Kerang Goreng dan Pekasam Daging, Dua Menu Buat Tambah Selera

cover 33 1 - Kerang Goreng dan Pekasam Daging, Dua Menu Buat Tambah Selera

Ini adalah dua resipi yg RASA pasti korang akan suka. Hidangan tradisi mcm ni memang sangat membuka selera. Lagi-lagi kalau ada pekasam yg lengkap dgn petai. Tak cakap byk, terus ambil pinggan dan duduk mkn. Cubalah buat. Simple je dua lauk ni.

KERANG GORENG

kerang goreng - Kerang Goreng dan Pekasam Daging, Dua Menu Buat Tambah Selera

Bahan-bahan
½ kg kerang
25 gram cili kering
3 sudu besar udang geragau
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos tiram

Cara membuatnya
1. Kisar semua bahan kecuali kerang, gula, garam dan sos tiram.
2. Kemudian tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan gula, garam dan sos tiram. Kemudian masukkan kerang.
4. Gaul sehingga sebati dan tunggu sehingga kerang masak. Siap utk dimakan.

PEKASAM DAGING MERECIK PETAI

Resipi olahan : FATIMAH BINTI NGAH

2 25 - Kerang Goreng dan Pekasam Daging, Dua Menu Buat Tambah Selera

Bahan-bahan
1 peket pekasam daging (potong kecil)
2 papan petai (anggaran 1 mangkuk kecil)
Sedikit minyak masak utk menggoreng

Bahan-bahan tumis
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
Sedikit minyak

Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng pekasam daging bersama serbuk beras pekasam sehingga garing. Ketepikan.
2. Dlm kuali berasingan, goreng petai dgn sedikit minyak.
3. Kemudian masukkan bahan tumis dan goreng sebentar.
4. Masukkan pekasam daging yg telah digoreng sebentar tadi.
5. Gaul sehingga rata.
6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Komen anda


Loading...

Tags: #Buat #Daging #GORENG #Kerang #MENU #Pekasam #Selera #Tambah

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Kerang Goreng dan Pekasam Daging, Dua Menu Buat Tambah Selera"