IPOH – Kerajaan akan meneliti cadangan utk meningkatkan had umur bersara mandatori drpada 60 kepada 65 thn di negara ini seperti yg dilakukan beberapa negara maju termasuk Singapura.
Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dgn Kementerian Kewangan utk memperhalusi beberapa perkara sebelum membuat keputusan berkenaan perkara itu.
“Kita telah memberi beberapa pandangan dan tujukan kepada Kementerian Kewangan termasuk mengenai permintaan kenaikan pemberian elaun kos sara hidup (Cola),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pd program Kempen Menanam Pokok di Taman Dr Seenivisagam, Ipoh bersama Adun Kepayang, Dr. Ko Chung Sen dan Datuk Bandar Ipoh Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim di sini hari ini.
Semalam, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan memperkenalkan pemberian elaun Cola blnan RM500 atau lebih kepada pekerja swasta menerusi Belanjawan 2020 selain meningkatkan had umur bersara mandatori kepada 65 thn.
Ditanya sama ada cadangan itu relevan kerana dikhuatiri mengurangkan peluang pekerjaan kepada generasi muda, Kula Segaran berkata cadangan peningkatan had umur bersara itu dilihat mampu memberi kebaikan kepada negara pd masa hadapan.
“Negara ini kekurangan tenaga kerja dan bukannya kekurangan peluang pekerjaan. Kita mengambil ramai pekerja asing disebabkan negara ini kekurangan tenaga kerja,” katanya.
Katanya kebanyakkan kadar pengangguran di negara ini terdiri drpada golongan muda termasuk graduan yg baru menamatkan pelajaran.
Beliau berkata golongan muda yg tidak mempunyai pekerjaan dicadangkan menyertai Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yg menekankan pendekatan kemahiran bg melahirkan tenaga kerja mahir tempatan sekaligus memudahkan mereka mendapatkan pekerjaan dlm bidang berkaitan. – Bernama
Tags: #Kerajaan #Persaraan #teliti #Tingkat #Usia