Kerabu Ikan Bilis Sedap Tak Terkata

Loading...

Untitled design 21 2 - Kerabu Ikan Bilis Sedap Tak Terkata

Bila menikmati kerabu dgn nasi panas-panas tentunya penambah selera mkn. Setengah kita tanpa lauk lain hanya kerabu sudah melengkapi menu harian. Terdapat pelbagai jenis kerabu blh dihidangkan dgn pelbagai versi. RASA kongsi resipi kerabu paling mudah dan dijamin sedap yg blh korang try.

Bahan-bahan:

Bawang merah/besar

Serai

Bunga kantan

Cili api

Tomato

Limau nipis/limau kasturi

Garam

Gula

Kiub ayam

Ikan bilis

Cara membuat:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. Hiris atau mayang halus bunga kantan, serai, bawang merah/besar dan cili api. Potong dadu kecil tomato dan juga sediakan limau nipis/limau kasturi utk diperah.

2. Satukan semua bahan-bahan ini di dlm bekas dan gaulkan dgn garam, gula dan sedikit kiub ayam.                 Masukkan air perahan limau nipis dan limau kasturi (saya campurkan kedua-dua limau ini utk lebih sedap)   dan  gaul rata. Kemudian masukkan pula ikan bilis, saya ramas-ramas dulu supaya senang nak mkn nanti tetapi   janganlah hancur sangat. Gaul rata sekali lagi.

3. Utk kerabu, anda sesuaikan rasa, ada masam dan manisnya, garam tak perlu byk sebab ikan bilis dah masin.

Nota: Ada orang guna sos ikan, blh juga tetapi saya memang tak guna sos ikan. Nak masukkan hirisan daun limau purut pun blh juga. Sesuaikan saja dgn selera anda.

Selamat mencuba.

Kredit: Rozi Abdul Razak

Loading...

Tags: #Bilis #IKAN #Kerabu #Sedap #Terkata

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.