Kerana Penyelewengan, Bomba Kini ‘Dalam Bahaya..’

Loading...

Sembilan Balai Bomba dan Penyelamat di seluruh negara blh dianggap berdepan masalah kekurangan baju kalis api yg kritikal berikutan tiada pembelian baharu dibuat sejak 2017.

Ini menyebabkan anggota di balai berkenaan dikatakan terpaksa menggunakan baju kalis api ‘usang’ yg koyak ataupun berkongsi baju sama dgn rakan lain yg tidak bertugas jika berlaku kebakaran.

Difahamkan, sejak 2017, pembelian baju kalis api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terhenti berikutan urusan pembeliannya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penggunaan baju kalis api yg tamat tempoh bukan saja amalan tidak profesional tapi turut mengundang maut berikutan baju berkenaan gagal berfungsi sepenuhnya utk menghalang sambaran atau bahang api ketika anggota bomba bertugas.

Difahamkan, baju kalis api yg digunakan seluruh pegawai dan anggota bomba seluruh negara kini berusia antara lima sehingga 10 thn. 

Selain menggunakan baju kalis api yg ‘nazak’, antara 30 peratus sehingga 40 peratus anggota bomba di seluruh negara dilapor berkongsi baju kalis api itu dgn rakan mereka.

Terpalit masalah sama, rekrut bomba yg baru keluar dr pusat latihan.

Antara Balai Bomba yg kekurangan baju kalis api dan terpaksa berkongsi sesama mereka dilaporkan berlaku di Balai Bomba dan Penyelamat :

Jalan Hang Tuah dan Chow Kit, Kuala Lumpur;
Ipoh dan Tapah, Perak;
Shah Alam, Selangor;
Alor Setar, Kedah;
Seremban 2, Negeri Sembilan
Johor Bahru, Johor.

Sumber memberitahu Harian Metro, disebabkan siasatan yg dilakukan SPRM, tiada pembelian atau perolehan baju kalis api baharu blh dibuat sejak 2017 sehingga kini.

Menurutnya, pd 2017, SPRM merampas 6,000 baju kalis api di stor bomba di Balai Bomba Salak Tinggi bernilai hampir RM13.5 juta bg tender dikeluarkan pd 2016.
 
“JBPM ataupun kerajaan dilapor membayar 98 peratus kepada pembekal iaitu RM13.2 juta sebelum baju itu dirampas,” katanya.

Sumber itu berkata, rampasan dilakukan SPRM selepas agensi antirasuah itu menerima aduan mengenai masalah pd baju kalis api dibekalkan syarikat pembekal.

Menurutnya, pemeriksaan makmal juga mengesahkan pakaian dibekalkan itu menggunakan bahan asas drpada plastik (polyster) yg mudah terbakar.

Sejak kes disiasat SPRM, 3,800 baju kalis api dibatalkan pembeliannya pd 2017. Bg 2018 pula, 6,000 baju kalis api yg setiap pasang berharga antara RM2,400 sehingga RM2,500 turut dibatalkan pembelian. 

Pembatalan pembelian baju kalis api juga disebabkan kawalan pihak tertentu yg kini bertugas di JBPM dan kementerian kerana mahu menentukan syarikat mana akan dianugerahkan tender berkenaan katanya. 

Bomba 1 - Kerana Penyelewengan, Bomba Kini 'Dalam Bahaya..'


Dlm perkembangan sama, sumber itu menjelaskan disebabkan kegagalan pembelian baju kalis api baharu anggota di kebanyakan balai bomba berkongsi baju itu sesama mereka.

“Boleh dikatakan satu pasang baju kalis api dikongsi antara tiga sehingga empat anggota. Situasi itu berlaku hampir di semua balai di seluruh negara.

“Ia jauh berbeza berbanding jumlah ideal (sesuai) setiap anggota bomba perlu dibekalkan dua pasang baju seorang,” katanya.

Sumber itu berkata, amalan berkongsi baju kalis api juga menyebabkan anggota bomba terdedah kepada masalah kesihatan kerana kesan berpeluh pd baju merisikokan mereka kepada penularan penyakit kulit.

“Selain itu, baju bersaiz lebih besar berbanding badan si pemakai juga mendedahkan risiko berlakunya kemalangan. Anggota bomba blh tersangkut ketika memadam api.

“Untuk makluman, jangka hayat baju kalis api adalah antara tiga sehingga lima thn, bergantung kepada penjagaan dan tahap pendedahan lapisan luar kepada api.

“Ia blh juga menjangkau sehingga 10 thn jika tidak digunakan langsung. Namun, penggunaan kerap akan mengurangkan jangka hayat baju kalis api itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah JBPM Datuk Muhamad Hamdan Wahid ketika diminta menjelaskan perkara berkenaan berkata, pihaknya dlm proses perolehan bg mendapatkan bekalan baju kalis api itu.

Katanya, perkara dibangkitkan adalah isu dlman dan sepatutnya tidak perlu dimaklumkan kepada media.

“Beri tahu kepada saya saja tak perlu bangkitkan kepada pihak media. Baju kalis api dlm proses perolehan (pembelian) namun saya tidak blh beri jaminan bila (pembelian blh dibuat),” katanya.

bajuBbombaB2 - Kerana Penyelewengan, Bomba Kini 'Dalam Bahaya..'

bajuBbombaB3 - Kerana Penyelewengan, Bomba Kini 'Dalam Bahaya..'

bajuBbombaB4 - Kerana Penyelewengan, Bomba Kini 'Dalam Bahaya..' 

Sumber : Harian Metro

Loading...

Tags: #bahaya #Bomba #Dalam #kerana #Kini #Penyelewengan

author
Author: 
    Surat Siaran Bil. 14/2019 Penjenamaan Semula Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Kepada Bengkel RBT
    Surat Siaran ini bertujuan memaklumkan tentang penjenamaan semula Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu kepada
    Negaraku dlm Mandarin sekadar utk kefahaman – Siasatan KPM
    KUALA LUMPUR: Siasatan Kementerian Pendidikan mendapati, video nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku dlm bahasa
    Surat Siaran Bil. 13/2019 Pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi Dlm Bahasa Melayu Murid Thn 4 Mulai Thn 2020
    Surat ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Pengenalan Tulisan Jawi dlm kurikulum mata pelajaran Bahasa
    Isu Negaraku versi Mandarin: KPM siasat bukan satu sekolah
    MURID sekolah menyanyikan lagu Negaraku dlm bahasa Mandarin dan bahasa lain yg tular

    Leave a reply "Kerana Penyelewengan, Bomba Kini ‘Dalam Bahaya..’"