Kerabu kedondong

Selamat Datang ke Dapur Maklang

photo 1 - Kerabu kedondong
Assalamualaikum

Last wiken masa kak liza datang, kami sama2 kutip buah kedondong yg tengah lebat kat depan rumah tu.Selalunya tak sempat nak ambek, monyet2 dr hutan kat belakang rumah dah mkn dulu…Tapi kali ini agaknya rezeki kak liza, banyak jugaklah dapat dipetik. alhamdulillah…

So, since kak liza kata nak buat pajeri, maklang pulak kata..agaknya sedap tak buat kerabu kedondong…maka semalam, tibalah sesi campak2 and agak2 utk menghasilkan kerabu ini. Memang maklang tak perahkan limau sebab takut masam sangat. nak2 bulan2 puasa ni takut perut meragam pulak…

Bahan2

10-15 biji kedondong yg agak muda dibuat kulit dan sagat kasar
2 biji lobak merah di sagat
1 pokok daun ketumbar dihiris halus
3/4 cawan kacang digoreng dan dikisar kasar
2 bj lada merah dihiris
6-10 biji cili padi di hiris
sedikit garam dan gula
4 bj bawang merah dimayang
2sdb udang kering direndam dgn air panas ( blh juga kalau mahu digoreng tanpa minyak sehingga garing)

Campurkan semua bahan sehingga rata. Ratakan gula dan garam.Jika mahu blh juga perahkan sedikit limau kasturi atau limau nipis.

Selamat mencuba..

Semuga mendapat manafaat dr blog iniResepi yg terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga…Selamat mencuba!


Loading...

Tags: #kedondong #Kerabu

author
Author: 
    MEE GORENG UDANG KERING
    My take on Spicy Shrimp Fried Noodles. Mee Goreng Udang Kering. If you
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA
    EXTREM !! CARA ORANG INI MENANGKAP, MEMASAK, DAN MEMAKAN BUAYA Rating video: /5
    Mini Tuna Pizza – Resepi Dough Gebu & Senang
    FULL RECIPE: http://www.gulasage.com/soul-meal/mini-tuna-pizza-recipe-resepi-pizza-mini-tuna Facebook: https://www.facebook.com/gulasage/ Website: http://www.gulasage.com/ Instagram: https://www.instagram.com/gulasage/ Email: gulasage@outlook.com Rating video:

    Leave a reply "Kerabu kedondong"