Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang

Loading...

Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang

Masih ingat lagi ketika saya baru mula bekerja selepas menamatkan pengajian di universiti. Setiap pagi, saya selalu membeli nasi lemak yg dijual di depan pintu pagar keluar pejabat saya. Nasi lemak yg dijual di atas van oleh sepasang suami isteri tersebut sangat sedap. 


Saya akan memilih lauk yg sama setiap kali membelinya. Kalau tidak silap saya lauk gulai ayam yg sangat sedap. Dan yg pasti sayur kacang panjang goreng dgn isi kerang yg terasa sangat sedap pd tekak saya. Walaupun sayur kacang panjang tersebut nampak sangat simple tapi sungguh sedap. 

Ketika itu, saya menyewa bilik di Kg Baru dan pergi kerja dgn menaiki bas mini. Jika terlewat, ianya pasti kehabisan. Lagi pulak, mereka juga kerap tidak berniaga yg tidak dipastikan sebabnya. 
Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang

Saya cuba secara trial and error bagi memasak sendiri kacang panjang goreng seperti yg pernah saya mkn satu ketika dulu. Saya mengubahsuai resepi di SINI yg mana kacang panjang digoreng dgn hati dan mempedal. Ala ala sambal Jawa. 

Hasilnya sangat sedap dan kena dgn selera saya yg selama ini mencari cari lauk yg pernah saya gemari berpuluh thn yg lalu. Lagi pulak, saya memang suka masakan dan lauk pauk yg simple sahaja.

Sedikit berkenaan harga barang. Aduhaai terlalu mahal. Macam mana lah anak anak hendak hidup di masa depan. Pastinya Allah menjanjikan rezeki utk setiap makhluk tapi akan struggle lah juga. Bayangkan harga seekor ikan selar saiz sederhana RM4. Utk kerang hari ini, sekilo kerang berharga RM13. Hubby beli 2 kilo, dapatlah isi kerang yg telah siap dikopek dlm satu bekas plastik. Itu pun tak penuh. Blh tengok gambar di bawah. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video cara penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. 
Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang

Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
12 batang kacang panjang – hiris serong
1/2 mangkuk kecil isi kerang 
1-2 sudu besar sos tiram
Garam – jika perlu

Bahan hiris:
4 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
2 – 3 inci halia muda – hiris nipis
1 tangkai cili merah 
Cara-cara:
Kerang dibasuh bersih dan dimasukkan ke dlm kuali tanpa air. Nyalakan api dan tutup kuali dgn penutup. Selepas beberapa minit, buka penutup kuali dan kacau rata. 

Setelah kerang mula terbuka, blhlah ditutup api. Tuang air ais ke dlm kuali utk menghentikan kerang dr terus masak. Kopek isi kerang dan ketepikan. Isi kerang akan kelihatan cantik dan tidak kecut.
Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang

Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang
Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan akhir sekali halia muda sehingga wangi. Lagi banyak halia muda, lagi sedap rasanya. 
Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang

Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang

Masukkan kacang panjang dan sos tiram secukup rasa. Kacau rata. 
Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang

Masukkan isi kerang, garam dan cili merah yg dihiris. Kacau rata. Blhlah ditutup api kerana kacang jangan dimasak terlalu lama utk mengekalkan kerangupannya.
Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang
Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang
Nota:
Jika terdapat lebihan isi kerang, masukkan ke dlm bekas bertutup dan disimpan di dlm freezer.  

Jika kerang, tidak mahu direbus terlebih dahulu dan mahu simpan kerang hidup, pastikan kerang tidak kena dgn air paip. Insya Allah selagi tidak kena dgn air paip, blh hidup selama 2-3 hari.  

Loading...

Tags: #GORENG #Kacang #Kerang #Panjang

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kerang Goreng Dgn Kacang Panjang"