Kerajaan Benarkan Matematik, Sains Diajar Dlm Bahasa Inggeris Di Sekolah.

Loading...

BERNAMA | Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dlm bahasa Inggeris di sekolah.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tetap menegaskan, pd masa sama pengajaran kedua-dua subjek itu dlm Bahasa Kebangsaan tetap diteruskan.

PM 1 - Kerajaan Benarkan Matematik, Sains Diajar Dlm Bahasa Inggeris Di Sekolah.

Katanya, pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bg pengajaran mata pelajaran itu, manakala ada pula menentangnya.

“Tetapi kita akan kaji supaya kita samakan bg semua sekolah kita, kerana tentu akan menganiayakan sesuatu kumpulan kerana mereka akan dpt keuntungan drpada satu bahasa dan (tetapi) mereka tidak diberi hak utk belajar drpada bahasa itu.

“Khususnya, ramai yg berpendapat bahawa bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yg lulus lebih mudah diterima di pasaran,” katanya kepada wartawan Malaysia pd hari terakhir lawatannya ke Filipina, hari ini.

Turut hadir dlm sidang akhbar berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking.

Mengenai lawatannya ke Filipina, Dr Mahathir berkata beliau berpeluang mengadakan pertemuan empat mata dgn rakan sejawatannya Presiden Rodrigo Duterte dan membincangkan pelbagai isu mengenai kepentingan bersama Malaysia dan Filipina.

“Hampir kesemua isu (dibincangkan dgn Presiden Duterte) tidak ada yg tidak dipersetujui.

“Persepsi mungkin berlainan tetapi persoalan tuntutan ke atas Sabah (oleh Filipina) bukan subjek perbincangan yg begitu menekan,” katanya. – 9 Mac 2019.

Loading...

Tags: #BAHASA #Benarkan #Diajar #Inggeris #Kerajaan #Matematik #SAINS #Sekolah

author
Author: 
    Promosi Air Boba JLD Dragon RM1.00 Kat Intermark Mall, Kuala Lumpur
    Hello boba lovers & peminat milk tea,  Ni ada berita baik especially anda
    Wajah Berubah Makin Cantik Setelah Bengkak, Via Vallen Operasi Plastik?
    slidegossip.com – Belum lama ini pedangdut Via Vallen menghebohkan publik dgn perubahan penampilannya
    Gebetan Baru Luna Maya Lebih Kaya dan Berkelas dr Reino Barack? Ini Deretan Bisnisnya!
    slidegossip.com – Meski Luna Maya sudah beberapa kali menegaskan kalau statusnya dgn Ryochin
    Setelah 7 Thn Menikah, Ustad Abdul Somad Diam-Diam Sudah Ceraikan Sang Istri!
    slidegossip.com – Ulama kondang Ustad Abdul Somad (UAS) tiba-tiba saja membawa kabar mengejutkan.

    Leave a reply "Kerajaan Benarkan Matematik, Sains Diajar Dlm Bahasa Inggeris Di Sekolah."