Keputusan perkenal seni khat, tulisan Jawi muktamad – Perdana Menteri

47EBAEBD 2692 4784 9333 1E7434BB85FF - Keputusan perkenal seni khat, tulisan Jawi muktamad - Perdana Menteri

MELAKA: Keputusan kerajaan utk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bg mata pelajaran bahasa Melayu Thn Empat adalah kekal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kerajaan selama ini tidak pernah menghalang kaum lain utk mengamalkan penulisan bahasa ibunda masing-masing, yg menjadikan negara ini istimewa.

“Tulisan bahasa Cina tidak dibenarkan di negara lain termasuk Filipina, Indonesia dan Thailand. Ini adalah sesuatu yg istimewa (di Malaysia) kerana tidak pernah menghalang penggunaan tulisan kaum masing-masing.

“Tidak kenalah kalau segelintir pihak dlm DAP dan pertubuhan tertentu utk menentang penulisan khat. Penulisan khat suatu seni yg tinggi dan saya fikir kita blh teruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berdialog bersama penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) sempena Townhall Semarak Merdeka bersama Perdana Menteri di Hotel Hatten di sini, hari ini.

Kenyataan tegas Perdana Menteri itu mendapat tepukan gemuruh kira-kira 2,000 peserta program yg dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Yang hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan EXCO Pendidikan, Sains, Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Noor Effendi Ahmad.

Dr Mahathir mengulas tindakan beberapa pemimpin akar umbi DAP termasuk sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu membantah pelaksanaan seni khat dan tulisan Jawi sbg sebahagian subjek bahasa Melayu Thn Empat di sekolah jenis kebangsaan.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mengumumkan penggunaan tulisan Jawi dlm buku teks di semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.

Keputusan itu turut membabitkan pelaksanaan seni khat ke dlm buku teks murid Thn Empat menjelang thn hadapan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, tanpa politik negara tidak akan mencapai kemerdekaan walaupun sesetengah pihak menganggap politik itu kotor.

Katanya, politik sebenarnya byk memberi manfaat kepada bangsa dan negara termasuk menjadi wadah perjuangan pemimpin terdahulu utk memerdekakan negara drpada penjajah.

“Yang salahnya bukan politik tetapi perbuatan orang politik. Apabila mereka berkuasa, salah guna kuasa.. curi duit, amalkan rasuah dan menekan orang lain,” katanya.

Mengulas mengenai perit getir pemimpin terdahulu menuntut kemerdekaan, Dr Mahathir berkata generasi muda seharusnya mengenang dan menghargai pengorbanan mereka yg menggagalkan usaha British menubuhkan Malayan Union di Tanah Melayu.

“Bantahan rakyat yg bersatu berjaya menggagalkan rancangan British itu, sebelum kesedaran politik menyatukan rakyat sehingga bangkit utk menuntut kemerdekaan pd 1957,” katanya.


Carian Berkaitan

14 film p ramlee tak sempat tayang

Loading...

Tags: #Jawi #Keputusan #khat #Menteri #muktamad #Perdana #Perkenal #Seni #Tulisan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.