KERABU SIPUT KABUNG

Loading...

Assalamualaikum, 

Pernah dengar tak siput kabung? Siput kabung adalah sejenis siput laut yg mirip kepada siput kupang tetapi isinya kecil sedikit, lebih lembut dan agak manis. Jika ditempat lain saya tak pasti ada atau tidak siput ini atau mungkin ada nama lain yg diberikan. Jika di pantai perairan Langkawi siput ini memang mudah didapati dan sekarang adalah musimnya.

Selalunya siput kabung dipelbagaikan dlm masakan seperti digulaikan dgn betik mengkal, goreng kicap, dijadikan jemput-jemput dan kerabu juga. Hari ini saya nak kongsikan resipi kerabu siput kabung dan bagi yg susah nak dapatkan siput ini blh je gantikan dgn siput lain. Gantikan dgn udang kertas atau sotong yg direbus juga sedap tau. 

Jom kita tengok resipi dibawah ni. 
KerabuBSiput - KERABU SIPUT KABUNG
KERABU SIPUT KABUNG 
Bahan-bahan
500gm isi siput kabung – Rebus sebentar dan toskan
1 labu bawang besar 

3 tangkai pucuk gajus & 5 tangkai kacang botol@ kelisa 
1 sudu besar kerisik 

Bahan tumbuk 
5 tangkai cili merah 
7 tangkai cili padi 
1 inci belacan 
Garam & gula secukup rasa
2 biji limau kasturi – diambil jusnya dan gaul dgn bahan tumbuk

Cara membuatnya:

1. Rebus sebentar isi siput kabung dan toskan. Ketepikan seketika.
KerabuBsiputBkabungB2 - KERABU SIPUT KABUNG


2. Bawang besar, kacang botol@kelisa dan pucuk gajus dimayang halus.
KerabuBsiputBkabungB5 - KERABU SIPUT KABUNG

3. Didalam mangkuk besar campurkan kacang kelisa, bawang besar, pucuk gajus, kerisik dan sambal yg telah ditumbuk tadi sambil digaul rata.
KerabuBsiputB3 - KERABU SIPUT KABUNG

4. Tuang bahan yg digaul tersebut kedalam bekas isi siput kabung dan gaul sehingga sebati. Rasa sekali lagi masam, masin, pedas dan manis campuran kerabu tersebut dan adjust ikut selera anda. 
KerabuBSiputBKabungB1 - KERABU SIPUT KABUNG
Sekian perkongsian kerabu siput kabung yg sungguh simple dan selamat mencuba.
Loading...

Tags: #KABUNG #Kerabu #Siput

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "KERABU SIPUT KABUNG"