Kerabu Kerang Ala Thai

Loading...

aIMG 0636 1 - Kerabu Kerang Ala Thai


Kerabu Kerang Ala Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 kg kerang
5 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi atau lebih
1 batang serai, hiris halus
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar jus limau nipis
1/2 keping gula melaka atau gula somtam
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan tomato ceri, belah 2
3 biji limau nipis, hiris
1 ulas bawang merah, hiris
1 tangkai daun ketumbar, hiris

aIMG 0624 - Kerabu Kerang Ala Thai

Cara-cara :

  1. Cuci kerang sehingga bersih.
  2. Didihkan air dlm periuk, masukkan kerang dan masak sebentar.
  3. Masak dlm 3-4 minit jangan sampai kerang terbuka.
  4. Toskan dan masukkan ke dlm bekas berisi air ais.
  5. Toskan dan buka kulitnya separuh, masukkan ke dlm pinggan.
  6. Tumbuk kasar bawang putih, cili padi dan serai.
  7. Masukkan gula melaka, tumbuk sehingga gula hancur.
  8. Masukkan perahan jus limau, sos ikan, gula dan garam. gaul rata.
  9. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan hirisan limau nipis.
  10. Tumbuk2 sedikit dan gaul rata.  Tuang ke atas kerang, gaul rata.
  11. Hidang dgn hirisan bawang merah dan daun ketumbar.

aIMG 0630 - Kerabu Kerang Ala Thai

Kerabu Kerang Ala Thai
Loading...

Tags: #Kerabu #Kerang #Thai

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Leave a reply "Kerabu Kerang Ala Thai"