Kes pencemaran metana, 13 sekolah diarah ditutup

FB IMG 1552402001173 1 - Kes pencemaran metana, 13 sekolah diarah ditutup

PASIR GUDANG: Sebanyak 13 sekolah berhampiran Sungai Kim Kim di sini, yg tercemar dgn bahan kimia mengeluarkan gas metana ditutup buat sementara waktu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal.

Katanya, selain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, SMK Tanjung Puteri Resort dan SK Tanjung Puteri Resort yg sudah ditutup sehingga hari ini, sembilan lagi sekolah ditutup bermula esok.

Beliau berkata, sekolah terbabit ialah SK Pasir Putih, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bersetuju supaya Jabatan Pendidikan negeri dan Jabatan Pendidikan Agama Negeri Johor menutup sekolah terbabit sehingga satu tarikh yg akan ditetapkan kemudian,” katanya dlm satu kenyataan di sini hari ini.

Khamis lalu, kira-kira 1,400 pelajar dan murid di SMK Pasir Putih dan SK Taman Pasir Putih, di sini, diarahkan mengosongkan kawasan sekolah kira-kira jam 10.30 pagi apabila beberapa pelajar muntah dan pengsan selepas terhidu gas metana.
FB IMG 1552401984352 - Kes pencemaran metana, 13 sekolah diarah ditutup

Sementara itu, Dr Sahruddin berkata, orang ramai dinasihatkan mengelakkan diri drpada menghampiri jajaran Sungai Kim Kim, termasuk utk melakukan aktiviti riadah bg mengelak kejadian tidak diingini.

“Kita juga nasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas selepas terhidu atau terdedah kepada bahan kimia terbabit.

“Penduduk juga dinasihatkan mandi dgn kerap, selain membasuh pakaian yg dipakai di luar rumah secara berasingan dgn pakaian lain bg mengelak kemungkinan terkena sisa toksik,” katanya.

Katanya, orang ramai juga diminta mengikuti maklumat terkini kejadian ini drpada sumber maklumat yg sahih dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

Sumber: Berita Harian


Carian Berkaitan

pencemaran metana di johor
Loading...

Tags: #diarah #Ditutup #metana #pencemaran #Sekolah

author
Author: 
    James Cameron Umum ‘Terminator: Dark Fate’ Disahkan Dapat Rating R-Rated
    Filem terbaru dlm franchais Terminator disahkan oleh penerbit filem tersebut, James Cameron sbg
    Lagu Nasyid Ramadhan Mp3
    Lagu nasyid ramadhan kumpulan hijaz, lagu nasyid, lagu nasyid terbaru, lagu nasyid 2018,
    Jenis2 Puasa
    Jenis 2 puasa sunat, jenis 2 puasa, Aku & Kehidupan Ini: Mknan Di
    7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pd 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini
    7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar  Pd 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa

    Leave a reply "Kes pencemaran metana, 13 sekolah diarah ditutup"