Kerutup Ayam Kampung Kelantan

aIMG 3804 1 - Kerutup Ayam Kampung Kelantan


Kerutup Ayam Kampung Kelantan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung potong empat, bersihkan
3 sudu mkn rempah kerutup, bancuh sedikit air
2 sudu mkn kerisik
1 sudu mkn tomato sos
500 ml santan pekat
1 keping kecil gula melaka
5 tangkai cili padi
1 sudu mkn air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
5 sudu besar minyak utk menumis

Bahan Tumis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga

Bahan Hiris
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Kisar Halus
5 tangkai cili kering, rebus dan tos
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 sudu mkn bawang goreng

aIMG 3743 - Kerutup Ayam Kampung Kelantan

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak, tumis rempah tumis dan bahan hirisan sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan rempah kerutup, tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan reneh sehingga ayam kecut dan kering airnya.
  4. Masukkan santan, biar mereneh dgn api perlahan.
  5. Masukkan air asam jawa, kerisik, sos tomato, gula melaka, gula dan garam secukupnya.
  6. Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi.
  7. Tutup api dan sedia di hidangkan.
aIMG 3835 - Kerutup Ayam Kampung Kelantan

Kerutup Ayam Kampung Kelantan

Carian Berkaitan

kerutuk ayam kampung kelantan

Loading...

Tags: #Ayam #Kampung. #KELANTAN #Kerutup

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Comments are closed.