Kerutuk Itik Serati Lauk Kegemaran Saya

Loading...

Kerutuk Itik Serati

Kerutuk Itik serati adalah lauk yg mesti saya cari setiap kali balik bercuti di Kelantan. Lauk feveret saya nombor 1 gitew. Mkn nasi kerabu, nasi dagang atau nasi berlauk, semuanya saya memilih kerutuk itik serati sbg lauknya. 

Kalau bernasib baik, kakak akan memasaknya di rumah. Kalau pagi Hari Raya, memang kakak saya akan memasak lauk kerutuk itik serati utk dimakan dgn nasi dagang di samping gulai ikan tongkol.

Lauk kerutuk itik serati dikira lauk istimewa utk kami. Maklumlah dulu dulu, susah hendak mengerjakan itik serati ni. Sangat remeh utk membuang bulu bulunya. Tapi kini lebih mudah kerana blh dibeli di kedai yg telah siap dibersihkan bulunya. Dah ramai yg mengusahakan itik serati utk jualan. Jika dulu, itik serati dibela dan dilepas bebas utk mendapatkan telur. 

Kalau itik serati, masakan kerutuk yg paling sesuai kerana rempah kerutuk yg berempah menjadikan itik sangat sedap dan tiada bau langsung. Lagi satu teknik memasak juga penting utk memastikan itik tiada bau atau rasa hanyir.    
Kerutuk Itik Serati

Seperti yg diajar oleh kakak saya, itik perlu dimasak bersama rempah yg ditumis sehingga air kering dan terbit minyak. Selepas air itik kering, barulah dimasukkan santan pekat. Kalau cara kakak saya, semua bahan dikisar dan ditumis. Tapi saya mengubahsuai sedikit dgn sebahagian bahan dihiris dan sebahagian lagi dikisar. 

Kerutuk adalah sejenis masakan yg sedikit pekat dan berwarna perang gelap. Rempah utk memasak kerutuk adalah rempah kerutuk yg biasanya dijual di Kelantan. Rasanya pula, mesti lebih rasa manis dr rasa masam dan masin. Barulah ianya seperti kerutuk Kelantan yg original.
Kerutuk Itik Serati

Serius sangat sedap dan sangat puashati dapat mkn kerutuk hari ini. Walaupun memasaknya agak lama, tapi sangat berbaloi baloi. Akhirnya keinginan utk mkn kerutuk itik serati tercapai juga. 

Siapa tak pernah mkn serati, saya rasa sangat rugi kerana tidak menikmati keenakan daging yg diciptakan utk dinikmati oleh manusia. Hahaha. Jadi saya syorkan anda mencubanya sekali… 

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Saya sarankan anda melihat video selepas membaca entri ini kerana teknik memasak yg menjadikan kerutuk itik sedap.
Kerutuk Itik Serati


Kerutuk Itik Serati 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor itik serati
6 sudu besar rempah kerutuk
8 ulas bawang merah 
4-5 ulas bawang putih 
1/2 inci halia 
2 biji kelapa – santan 
2-3 keping asam keping – ikut saiz
2 sudu besar garam 
2 1/2 – 3 sudu besar gula 
1/4 keping gula Melaka 
1-2 sudu besar kerisik – yg dibuat sendiri 

Cara cara:
Itik serati dicuci bersih. Taburkan sedikit tepung gandum dan biarkan seketika. Kemudian bilas dan cuci bersih.
Kerutuk Itik Serati

Kerutuk Itik Serati

Separuh dr bawang dan halia dihiris halus dan sebahagian lagi dikisar halus. 

Tumis bawang dan halia hiris sehingga wangi dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga terbit minyak. 

Masukkan rempah serbuk kerutuk (tanpa air) dan kacau dgn cepat. Masukkan sedikit air dan kacau lagi sehingga naik minyak.
Kerutuk Itik Serati

Masukkan itik dan kacau rata sehingga air itik agak kering. 
Kerutuk Itik Serati

Masukkan sedikit santan cair dan masak sehingga santan naik minyak dan hampir kering. Lepas itu, masukkan santan. Kacau sehingga mendidih. Masukkan garam, gula dan asam keping. 

Setelah kuah naik minyak, baru masukkan kerisik. Sesuaikan rasa dan blhlah ditutup api. 
Kerutuk Itik Serati

Loading...

Tags: #Itik #Kegemaran #KERUTUK #Lauk #Saya #Serati

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kerutuk Itik Serati Lauk Kegemaran Saya"