke berat badan unggul. Jika badan anda sudah kurus melidi, tiada keperluan mendesak utk mengambil kalori mknan berkurangan dr BMR.

Contohnya jika berat anda 90 kg (BMR utk lelaki umur 30 thn adalah 1945 kcal). Letak sasaran utk turunkan berat badan sebanyak 9 kg (10%) selama 6 bln. Objektifnya supaya penurunan 0.5 – 1.0 kg dlm seminggu. Penurunan secara sihat utk 0.5 kg – 1.0 kg selalunya sejumlah 1500-1800 kcal per hari jika disertakan juga dgn senaman utk lelaki, dan 1200-1500 kcal per hari utk wanita.

Anda jangan terlalu drastik utk mengurangkan berat badan. Penurunan 10 kg selama 2 bln seperti Mak Aji di atas itu adalah keterlaluan, walaupun beliau sanggup melakukannya. Tetapi kesian.

Jangan pula terlalu nak berdiet dgn ambil terlalu sikit kalori sehari, kurang 1000 kcal sehari, akan menyebabkan “muscle wasting” bukannya pembakaran lemak. Jangan hanya fokus kepada “weight loss” sahaja tetapi yg lebih penting adalah “inch loss”.

Terdapat ajaran yg menyuruh pesakit mengambil pemakanan ketat sehingga 600-800 kcal sehari. 600 kcal ini bersamaan 2 biji roti canai kosong. Bayangkan, adakah sanggup setiap kita hanya memakan 2 keping roti canai sehari? Kebulurlah gayanya. Biasanya ‘starvation food’ (VLCD- Very Low Calorie Diet) ini dlm rawatan perubatan hanya dikhususkan kepada pesakit yg akan menjalani pembedahan perut (Bariatric) [2]. Itu pun rawatan VLCD utk pembedahan perut perlu dipantau rapi oleh doktor pakar.

Walaupun terdapat jurujual yg menjual suplemen utk menggantikan kalori, tetapi sebanyak mana suplemen tersebut perlu dimakan? Tambahan pula suplemen bukan ‘tidak mahal’ harganya. Lebih baik mengambil mknan asas mengikut panduan yg ditetapkan. Kajian mendapati pesakit tidak berterusan mengamalkan suplemen sbg pemakanan tambahan bg pengurusan berat badan. Majoriti dikalangan mereka akan mengambil semula diet normal, maka terjadilah kegemukan kembali secara berganda-ganda (rebound). Kenapa tidak istiqomah? Sebab harga suplemen mahal. Hanya orang betul-betul berada sahaja mampu beli.

Kesan kaedah pemakanan kebulur (VLCD) ini kepada kesihatan tubuh badan adalah:

1- Metabolisma dan keseimbangan badan akan tergangu.
Kajian menyatakan 23% otot-otot akan menyusut. Akhirnya tubuh tak bermaya, tenaga utk melakukan aktiviti terbantut. Tidak semua pesakit blh bertahan dgn keadaan pemakanan kebulur seperti ini [3]. Kajian dr National Institute of Health US mendapati pesakit yg pd awal mencuba kaedah pemakanan kebulur, 80% dr mereka akan kembali gemuk dan penyakit tidak dpt dirawat kerana tidak tahan dgn nafsu pemakanan sedemikian [4].

2- Letih lsu dan zat mknan yg berkurangan.
Pengambilan pemakana kebulur ini akan menyebabkan byk zat-zat pemakanan tidak diambil dgn seimbang. Zat besi, folate, vitamin B12 utk pembinaan sel darah dan sel otot akan terbantut. Menyebabkan pesakit akan mengalami episod letih lesu sepanjang hari. Zat-zat ini blh diperolehi dr pemakanan seimbang termasuk karbohidrat dan protein. Jika sayur-sayuran semata-mata, tidak mencukupi jizi zat nutrien sehari-hari. Kekurangan pengambilan protin juga akan menyebabkan sel otot akan menyusut, rambut menjadi nipis dan kuku menjadi lembik. Pembinaan otot, rambut dan kuku bergantung besar kepada pengambilan protin dlm mknan kita. Begitu juga dgn kalsium, magnesium, vitamin A dan vitamin-vitamin lain lagi, terdapat dlm pemakanan lengkap yg terdiri dr karbohidrat, protein, dan sayur-sayuran. Pembinaan dan kesimbangan hormon-hormon badan pula amat memerlukan lemak yg secukupnya.

