Kenapa takut sistem satu sekolah?

412922pre wm 8b362d86d7dc956 500x280 1 - Kenapa takut sistem satu sekolah?

DASAR pengasingan kaum yg dilakukan oleh British di negara ini bertujuan melemahkan penentangan orang tempatan terhadap penjajah. Orang Melayu diasingkan di kampung-kampung, India di estet dan orang Cina di bandar-bandar. Pengasingan ini bertujuan menghalang wujudnya persefahaman, sekali gus menguatkan penentangan terhadap penjajah.

Pengasingan ini berjaya mencapai matlamatnya apabila semua kaum terpisah dgn cara yg sangat sistematik. Tetapi selepas negara mencapai kemerdekaan dan penjajah balik ke negara asalnya, dasar penjajah diteruskan dlm bentuk baru dgn wujudnya sekolah berteraskan kaum iaitu sekolah vernakular.

Ini antara faktor utama yg menyumbang pd polarisasi kaum dan tampak dgn jelas dlm beberapa kejadian melibatkan pergeseran kaum ketika ini. Sepatutnya para pemimpin yg mewakili kaum masing-masing bimbang dgn perkembangan yg cukup mencemaskan ini.

Pemimpin semua kaum sejak awal merdeka lagi sebenarnya tahu bahawa sekolah vernakular adalah barah pd perpaduan. Selagi barah ini tidak dibuang, selama itulah juga semua perkara bersangkutan dgn perpaduan akan terhalang. Tetapi mereka tidak mempunyai kesungguhan politik utk mewujudkan sistem satu sekolah – sekolah kebangsaan.

Penyata Razak 1956 umpamanya secara tegas lagi jelas mencadangkan supaya diadakan sekolah satu aliran yg terbuka kepada semua kaum. Sekolah kebangsaan sangat penting kerana di sinilah pendedahan awal kepada kanak-kanak utk hidup dlm persekitaran sosial dgn kaum lain.

Tetapi ini tidak dipedulikan dan tersimpanlah Penyata Razak diam-diam di Arkib Negara. Sekolah vernakular berkembang dan pemimpin terus berkokok tentang perpaduan. Anak-anak kita pula terus terpisah drpada rakan sebaya kaum lain, yg Melayu pergi ke sekolah kebangsaan, kanak-kanak Cina pergi ke sekolah aliran Cina dan India ke sekolah aliran India.

Memang ada kanak-kanak Cina dan India dihantar ke sekolah kebangsaan. Tetapi pertumbuhan sekolah vernakular apa lagi diberi peruntukan kewangan seolah-olah sekolah kebangsaan memberikan isyarat yg membimbangkan. Sekolah kebangsaan diketepikan oleh sesetengah bukan Melayu apabila sekolah vernakular semakin ditonjolkan dan diperjuangkan.

Pada masa yg sama tanggapan serong seolah-olah sekolah kebangsaan adalah ‘sekolah Melayu’ tidak pernah cuba diperbetulkan dgn bersungguh-sungguh. Ini satu tanggapan yg salah sama sekali. Hakikatnya sekolah kebangsaan bukan sekolah Melayu tetapi utk semua – Melayu, Cina, India dan etnik di Sabah dan Sarawak. Orang Melayu tidak ada sekolah.

Maka pemimpin politik tidak perlu apologetik utk mengakui bahawa ibu segala penghalang perpaduan adalah sekolah vernakular. Pemimpin politik gagal bertegas menyatukan semua kaum di bawah satu sekolah. Toleransi melulu ternyata lebih merugikan drpada menguntungkan.

Sekolah adalah institusi sosial yg paling awal selepas institusi keluarga utk membentuk peribadi seseorang warga. Di sekolah adalah tempatnya utk mereka menyerapi kepelbagaian dlm kebersatuan. Bagaimanapun hal ini sama sekali tidak menghalang mereka mengamalkan bahasa dan budaya asal dgn syarat bukan utk dlm situasi rasmi.

Sekiranya sistem satu sekolah dpt dizahirkan dgn keberanian mengetepikan kepentingan politik kaum, perpaduan dan persefahaman dlm kalangan pelbagai kaum berlaku dlm keadaan semula jadi, tanpa paksaan.

Bagaimanapun utk melakukan sesuatu utk kepentingan negara menuntut keberanian dan kesungguhan yg tinggi melampaui kepentingan politik kaum. Perpaduan, keamanan dan persefahaman antara kaum tidak datang tanpa pengorbanan drpada pihak tertentu.

Perjuangan mengekalkan sekolah vernakular oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu sebenarnya adalah suara politik kaum di negara ini. Apabila sekolah vernakular menjadi barang tawar menawar di pasaran politik, selama itulah perpaduan sekadar perhiasan bukan keperluan.

Sumber: Ku Seman Ku Hussain

loading…


Loading...

Tags: #Kenapa #Satu #Sekolah #sistem #takut

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Kenapa takut sistem satu sekolah?"