Kerajaan perlu kota janji pelihara sekolah vernakular – Dominic Lau

Loading...

15 dominic lau 1510634942 1 - Kerajaan perlu kota janji pelihara sekolah vernakular - Dominic Lau

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Gerakan menggesa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik memberi jaminan bahawa sekolah vernakular tidak akan dihapuskan.

Presidennya, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, ini kerana sekolah vernakular dijamin di bawah manifesto Pakatan Harapan (PH).

“‘Timbalan Menteri Pendidikan terbaik dlm sejarah’, Teo Nie Ching berkata bahawa sekolah vernakular dijamin di bawah manifesto PH.

“Ironinya manifesto tidak mempunyai kesan terhadap undang-undang. Malah Dr. Mahathir bahkan secara umum memberitahu rakyat bahawa manifesto PH bukan Bible dan tidak perlu dipatuhi.

“Manifesto PH juga tidak menyatakan bahawa tulisan khat akan diperkenalkan kepada sekolah-sekolah vernakular. Blhkah Menteri Pelajaran menarik balik keputusan ini?” katanya dlm kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dominic, beliau melihat manifesto PH sbg permainan politik wang yg menggunakan pelbagai janji utk menipu undi.

“Kini permainan wang politik ini telah runtuh. Pemimpin PH membuat kekayaan dan rakyat menderita.

“Saya minta Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran utk menunjukkan keberanian politik mereka utk menolak sistem sekolah aliran satu secara terbuka dan menjamin tidak menghapuskan sekolah vernakular,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Tags: #Dominic #Janji #Kerajaan #Kota #pelihara #Perlu #Sekolah #vernakular

author
Author: 
    CUEPACS minta kerajaan jangan abai kebajikan guru
    SEMPORNA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dlm Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melihat kebajikan
    Lucinta Luna Alami Kecelakaan? Netizen: Curiga Jangan-Jangan Oplas Lagi!
    slidegossip.com – Artis sensasional Lucinta Luna dikabarkan mengalami kecelakaan sehingga membuat kepalanya harus
    Latih semula guru fahami Falasafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu
    Latih semula guru, pendidik mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan – Rektor UIA
    PETALING JAYA: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dzulkifli Abdul Razak berkata Malaysia perlu

    Comments are closed.