3- Kesuburan dan sistem imuniti berkurang.
Hormon kesuburan memerlukan lemak asas seperti kolesterol. Walaupun 80% kolesterol dibina sendiri oleh hati, tetapi kelesterol dr mknan juga diperlukan dlm kadar tertentu.

4- Senang berlaku kerapuhan tulang.
Mineral asas seperti kalsium, natrium, potassium dan lain-lain lagi diperlukan utk keseimbangan struktur tulang-temulang. Justeru, pengambilan kalori ekstrim akan merencat pengukuhan tulang.

Kesimpulannya, pesakit tidak blh membuat pelan pemakanan tersendiri tanpa panduan dr pakar pemakanan kerana pemakanan yg ekstrim itu akan memunahkan badan kita dlm jangkamasa singkat atau lambat. Jangan takut utk berhubung dgn pakar pemakanan (dietitan) yg terdapat di seluruh klinik kesihatan dlm negara kita. Bayaran pun percuma.

Apabila melihat kes Mak Aji yg saya jumpa tadi, saya yakin paras gula beliau akan menurun, tetapi tidak bermakna kencing manis beliau sembuh. Cuma saya kesian, beliau mendapat nasihat yg tidak tepat dr jurujual produk. Penjual kaya raya, beliau merana. Saya lihat lemah longlai beliau tadi semasa keluar dr bilik konsultasi. Sehinggakan nak buka daun pintu bilik pun tak bermaya.

“Kesian Mak Aji, nak buka pintu pun dok rok. Mai saya tolong.”

“Gelitik ni doktor!” Ucapnya lemah.

Dalam bab berpuasa setiap hari pun saya berikan nasihat ini supaya mengikut kemampuan kita sbgmana yg disarankan oleh Rasulullah SAW. Di antaranya berdasarkan hadis riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Majah dr al-Bahili, dia berkata;

أَتَيْت رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّهُ عليه وسلم فَقُلْت يا رَسُولَ اللَّهِ أنا الرَّجُلُ الذي أَتَيْتُك عَامَ الْأَوَّلِ قال فما لي أَرَى جِسْمَك نَاحِلًا قال يا رَسُولَ اللَّهِ ما أَكَلْت طَعَامًا بِالنَّهَارِ ما أَكَلْته إلَّا بِاللَّيْلِ قال من أَمَرَك أَنْ تُعَذِّبَ نَفْسَك قُلْت يا رَسُولَ اللَّهِ إنِّي أَقْوَى قال صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ بَعْدَهُ وَصُمْ من الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ من الحرم وَاتْرُكْ وقال بِأُصْبُعِهِ الثَّلَاثِ يَضُمُّهَا ثُمَّ يُرْسِلُهَا

Maksudnya: “Aku mendatangi Rasulullah Saw, kemudian aku berkata, ‘Ya Rasulullah, aku adalah laki-laki yg mendatangimu di thn yg lalu.’ Rasul menjawab, ‘Aku lihat badanmu semakin kurus.’ Ia menjawab, ‘Ya Rasul, aku tidak mkn di siang hari, aku mkn hanya di malam hari.’ Rasul berkata, ‘Siapa yg memerintahmu utk menyiksa dirimu?’ Aku berkata, ‘Ya Rasul sesungguhnya aku kuat (berpuasa).’ Rasul berkata, ‘Berpuasalah di bln sabar dan tiga hari setelahnya, berpuasalah di bln-bulan mulia dan tinggalkanlah dr bln haram, berpuasalah dr bln haram dan tinggalkanlah drnya.’ Nabi Saw dgn memberi isyarat dgn ketiga jarinya seraya mengumpulkan dan melepaskannya.”[5]

Janganlah kita terlalu ektrim dlm menjalani kehidupan ini, kerana pdhnya kita juga akan menanggungnya dikemudian hari. Maka bersederhanalah.

Pautan:
[1] Kiraan BMR. http://www.bmi-calculator.net/bmr…/metric-bmr-calculator.php
[2] Guideline for Bariatric Surgery. https://www.ucsfhealth.org/…/dietary_guidelines_after_gast…/
[3] Mknan rendah kalori. https://www.healthline.com/nutri…/calorie-restriction-risks…
[4] Kajian dr NIH atas pemakanan kebulur.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3673773/
[5] Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad Hadis Al Bahili. https://www.youtube.com/watch?v=fBydRy2OB5E


Loading...

Tags: #Kebulur. #Kesan #negatif #Pemakanan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.