Kenapa Pintu Pagar Masjid Dikunci Selepas Isyak..

Oleh : Arif Atan

Kenapa pintu pagar masjid dikunci selepas Isyak?

Di Pekan Tanjung Karang, Selangor, Adam Sufyan dipukul sekitar jam 11 malam dgn besi kerana dituduh mencuri wang tabung masjid.


Adam 1 - Kenapa Pintu Pagar Masjid Dikunci Selepas Isyak..

 
Imej wajah Adam disimbah darah yg mengalir dr dahinya dirakam di muka akhbar. Kasihan sungguh dia. Sampai hati orang yg pukul.

Remaja berusia 17 thn hanya singgah solat Isyak selepas bekerja di sebuah gerai nasi lemak berdekatan masjid itu.

Adam letak motosikal miliknya tidak jauh dr masjid dan masuk melalui celah pagar yg sudah rosak apabila didapatinya pagar utama depan dan belakang masjid itu berkunci.

Umur awal 20-an dulu, saya pernah dgn kawan bertiga berkereta. Jam baru 9.30 malam ketika itu.

Salah seorang drpada kami ajak singgah masjid yg lagi 500 meter di hadapan. Dia tidak tahan benar utk buang air. Katanya, blh terus solat Isyak walau di serambi masjid saja.

Tapi seorang lagi kawan yg sedang memandu spontan menjawab, “Toksah lah. Kita singgah Petronas je. Lps masjid itu ada (stesen minyak Petronas).

“Kau sembahyanglah kat surau tu kalau nak. Kang kat masjid nanti orang ingat kita nak mencuri!”

Nampak? Fasa usia remaja selalu dipandang lekeh lagi jahat. Remaja pula anggap orang lebih tua yg dulu pun pernah muda jadi terlalu prejudis dgn mereka.

‘Orang masjid’ pula (bukan semua, hanya segelintir – harapnya) lebih suka pukul rata, berprasangka buruk kepada orang lain.

Mengapa tidak jawatankuasa masjid sepakat upah dua orang pengawal keselamatan selain pasang CCTV?

Tak perlu ambil warga asing. Upah pun tidak perlu tinggi tapi tidaklah harus terlalu rendah.

Dalam ribuan ahli kariah, mustahil tiada walau seorang pun bekas tentera atau polis atau Rela tidak pun anggota Unit Amal (Pas) yg masih sihat blh bertugas menjaga masjid selama 8 jam sepanjang tempoh masjid paling lengang.

Contohnya, mulai jam 9 malam (waktu lazimnya, jemaah sudah ramai meninggalkan masjid selepas Solat Isyak, berwirid, berdoa, beriktikaf, sembang-sembang geng pencen di kaki tangga masjid) sehingga jam 5 pagi (menjelang waktu Solat Subuh)?

Dari situ, masjid blh saja diimarahkan 24 jam seperti ramai orang Islam lelaki mak orang, gadis TikTok khususnya orang Melayu suka benar ‘mengimarahkan’ restoran mamak yg beroperasi tanpa henti walaupun status bersih lagi suci diragui.

Jadi, mulakan masjid dibuka 24 jam ini di kawasan bandar, pekan dan dikelilingi kawasan penempatan.

Jika ada pengawal, ahli kariah blh datang jam 3, 4 pagi utk ibadat seperti sembahyang tahajud, contohnya, dlm keadaan lebih tenang dan aman.

Melambung

Oh, nanti bil elektrik, bil api melambung? Tutuplah suis utama utk penghawa dingin. Hanya benarkan pasang kipas.

Mulai dr mimbar dan saf depan sehingga ke tengah dewan solat, blh saja tutup.

Rentang tali penghalang dan bentangkan 5,10 helai sejadah, bawa beberapa kipas berdiri itu sekali sbg penanda utk saf pertama masjid utk tempoh 9 malam – 5 pagi itu.

Gunalah duit tabung masjid. Duit tabung bukan sedikit. Tambahan kalau masjid di kawasan bandar dan taman perumahan ramai orang berpencen. ‘Masjid kaya woi’.

Usai solat Jumaat minggu lps di Masjid Jamek Kampung Baru comtohnya, jelas depan mata saya dr aras 2 masjid melihat duit RM50 saja seinci tebal di tangan orang yg sedang mengira lambakan duit di atas bentangan sejadah.

Tidak pasti duit itu drpada beberapa tabung atau semua tabung sebab terlindung dgn tiang masjid.

Itu pun baru tabung yg digerakkan dr satu jemaah ke jemaah lain. Kalau tabung statik di hampir tiap dinding itu, tidak tahulah byk mana!

Di masjid lama dekat tapak Flat Pekeliling sebelah Bulatan Pahang, walaupun sudah “hilang” ahli kariah – flat lama itu sudah diroboh utk projek MRT – tapi kutipan derma mingguan cecah ribuan ringgit. Angkanya ada ditulis di papan kenyataan. Itu 2, 3 thn lalu. Sekarang, tidak tahulah.

Rata-rata masjid hatta di pekan kecil, hasil kutipan hari Jumaat saja utk sebulan lazimnya begitu lumayan kalah pendapatan sebulan seorang jurutera baru bergraduan!

Jadi, apa guna ahli kariah menderma kalau tidak dipulangkan dlm bentuk membuka ruang memberi kemudahan utk solat malam, kan?

Kalau masih soal duit jadi hitungan, buat saja tabung khas yg blh dinamakan Tabung TABIM – Tabung Ibadat Malam.

Ini tidak. Maaf saya sebutkan, sesetengah masjid nampak bukan main kedekut sungguh utk menghidupkan walau sebiji lampu di ruang yg bukan dewan utama masjid ketika solat Jumaat sedangkan ada bahagian tertentu di sayap kanan kiri atau aras 2 masjid sudah sedikit terlindung sekali gus gelap kelam.

Jawatankuasa masjid tidak fikirkah jemaah yg hadir itu ada yg rabun akhirnya menggagau mencari cermin mata selepas memberi salam!

Jadi, apabila kita membaca nasib malang Adam dipukul di dahi dgn besi (gila isim agaknya lelaki berusia 40-an itu), itu tidaklah “menghairankan”.

Itulah sebabnya, ‘orang masjid’ kita mesti berjiwa insani. Pintu pagar masjid mesti dibuka 24 jam sehari.

Masjid insani, ummah diberkati.


Loading...

Tags: #Dikunci #Isyak #Kenapa #Masjid #Pagar #Pintu #Selepas

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.