Kerajaan perlu teruskan cadangan mansuh UPSR

Loading...

UPSR 1 - Kerajaan perlu teruskan cadangan mansuh UPSR

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan perlu meneruskan cadangan utk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memberi fokus antaranya dlm aspek kemenjadian murid.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kajian utk pemansuhan peperiksaan itu telah dimulakan sejak tiga thn lalu dan ia perlu dilaksanakan demi pemerkasaan pendidikan generasi seterusnya.

“Mengikut perancangan awal saya sekitar thn 2016 dan 2017, langkah pemansuhan UPSR sudah dimulakan melalui pelbagai kajian yg melibatkan para pemegang taruh bidang pendidikan.

“Langkah pemansuhan itu bertujuan utk memberi fokus kepada kemenjadian murid dan penilaian yg menyeluruh terhadap kemajuan pendidikan awal kanak-kanak di sekolah. Oleh itu, saya berharap pihak kerajaan Pakatan Harapan melalui Kementerian Pendidikan meneruskan cadangan tersebut demi pemerkasaan pendidikan generasi seterusnya,” katanya.

Mahdzir yg juga merupakan Naib Presiden UMNO berkata demikian dlm akaun Faceboook miliknya hari ini bg mengulas kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) yg menggesa UPSR dimansuhkan sbg usaha mentransformasikan sistem pendidikan.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, tiada lagi keperluan utk UPSR dilaksanakan kerana murid-murid terpaksa menanggung beban utk lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan itu.

Katanya lagi, pemansuhan UPSR dpt mengurangkan tekanan dan bebanan kepada murid-murid selain mengubah persepsi segelintir masyarakat yg menganggap penilaian A itu sbg kayu pengukur kualiti seseorang.-UTUSAN ONLINE

Loading...

Tags: #Cadangan #Kerajaan #Mansuh #Perlu #teruskan #UPSR

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Comments are closed.