Kenapa Perlu Siarkan Upacara Pengislaman Di TV Soal ADUN PH..

Oleh : Siti Mariah Mahmud
 
Pagi ini saya menerima satu video upacara pengislaman seorang wanita, mungkin berbangsa Cina atau dr Sabah. Iras mukanya begitu. Saya tak tahu apa agama asalnya.

Islam 1 - Kenapa Perlu Siarkan Upacara Pengislaman Di TV Soal ADUN PH..

 
Upacara ini dibawa dlm program sembang sahur TV3. Saya tidak tahu bila program ini ditayangkan dan tak berpeluang pun menonton TV semasa bangun sahur di masa lalu. Sbg Muslim kita gembira kerana mendapat saudara baru. Namun saya rasa program seumpama ini tidak perlu di udarakan di TV. 

Ia menyinggung perasaan penganut agama lain jika yg memeluk Islam ini dr agamanya. Apa perasaan keluarganya jika dia memeluk Islam tanpa kerelaan keluarga. 

Perkara yg mereka hendak rahsiakan kerana sudah pasti keluarga akan mendapat malu, dicemuh dan menerima tekanan dr kaum kerabat seagama kerana anak mereka sudah “murtad” dr agama mereka.

Negara kita negara majmuk berbilang agama. Agama Islam agama resmi negara kita ( utk negeri negeri Semenanjung) kecuali Sabah dan Sarawak. 

Cuba bayangkan jika diudarakan yg bertukar agama itu berbangsa Melayu (yang mengikut perlembagaan juga seorang Islam), tentu melenting dan mengamuk orang Islam dan kita akan menuduh agama Islam dihina. Kita akan berteriak ia menyingung perasaan umat Islam. Mereka tidak menghormati agama Islam. Pelbagai polimik yg akan menyudutkan perasaan orang lain. Yg penting ialah perasaan kita, persetankan perasaan orang lain.

Bila kita mengenakan peraturan yg berlainan di dlm sebuah negara majmuk, maka sampai bila pun perpaduan sebenar di antara rakyat tidak akan tercapai. Kita umat Islam mahu orang menghormati agama Islam dan menerima Islam Rahmatan lil ‘Alamiin tetapi tindak tanduk kita menyakiti perasaan orang lain. Mungkin tidak semua sensitif tapi golongan yg sensitif inilah yg akan bertindak ekstrem atau melampau.

Mungkin kita hendak menyamakan apa yg kita buat ini sama dgn zaman Rasulullah SAW di mana yg berani memeluk Islam akan mengistiharkan dgn lantang dihadapan Ka’bah kerana semasa peringkat awal dakwah Nabi SAW menerima tentangan dan tekanan hebat dr pihak berkuasa Quraish. Memeluk Islam di Malaysia mudah, tiada siapa yg menghalang… apakah perlu diudarakan atau dilakukan secara langsung. Yg penting memenuhi rukun dan syaratnya.

Mungkin tulisan saya akan dikategorikan sbg Islam tidak mendapat pembelaan oleh pimpinan PH?? What say you Dato Mufti Perlis?

Ini pendapat peribadi saya dan bukan konsensus pimpinan AMANAH atau PH. Blh kritik dan kondem saya dan tidak berkait dgn sesiapa yg lain. – 4 Mei 2019.

Loading...

Tags: #Adun #Kenapa #Pengislaman #Perlu #PH.. #Siarkan #Soal #Upacara

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Comments are closed.