Kerajaan perlu henti beri muka kepada penjawat awam?

BF1F42A2 DCEF 41A4 BCA7 4EC36D50F7ED - Kerajaan perlu henti beri muka kepada penjawat awam?

SAUDARA PENGARANG,

Malaysia adalah sebuah negara dgn jumlah penjawat awam yg tinggi berbanding penduduknya. Menjadi penjawat awam adalah satu cara utk menyara hidup sama juga seperti pekerjaan lain.

Apa yg menjadi persoalan, kenapa kakitangan awam di negara ini mendapat layanan terlalu istimewa dr segi jaminan pendapatan atau sumber kewangan?

Bermula dr gaji blnan yg tetap, elaun, kuarters, kemudahan pinjaman dgn kadar faedah rendah, gratuiti serta pencen sehingga akhir hayat. Bayangkanlah betapa istimewa layanan kerajaan terhadap mereka.

Dengan layanan sebegini, mereka tidak perlu susah hati utk menempuh kehidupan tanpa memikirkan tentang perancangan kewangan jangka panjang.

Cuba kita bandingkan dgn pekerja swasta atau bekerja sendiri, berniaga, bertani, penoreh getah, nelayan, buruh dan sbgnya. Semua mereka terpaksa mengharungi kehidupan tanpa mendapat layanan istimewa drpada kerajaan dr segi kewangan.

Mereka semua terpaksa bersusah payah mengatur perbelanjaan dan membuat perancangan utk masa depan dgn menyimpan dan mencarum sebahagian drpada pendapatan blnan. Tiada skim pencen tersedia atau gratuiti menunggu. Yg ada hanyalah wang simpanan atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sebagai rakyat yg bekerja sendiri, saya rasa tidak adil bg kerajaan kerana memberi keistimewaan sebegitu kepada kakitangan awam.

Cukuplah sekadar gaji blnan yg tetap, biar mereka juga perlu merancang kewangan dgn menyimpan atau mencarum sbgmana yg tidak berkhidmat dgn kerajaan. Dgn maksud lain, tiada lagi skim pencen atau habuan gratuiti.

Keadilan sebegini perlu supaya kakitangan kerajaan tidak merasakan hanya mereka yg menyumbang kepada negara atau berkorban nyawa semasa menjalankan tugas. Semua penduduk tetap jadi penyumbang kepada negara sekali pun menjadi buruh kasar, nelayan, petani, pemanjat pokok kelapa, tukang dan sbgnya. Mereka juga bersabung nyawa dlm menjalankan kerja masing-masing di samping menyumbang kepada ekonomi negara dan memenuhi keperluan kehidupan orang lain.

Sudah sampai masanya kerajaan hentikan sahaja pembayaran pencen dan gratuiti kepada kakitangan kerajaan, biar sahaja mereka mencarum dan menyimpan sbgmana pekerja swasta.

Perdana Menteri kita adalah antara orang yg peka kepada isu ini kerana sejak akhir-akhir ini, negara amat terbeban utk melayan ‘keperluan’ kewangan kakitangan kerajaan yg terlalu besar saban hari.

Jangan kerajaan ‘beri muka’ kepada kakitangan kerajaan sahaja sebab rakyat lain juga mempunyai nilai undi yg sama iaitu satu pangkah setiap orang. Baharulah blh wujud layanan sama rata dan keadilan kepada seluruh rakyat dlm merancang dan mengharungi kehidupan.

ZULKIFLI Z ABIDIN
Kuala Lumpur

Sumber: Utusan Online


Loading...

Tags: #Awam #Beri #Henti #Kepada #Kerajaan #Muka #Penjawat #Perlu

author
Author: 
    Suruh Orang di Rumah, Atlet Tampan Ini Malah Pesta Seks Saat Isolasi! Begini Akibatnya!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, bek Manchester City, Kyle Walker sempat mengingatkan dan
    Nekat Berpose Vulgar, Anya Geraldine ‘Disentil’ Baim Wong! Netizen: Akhir Zaman, Gak Malu!
    slidegossip.com – Selebgram cantik yg kini mulai terjun ke dunia akting, Anya Geraldine
    Sudah Berhijab, Artis Cantik Ini Jadi Korban Begal Payudara Sampai Gak Bisa Teriak!
    slidegossip.com – Artis cantik yg kini telah memutuskan utk berhijab, Soraya Larasati baru
    Telak Banget! Jokowi Imbau Rakyat Pakai Masker Kain, Pengamat: Stok 50 Juta Masker Kemana?
    slidegossip.com – Pernyataan Presiden Joko Widodo (Jokowi) kembali jadi sorotan. Seperti dilansir dr

    Comments are closed.