Kerapu Masam Manis

Loading...

    blogger image 2060998748 1 - Kerapu Masam Manis
  • 1 ekor ikan kerapu ~ 
  • 2 biji tomato ~ dipotong dadu
  • 1 batang karot ~ dipotong dadu
  • 1 biji timun ~ dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
  • 5 ulas bawang putih ~ ditumbuk kasar
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
  • 1/2 inci halia ~ dihiris nipis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 susu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
  • Serbuk kunyit dan 2 sudu tepung jagung
  • Garam dan gula
  • Air
  • Minyak

Cara penyediaan:

Ikan yg saya gunakan agak besar, jadi utk memudahkan memasak saya potong dua, maklumla kan kuali tak besar macam yg dikedai mkn.

1. Bersihkan ikan, kemudian lumurkan ianya dgn serbuk kunyit, garam dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak secukupnya utk goreng deep fry dan goreng ikan sehingga garing. Gunakan api sederhana supaya ikan tidak hangit/hangus. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak(ambil minyak gorengan tadi) dan tumis bawang putih, bawang besar yg dipotong dadu dan halia sehingga naik bau.
4. Masukkan bahan sos dan tomato, karot, timun dan bawang hiris serta bahan sos. Kacau sebati, kalau ingin berkuah, masukkan sedikit air.
5. Perasakan dgn garam dan gula. Masuk kan bancuhan tepung jagung (untuk memekatkan kuah) dan kacau sebentar.
6. Angkat dan blhlah dituangkan ke atas ikan yg telah digoreng tadi. Blh hiaskan dgn potongan daun bawang dan sup.

Sedia utk dihidangkan.

Loading...

Tags: #Kerapu #Manis #MASAM

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kerapu Masam Manis"